"Tuhan jarakkan kau dan dia. Bersebab. "

seen from United States

seen from United States
seen from Russia
seen from Netherlands
seen from United States
seen from Vietnam
seen from United States
seen from United States

seen from Poland

seen from T1

seen from United States
seen from Brazil

seen from United States
seen from Yemen
seen from Italy

seen from United States

seen from United States

seen from Argentina
seen from Germany
seen from Yemen
"Tuhan jarakkan kau dan dia. Bersebab. "
Pasangan atau Kawan
Mana yang perlu didahulukan? Bergantung pada hubungan jenis apa yang kau mahu. Jika kau mahu bersama seseorang tapi kau masih mahu berkawan dan kau rasa kawan kau itu sangat penting, lebih baik kau teruskan berkawan dan jangan berhubungan dengan sesiapa. Kerna cara kau itu mungkin akan menyeksa orang yang sudah pilih untuk bersama dengan kau. Ya, kawan itu penting cumanya kau harus tahu, yang nantinya akan hidup sebantal, serumah kau itu, ialah pasangan kau. Jadi jika kau dahulukan rakan daripada pasangan, kau sangat kejam orangnya. Ya pasangan kau tidak sekelakar mereka, tidak seseronok kawan kau, tapi percayalah di ketika kau tersungkur jatuh dan tidak bisa bangun dari katil, pasangan yang kau rasa tidak menyeronokkan itulah yang sentiasa akan ada di sisi kau, lapkan badan dan doakan kau untuk sembuh sepenuhnya. Rakan hanya melawat, menjaganya itu tetap pasangan. Kita ini manusia, sering terlepas pandang harta dunia yang kita sudah ada. Tolong, hargai manusia yang sudah ada di sisi. Dunia memang seronok dengan rakan tapi dunia kau akan rasa sempurna dengan adanya pasangan di hati.
Kadang-kadang makin banyak kau rasa kehilangan, makin kau sedar hidup ini bukan sekadar untuk suka-suka, makin kau nampak kita semua ini hanya sementara, makin kau hargai manusia yang sentiasa sayang kau dan sentiasa cuba ada. -#thefaizibrahim
MAKA, berbahagia laahh
FIKIR PASAL ORANG
Masalah kita ni satu je, kita terlampau jaga hati orang. Lagi-lagi orang yang kita sayang, orang yang kita sentiasa rindu. Itu biasa, sebab saya juga pernah rasa benda yang sama. Sentiasa nak tengok dia bahagia, sentiasa nak lihat dia tersenyum walaupun kita tak happy dan sebagainya. Cuma, itu tak elok. Dan jika kau lebihkan fikir pasal orang yang kau sayang, berbanding dengan apa yang kau rasa, kau pentingkan diri, kau tak adil dan kau kurang pandai. Kadang-kadang dalam hidup kau, kurangkan fikir pasal orang dan jangan terlampau CUBA untuk buat dia HAPPY. Buat apa yang termampu, yang kau terdaya. Lebihkan fikir pasal diri kau sendiri. Saya tak ajar untuk jadi selfish, cuma manusia ini sifatnya sementara. Ada yang berpisah kerana pergi dari dunia, ada yang berpisah kerana dia berubah. Itu kau kena jaga-jaga. Jadi jika dia pergi, sekurangnya kau tak mati dan sukar nak hidup semula. Perasaan dan rasa kau juga penting. Kau juga layak rasa bahagia dan dibahagiakan. Hidup kau bukan hanya untuk membahagiakan orang lain sahaja. Bila kau dah rasa bahagia dengan diri kau, barulah kau boleh membahagiakan. Please, sentiasa beringat, Kebahagiaan kau juga penting.
Harapnya kita senang bersama, susah pun bersama. Harap kau sentiasa ada. Amin. #thefaizibrahim
L I F E
"Life" kadangnya tak semudah yang kita sangka, ada hari kitalah paling bahagia, ada hari kitalah yang paling berduka. It's ok, life memang begitu. Just don't give up. Hidup ini penuh warna dan amat rugi jika kau berhenti melihatnya. Teruskan hidup walau dunia ini menduga kerna kau sebenarnya kuat jika kau cuba. telegram.me/TheFaizIbrahimChannel
Adakah itu buat kau bahagia?
Saya ada tanya soalan dekat kawan saya, kenapa kau kerja sini? Kenapa kau tak pergi tempat lain? Kau kan kata dengan aku, tempat ni stress dan lain-lain semua tu. Dia cakap, "Sini tempat aku, nak taknak aku kena hadam". Dalam hati saya kata, "Podahhhh". Itulah masalah kita sebenarnya, kita always takut. Takut untuk lompat ke tempat baru dan rasa jika kita dilayan teruk dan tak bahagia, kita selayaknya untuk itu dan sampai matilah kita kena tahan. Dah takdir Allah begitu. Itu memang messed up. First, itu bukan takdir Allah. Itu kebodohan kau. Kau dah tahu kau tak bahagia, kau keep selesakan diri kau dengan ketidakbahagiaan kau dah kenapa? Pada saya itu adalah sengal ubi abadi. Kau tak bahagia, kau stay buat apa woi? Kau kejam dengan diri kau sendiri, kau seksa diri kau sendiri. Kedua, hidup ini memang sentiasa penuh dengan pilihan. Jangan pernah kata itu sahaja pilihan yang kau ada. Kau yang malas nak cari pilihan lain. Allah wujudkan banyak pilihan, kau je malas nak cari. Masalah utama kita sebenarnya satu, kita selesa. SELESA dilayan macam sampah, SELESA tidak bahagia, SELESA diperbodohkan. Jadi satu saya nak pesan, kalau tak bahagia dan gembira, lihat diri kau dan tanya, "Wahai aku, tahniah, kau hidup tapi sebenarnya kau mati". Kita hidup bukan lama pun korang, jadi stop wasting your time untuk rasa miserable dan find the new happy you. Saya doakan yang terbaik dan kita sama-sama cari bahagia yang kita cari. telegram.me/TheFaizIbrahimChannel