#allhamdullillah semalam selesai tugas dapat hadiah #tajaan dari @mac_ruhayuofficial #macruhayuandsonsorilicious #memanglazat #homemade #wajibcuba #sooooodelicious #yummys #lolmac 😘

#dc#dc comics#batman#bruce wayne#dick grayson#dc fanart#dc universe#tim drake#batfam#batfamily



seen from Malaysia

seen from Maldives
seen from United States
seen from China
seen from United States
seen from Türkiye

seen from United States

seen from Malaysia
seen from Germany
seen from China
seen from Brazil
seen from United States
seen from Kyrgyzstan
seen from United Kingdom

seen from Brazil
seen from Malaysia

seen from United States

seen from India
seen from China
seen from United Kingdom
#allhamdullillah semalam selesai tugas dapat hadiah #tajaan dari @mac_ruhayuofficial #macruhayuandsonsorilicious #memanglazat #homemade #wajibcuba #sooooodelicious #yummys #lolmac 😘
Satu lagi program ilmuan kerjasama TV Al Hijrah dan SAIDINA GROUP. - MAI NGAJI... Semoga bermanafaat dan mendapat barakah dariNya. #MaiNgaji #belajarTajwid #kaedahTalaqqi #TValHijrah #SaidinaGroup #Tajaan #Sonsorship #UstazahBertalaqqi #UstazahNurNadiah
Pembekalan dan pemasangan Meja Pengarah, Meja Pengurus, Meja Kopi, Sofa, Kerusi Pejabat dan sebagainya ke Syarikat PV Empire Sdn Bhd di iCity-Shah Alam Boleh hubungi Saidina Group untuk pertanyaan lebih lanjut atau terus Wassup kepada kami di : www.wasap.my/60173760139 Syazwan www.wasap.my/60173160970 Suryati www.wasap.my/60172666047 Shahira www.wasap.my/60173613212 Azhan atau boleh juga hubungi di talian : 03-60571884 03-60572884 03-60573884 1-800-888-884 (Toll Free) Email: [email protected] #kerusipejabat #officechairs #kerusi #pembekalkerusi #kerusimurah #kerusipejabatmurah #cheapchairs #KL #kualalumpur #partion #highbackchairs #officechairssupplier #malaysia #tajaan #armrest #rakbuku #bookshelf #event #sponsership #sekolah #school #meja #banquet #kerusiplastik #shahalam #syarikat #icity #company #pvempire #superspontan #perabotpejabat #perabotmurah #perabotmalaysia #directortable #mejapengarah
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/01/22/datuk-vida-jawab-tohmahan-berhubung-ajl29/
Datuk Vida jawab tohmahan berhubung AJL29
PETALING JAYA, 22 Januari:
Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida mempersoalkan sikap segelintir pihak yang menyelarnya, gara-gara tajaan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang berlangsung Ahad lalu.
Menurutnya, sebagai penaja yang telah melabur wang sejumlah RM3 juta untuk program itu, beliau berhak mempromosikan produknya, setelah mendapat persetujuan daripada TV3.
“Sebagai seorang ahli perniagaan, sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta, tetapi hasilnya tiada.
“Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk,” katanya yang dipetik daripada laporan mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh yang dianggap berlebihan.
Kritikan terhadapnya turut diluahkan Datuk Chef Wan dalam Instagram yang menceritakan beliau terpaksa beralih ke ruang tamu, sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan, ketika menonton siaran langsung pertandingan lagu itu.
Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sambil menikmati mi segera, berserta keterangan gambar yang mengkritik iklan berkenaan.
Selain siaran langsung AJL29, Datuk Vida turut menaja pertandingan Gegar Vaganza yang disiarkan Astro Ria, pada 4 Januari lalu.
Kata Datuk Vida, 44, sejumlah wang telah dikeluarkan untuk TV3, termasuklah membeli iklan menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI).
Ujarnya, tidak semua usahawan kecil dan sederhana (SME) sepertinya yang berani mengeluarkan wang untuk mempromosikan produk masing-masing, apatah lagi jika melibatkan jutaan ringgit.
Oleh itu ujarnya, selepas rancangan tersebut, beliau harus melihat kesan terhadap promosi yang dijalankan, sama ada ia berjaya atau tidak.
“Alhamdulillah, selepas AJL29, jualan produk saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu merancang perkara lain pula tahun ini. Perlu diingatkan, produk saya untuk orang kampung dan cara promosinya haruslah sesuai untuk golongan itu,” katanya.
Tambah Datuk Vida, dengan pelaburan sebanyak RM3 juta itu, beliau berjaya mendapat peluang mempromosikan produknya, tanpa berkongsi dengan mana-mana produk lain dalam AJL29 itu.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/25/che-ta-bengang-peminat-tegur/
Che Ta bengang peminat tegur
KUALA LUMPUR, 25 Oktober:
Isu mengenai Rozita Che Wan yang bakal ditaja oleh KPJ untuk kos rawatan bersalinnya yang dianggarkan mencecah lima angka masih lagi panas diperkatakan oleh peminat.
Terdapat segelintir peminat yang menyokong tajaan itu kerana menganggap ia rezeki aktres itu namun ada juga yang kurang senang hati kerana beranggapan masih ramai golongan lebih memerlukan bantuan daripada selebriti seperti Che Ta.
Di laman instagram milik selebriti itu, seorang peminat telah menasihatinya supaya tidak terlalu angkuh dalam mengeluarkan kenyataan kerana populariti tidak boleh dibawa ke kubur.
Rozita bagaimanapun kurang senang dengan komen yang diberikan oleh peminat itu lalu menghemburkan kata-kata yang kurang sopan.
“Kenyataan saya boleh minta apa sahaja itu bermaksud saya boleh pilih mana-mana doktor yang saya suka. Itu aje! Awak ni bodoh ke bangang dah baca story itu pun masih tidak faham. Lain kali kalau bengap sangat nak faham cerita, baca la seribu kali supaya orang tidak cakap bodoh! ini la yang dikatakan bodoh tidak boleh diajar!” katanya.
Kata-kata Rozita itu menarik perhatian pengikut Instagramnya yang mempersoalkan mengapa pelakon itu bertindak sedemikian.
@Amira_88 berkata, Rozita tidak patut menghemburkan kata-kata sinis sedemikian kerana dia merupakan selebriti dan menjadi tontonan umum, lagipun dia pun bukan cerdik sebab itu tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beberapa hari lalu, Rozita dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar yang mengatakan dia boleh mendapat apa sahaja.
Kenyataannya itu mendapat maklum balas negatif daripada pengguna laman sosial kerana mereka berpendapat ia kenyataan angkuh dan sombong.