22 Dec 2021, 'MAKCIK REDHA, MAKCIK SYUKUR'. Gambar di sekitar Kampung Lancong Jaya. Aku memerhatikan gelagat seorang makcik yang menyantuni anak muda yang datang untuk membersihkan rumahnya. Dari jauh aku lihat senyumannya, Dan sejurus anak anak muda yang mewakili Universiti mereka berlalu dari situ, aku menghampiri makcik tersebut. Makcik, minta izin ambil gambar rumah boleh? "Boleh". Sambil tangkap gambar tu, aku mulakan perbualan dengan makcik tu. "Makcik sorang je ke?" "Tak, makcik dengan pakcik, tapi pakcik dekat masjid rehat kejap, pakcik dari pagi tadi mengemas". "Ni makcik ganti pakcik kejap". "Makcik, banjir ni, yang paling teruk ke?" "Makcik rasa, selepas 20 tahun, ini lah yang paling teruk". "Kami tak jangka air naik tinggi". Habis van dengan kereta tak sempat alih". sambil menunjuk ke arah kenderaan yang sudah tersadai. "Tapi takpa, makcik Redha dan Syukur". Aku diam kejap, sambil tenung muka makcik tu. Aku tanya lagi. "Untuk apa Redha dan Syukur tu?" "Redha makcik untuk musibah ini, apa Allah nak beri makcik terima, Syukur makcik sebab dinding rumah masih ada, walaupun dalam rumah masih ada air". Sambil matanya memandang tepat kearah rumahnya. "Ada orang diuji, rumahnya tiada terus, hilang tempat berlindung. Tapi makcik masih ada". Allahhh. Inilah orang hebat. Apabila diuji, masih mampu melafazkan kata syukur. Tetap redha dengan ketentuan Allah swt. Lama aku berdiam diri membiarkan kata-katanya bermain difikiran. Sejurus kemudian, aku meminta izin untuk meneruskan perjalanan untuk melihat kawasan. Beberapa tahun kebelakang, jika nak tengok suasana seperti ini, hanya di Pantai Timur, ketika menyertai misi Bencana Banjir. Hari ini, ia berlaku sendiri di negeri kelahiran sendiri, hometown pula tu. Rasa ralat tengok muka orang orang yang kita kenal, kawan kawan yang membesar sama sama. Gerakan sukarelawan untuk proses pembersihan selama beberapa hari ini, akan diteruskan, inshaAllah, bagi yang berkelapangan, boleh hubungi @faizqayyuum untuk menjadi salah seorang sukarelawan. Kita buat sama sama. +601137177568 Semoga dipermudahkan urusan. InshaAllah ta'ala. #daruratbanjir #banjir #shahalam #doabuatselangor #dakwahituseni #harinidahingatmati (at Lanchong Jaya) https://www.instagram.com/p/CXy1iFTPOX4/?utm_medium=tumblr











