New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/02/09/diouf-kritik-keadaan-padang-di-malaysia/
Diouf kritik keadaan padang di Malaysia
KUALA LUMPUR, 9 Februari :
Penyerang import Sabah, El Hadji Diouf telah tampil meluahkan kekecewaannya berikutan struktur permukaan padang, selepas perlawanan pertama Liga Perdana yang menyaksikan Sabah menang 2-0 menentang Kuala Lumpur di Stadium Merdeka, baru-baru ini.
Penyerang berprofil tinggi yang juga merupakan bekas pemain Liverpool itu turut menyatakan, jika dia tahu situasi ini akan berlaku sebelum ini, dia tidak akan datang ke Malaysia.
Menurut Utusan yang dipetik daripada portal sukan Goal.com, Diouf menyatakan bahawa keadaan ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia ketika Liga Malaysia kini mula mendapat perhatian dunia.
Dia ternyata kecewa melihat keadaan padang dan menyifatkan tidak pernah terlintas untuk bermain dalam keadaan padang sedemikian.
“Stadium Merdeka adalah tempat peringatan maka mereka perlu mengekalkan ia lebih baik daripada ini,” kata Diouf yang dipetik daripada Goal.com.
Ketika perlawanan tersebut, Diouf menjaringkan satu gol dan mencipta satu peluang gol untuk memberikan kemenangan selesa 2-0 Sabah terhadap Kuala Lumpur sekaligus bermula dengan langkah kanan dalam Liga Perdana musim ini.