Sayang 💕 #KTSN #Arise #UKMpride

seen from Germany
seen from Russia
seen from United States

seen from Germany

seen from Germany
seen from Yemen

seen from Botswana
seen from Yemen
seen from China
seen from United Kingdom

seen from Poland
seen from Germany

seen from Türkiye
seen from Malaysia

seen from Austria
seen from Ukraine
seen from United States
seen from Yemen

seen from United Kingdom
seen from Slovakia
Sayang 💕 #KTSN #Arise #UKMpride
Last Meeting !!
20/5/2016
Masa:9:00pm-12:00pm
Gambar menunjukkan kami sedang mengadakan perbincangan . Gambar ini diambil oleh Aida. Ini merupakan meeting terakhir bagi projek lawatan kali ini. Kami membincangkan tentang laporan dan menyiapkan refleksi kumpulan kami.Masing-masing menyumbangkan idea bagi menyiapkan refleksi kumpulan. Berkat usaha masing-masing kami berjaya menyiapkan refleksi kumpulan. Syukur ke Hadrat IIahi memberi kami kekuatan untuk bergerak sebagai satu kumpulan. Hasil kerjasama daripada setiap ahli sangat membantu dalam merealisasikan projek ini meskipun bayak konflik yang kami hadapi. Benarlah peribahasa melayu “bersatu teguh, bercerai roboh”. Terima Kasih buat Puan Fatin yang memberi peluang dan kebenaran untuk kami mengadakan projek ini.
By NURUL SYAHIDA BINTI NORHISHAM
Final Presentation For Our Project !!
18/5/2016
Masa:2.00pm-5.00pm
Gambar di atas diambil ketika kami sekumpulan membuat presentation . Aida,Amirah dan Ain telah membentangkan hasil projek kami dengan jayanya . Setelah berakhir presentation Puan Fatin telah memberi ugasan baru kepada kami. Setiap kumpulan perlulah menghantar satu laporan lawatan kepadanya dan lima yang terbaik akan dipilih untuk dikeluarkan dalam majalah-majalah yang terlibat.Alhamdulillah, presentation kami berjalan dengan lancar dan jayanya!Kami semua sangat berpuas hati kerana dapat membentangkan hasil projek kami kepada Puan Fatin dan rakan yang lain.
Perbincangan Selepas Lawatan
15/5/2016
Masa:9.30pm-11.30pm
Kami sekumpulan telah berjumpa di kafe untuk mengadakan perbincangan tentang “presentation” untuk projek kami yang akan diadakan pada 18 May 2016. Kami telah berbincang dan membuat refleksi tentang lawatan ini . Kami telah membahagi tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk menyiapakan slide presentation tersebut. Semua ahli kumpulan memberi kerjasama baik bagi menyiapkan slide tersebut. Kami juga berbincang tentang refleksi kumpulan yang perlu dihantar kepada Puan Fatin pada 25 May 2016. Semoga Tuhan lancarkan urusan kami pada rabu akan datang ! :-)
The Day For Our Project..
14/5/2016 PART 2
Assalamualaikum dan hai. Ok sekarang saya nak bercerita tentang aktiviti semasa kami di sana. Ketika sampai di sana, kami telah disambut Puan Hajar. Kami telah diberi tahu serba sedikit mengenai tempat tersebut dan dibawa untuk melawat kawasan sekitar Rumah Seri Kenangan. Mula-mula kami dibawa ke bahagian klinik rawatan luar. Klinik tersebut juga mempunyai dua bahagian iaitu bahagian terapi carakerja dan fisioterapi. Seterusnya, kami sekumpulan dibawa ke bilik mayat untuk melihat sendiri keadaan di bilik mayat. Puan Hajar bercerita serba sedikit perkara yang pernah berlaku di bilik mayat. Selepas itu, kami dibawa melawat ke tempat penginapan penghuni-penghuni disana. Kemudian, kami menjalankan beberapa aktiviti bersama penghuni disana. Antaranya, bermain “puzzle”, menari bersama mereka yang masih cergas dan berbual bersama mereka sambil makan makanan yang telah dibawa oleh kami. Pelbagai kisah kehidupan dan ragam dapat kami tonton dan dengari.Sesi aktiviti tamat pada pukul 12.30 tengah hari untuk memberi laluan kepada penghuni menikmati makan tengah hari yang telah disediakan di dewan makan mereka. Sesi seterusnya bermula setelah mereka selesai menikmati makan tengah hari. Pada asalnya aktiviti yang dirancangkan adalah untuk bermain “musical chair” tapi disebabkan faktor penghuni yang baru selesai makan maka aktiviti tersebut ditangguh bagi mengelakkan berlaku kecederaan. Aktiviti yang berlangsung hanyalah sambung kembali aktiviti berbual dan bercerita bersama penghuni saambil lagu dipasang. Pada waktu yang sama ada seorang penghuni bermain piano. Saya kagum dengan beliau kerana mempunyai bakat yang sedemikian. Keseluruhan aktiviti kami tamat pada 1.35 tengah hari. Sebelum pulang kami sempat bergambar bersama-sama dengan Puan Hajar sebagai tanda kenang-kenangan keemudian kami bertolak pulang ke Kolej.Gambar-gambar kami melakukan aktiviti dengan penghuni Rummah Seri Kenangan Cheras tidak dapat dikongsikan bagi menghormati privasi mereka.
By NURUL SYUHADA BINTI IBRAHIM
THE DAY FOR OUR PROJECT.
14/5/2016
PART 1
Masa:7.30am-1.30pm
Bermulalah perjalanan kami untuk ke Rumah Sei Kenangan Cheras. Hari yang dinanti-natikan oleh setiap ahli kumpulan. Perasaan gembira, teruja, berdebar bercampur di hati. Moga dimudahkan urusan olehNya. Kami semua berkumpul di Toh Puan pada pukul 7.15pagi dan mula berjalan kaki menuju ke stesen Titiwangsa pada pukul 7.30. Kami bercadang untuk berjalan kaki ke Stesen Titiwangsa untuk menjimatkan kos kerana pada hari tersebut tiada bas yang beroperasi dari kolej ke fakulti. Kami berjalan melalui tasik dan mengambil masa selama 30 minit. Malangnya, kami tersesat dan bercadang untuk pergi ke Stesen Monorel Chow Kit, memandangkan semua orang tahu jalan untuk ke Stesen Monorel Chow Kit. Kami berjalan melalui Hospital Kuala Lumpur dan tiba di Stesen Monorel Chow Kit. Kami menaiki monorel dan menuju ke Stesen Monorel Titiwangsa dan membuat petukaran menaiki LRT dan turun di Stesen Sungai Besi memandangkan ia stesen yang terdekat dengan Rumah Seri Kenangan.Kami menaiki Teksi untuk ke sana. Perjalanan kami memakan selama 20minit. Tibanya disana kami disambut oleh Puan Siti Hajar. Kami berbincang dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan dilakukan dengan penghuni Rumah Seri Kenangan.Tentatif terpaksa ditukar disebabkan kelewatan kami. Aktiviti gotong royong ditukarkan kepada bermain puzzle dan sesi sharing bersama penghuni. Aktiviti gotong royong dibatalkan kerana hari sudah mula panas dan kami menukarkan ke aktiviti ‘indoor’.
By NURUL SYAHIDA BT NORHISHAM
MEETING TERAKHIR SEBELUM LAWATAN
13/5/2016
MASA : 9.15 p.m. – 12.00 p.m.
AGENDA MEETING
1.Perbincangan mengenai transport untuk ke Rumah Seri Kenangan Cheras.
Pada awalnya, kami memilih untuk pergi dengan kenderaan sendiri berbanding public transport untuk mengelakkan jadual perjalanan yang lebih lama dan kos untuk perjalanan yang tinggi. Hal ini kerana,jika menggunakan public transport, kami perlu menaiki teksi dari kolej kami untuk ke stesen LRT terdekat,seterusnya mengambil LRT ke LRT Sungai Besi dan sekali lagi menaiki teksi untuk ke Rumah Seri Kenangan Cheras. Kami telah berjaya mendapatkan sebuah kereta untuk ke rumah tersebut dan kami masih berusaha mencari sebuah lagi kereta. Namun pada saat-saat terakhir, kereta yang berjaya dipinjam terpaksa cancel atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari lagi 2 buah kereta. Oleh kerana sudah last minute, tiada kereta yang available. Kami mengambil keputusan untuk menaiki public transport walaupun terpaksa menempuh masa perjalanan yang agak lama dan kos yang agak tinggi.
2.Buah tangan untuk penghuni RSK Cheras.
Kami mengambil keputusan membawa sedikit sumbangan kepada penghuni RSK atas kesudian mereka menerima kunjungan kami sehari sebelum lawatan. Kami mengaku kesilapan kami kerana tersedar akan hal ini agak lewat. Kami bersetuju ingin membeli makanan ringan seperti biskut dan snek untuk diagihkan kepada penghuni ketika aktiviti dijalankan. Keluar ke kedai-kedai berdekatan pada jam 1030 malam untuk mencari snek dan biskut bukanlah sesuatu yang mudah kerana kebanyakkan kedai telah tutup. Tetapi, kami berjaya mendapatkan barang-barang tersebut.
Walaupun kata putus berjaya dicapai untuk transport dan saguhati, namun ia agak kurang memuaskan hati kami. Kami mengaku hal ini terjadi kerana kesilapan kami sendiri kerana sering menangguhkan kerja. Kami akan berusaha untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi di masa akan datang.
By WAN AIDA AMIRAH BT WAN MUHD SALLEH
Approval for Our Project !!
9/5/2016
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah meluluskan program khidmat masyarakat kami di Rumah Seri Kenangan Cheras. Pihak jabatan telah menghantar emel kepada kami mengenai kelulusan program yang akan diadakan di pada 14/5/2016. Proses kelulusan ini diusulkan kepada Puan Fatin Hazwani merangkap mentor kami mengenai program yang akan dijalankan disana. Aktiviti berkebun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.Jadi,kami telah menukarkan aktiviti berkebun kepada aktiviti gotong royong iaitu merupakan idea asal kami. Alhamdulillah,akhirnya tentatif program kami telah diluluskan oleh kedua-dua pihak. Seterusnya kami telah menelefon pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheras akan kehadiran kami dan juga tentatif program yang akan dijalankan disana. Kami juga memberitahu tentang pertukaran tentatif dan mendapat kelulusan dari pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheras.
Berikut merupakan tentatif terbaru:
8:30pg-10:00pg- Bergotong – royong
10:00pg-10:15-Berehat/Kudapan pagi
10:15pg-12:00tghari-Sesi beramah mesra bersama penduduk Seri Kenangan
12:00-1:30ptg-Makan tengahari,penutup dan bersurai
By NURUL AINI FADZLEENA BT MOHD ZUHAIMI