New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/05/27/taylor-swift-di-bangkok-dibatal/
Taylor Swift di Bangkok dibatal
Penganjur konsert penyanyi Taylor Swift, BEC Tero telah membatalkan persembahan bintang Amerika Syarikat itu ekoran keadaan politik semasa di negara terbabit.
BEC Tero Entertainment memaklumkan kepada pelanggan mengenai pembatalan itu melalui laman web jualan tiketnya, Thaiticketmajor.com.
Tiket yang berharga antara 2,000 baht hingga 6,500 baht (RM197 hingga RM640) itu sudah pun habis dijual.
Bintang pop itu dilaporkan menulis di akaun Twitter miliknya, @taylorswift13: “Saya menujukan kasih saying saya kepada peminat di Thailand. Saya sedih kerana konsert di sana dibatalkan.”
Konsert itu ialah sebahagian rancangan konsert jelajah Asia penyanyi terbabit yang bermula pada 4 Jun di Jakarta, 6 Jun (Manila), 9 Jun (Bangkok), 11 Jun (Kuala Lumpur) dan 12 Jun (Singapura).