Point yang boleh digunakan bagi menjawab isu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 1- SMUE tidak dimansuhkan sebaliknya ditukar mekanisme pelaksanaan yang baru. Pelaksanaan yang lama hanya memberi manfaat kepada waris selepas warga emas meninggal dunia sebaliknya skim yang baru memberi manfaat terus kepada warga emas itu sendiri semasa hayat beliau. 2- Khairat kematian turut ditawarkan dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) Kerajaan Persekutuan, KWSP, SOCSO, Skim Insurans Penjawat Awam dan Khairat Kematian Masjid / Surau Kariah. Terlalu banyak ‘overlapping’ malah ada ADUN juga turut memberi bantuan khairat kematian dari peruntukan DUN. Oleh itu, Kerajaan Negeri beranggapan bahawa peruntukan utk warga emas haruslah diberi kepada mereka semasa mereka masih hidup. 3- Sepanjang 10 tahun pelaksanaan SMUE, hanya 101,329 penerima sahaja yang telah menerima manfaat. Dengan pelaksanaan skim baru, 200,000 orang warga emas akan menerima manfaat dalam tahun pertama pelaksanaan. Angka ini akan meningkat sesuai dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri. 4- Sesuai dengan nama nya iaitu Skim Mesra Usia Emas, pelaksanaan yang baru ini memberi manfaat kepada warga emas semasa hayat mereka. Dapat membantu meringankan beban juga memberi bantuan kewangan semasa musim perayaan. Peruntukkan RM 20 Juta oleh Kerajaan Negeri adalah bukti kepedulian kepada warga emas. #DemiRakyat #MajuBersama #WargaEmas #SkimMesraUsiaEmas (at Selangor Kuala Lumpur) https://www.instagram.com/p/Bw1wK7CnIZr/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=e70ls2db06dg