Kadang bukan apa. Mungkin kerna terlalu indah. Memaksa aku selalu menjengah. Pada masalalu yang kian punah. Kadang bukan kerana apa. Mungkin cuma hanya disana, Ada aku dan ada engkau yang sebenar, berkongsi ria, jenaka dalam celaka. Dan kadang bukannya apa, Mungkin kerana bait-bait kata, Kita lontar dalam sinis berjiwa, Kita lontar tangis dalam ketawa. Juga mungkin kerana.. Cuma ini yang aku ada. Cuma ini.. Sebelum mati. #tributetoRc #legasi #selamanya #yoshhh #thebegining








