MEETING TERAKHIR SEBELUM LAWATAN
MASA : 9.15 p.m. – 12.00 p.m.
1.Perbincangan mengenai transport untuk ke Rumah Seri Kenangan Cheras.
Pada awalnya, kami memilih untuk pergi dengan kenderaan sendiri berbanding public transport untuk mengelakkan jadual perjalanan yang lebih lama dan kos untuk perjalanan yang tinggi. Hal ini kerana,jika menggunakan public transport, kami perlu menaiki teksi dari kolej kami untuk ke stesen LRT terdekat,seterusnya mengambil LRT ke LRT Sungai Besi dan sekali lagi menaiki teksi untuk ke Rumah Seri Kenangan Cheras. Kami telah berjaya mendapatkan sebuah kereta untuk ke rumah tersebut dan kami masih berusaha mencari sebuah lagi kereta. Namun pada saat-saat terakhir, kereta yang berjaya dipinjam terpaksa cancel atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari lagi 2 buah kereta. Oleh kerana sudah last minute, tiada kereta yang available. Kami mengambil keputusan untuk menaiki public transport walaupun terpaksa menempuh masa perjalanan yang agak lama dan kos yang agak tinggi.
2.Buah tangan untuk penghuni RSK Cheras.
Kami mengambil keputusan membawa sedikit sumbangan kepada penghuni RSK atas kesudian mereka menerima kunjungan kami sehari sebelum lawatan. Kami mengaku kesilapan kami kerana tersedar akan hal ini agak lewat. Kami bersetuju ingin membeli makanan ringan seperti biskut dan snek untuk diagihkan kepada penghuni ketika aktiviti dijalankan. Keluar ke kedai-kedai berdekatan pada jam 1030 malam untuk mencari snek dan biskut bukanlah sesuatu yang mudah kerana kebanyakkan kedai telah tutup. Tetapi, kami berjaya mendapatkan barang-barang tersebut.
Walaupun kata putus berjaya dicapai untuk transport dan saguhati, namun ia agak kurang memuaskan hati kami. Kami mengaku hal ini terjadi kerana kesilapan kami sendiri kerana sering menangguhkan kerja. Kami akan berusaha untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi di masa akan datang.
By WAN AIDA AMIRAH BT WAN MUHD SALLEH