KEMBALI SUBUH BERJEMAAH 😭😭 Allahuakbar finally selepas hampir 120 hari tidak #Subuh berjemaah, Allah izinkan saya jejakkan kaki ke rumah Allah sekali lagi. Rasa sebak dan sayu hati bila rasa nikmat sujud subuh di rumah Allah, rasa sangat2 kerdilnya kita di sisi Allah. Rasa terubat rindu pada rumah-Nya dan rasa seolah-olah baru sahaja di tiupkan nyawa kita semula. Walaupun tak dapat nak bersalam, bersembang dengan jemaah lagi, namun ini sudah cukup menjadi pengubat rindu. Sesungguhnya solat 2 rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari dunia & seisinya. Jom kawan2, kita sama-sama berusaha penuhi rumah Allah ini selagi kita masih diberikan nyawa oleh Allah SWT. Allah boleh panggil kita pulang, bila-bila masa sahaja. Usah sia-siakan hidup kita ini. Semoga sahabat semua sentiasa dilindungi Allah SWT hendaknya, Amin. 🤲😭 #solat #solatberjemaah #masjid #bandarkinrara (at Bandar Kinrara) https://www.instagram.com/p/CCkB4NdDNQa/?igshid=1ui8jgem0g8lc










