Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Tidak berapa lama lagi, inshaAllah kita bakal menyambut Aidilfitri, hari kemenangan buat seluruh umat Islam yang telah berhempas pulas mengawal nafsu sepanjang bulan puasa tahun ini. Alhamdulillah, tahun ni pada aku, agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Yang paling ketara, tiada berita pengeboman dan pembunuhan secara besar-besaran di Gaza, Palestin. Sejujurnya, pada aku, mungkin berkat doa yang dipanjatkan seluruh umat Islam di serata dunia, yang telah menyebabkan warga Gaza dapat bersahur, berbuka dan berterawih dengan aman pada tahun ini. Moga keamanan ini akan kekal buat jangka masa yang panjang. Pun begitu, pembunuhan dan kematian tetap berlaku di mana-mana, aku sebagai manusia yang lemah hanya mampu berdoa supaya mereka yang gugur sepanjang bulan yang mulia ini, walau siapa pun mereka, semoga ruh mereka dicucuri rahmat, dan semoga mereka ditempatkam bersama orang-orang yang beriman. Amin.. Satu lagi perkara yang aku kesal terjadi di bulan yang mulia ini adalah, mulut manusia, atau dalam beberapa kes, jari manusia yang banyak melakukan onar dan maksiat tak kurang juga fitnah dan caci maki sesama sendiri di bulan yang sepatutnya mendidik kita supaya mengawal nafsu kita. Ini yang membuatkan aku berasa begitu sedih dan takut. Sedih kerana memikirkan betapa kaum Zionis itu semakin berjaya dalam memecahkan ukhuwah kita; takut kerana aku bimbang dengan azab yang bakal Allah timpa jika kita berterusan memalit dosa di atas bumi ini. Allahu akbar. Adakah kita mahu tunggu kepala kita terantuk, baru saat itu mahu mengadah sakit? Adakah kita mahu tunggu Allah tarik segala nikmat yang kita miliki, baru saat itu kita mahu bertaubat, dan berkasih sayang sesama makhluk? Adakah kita mahu mencabar Tuhan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tidak sedarkah wahai diri? Tidak sedarkah dengan apa yang sudah terjadi di sekeliling kita? Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apa sudah jadi dengan anak teruna kita, ke mana anak dara kita? Apa sudah jadi dengan bumi Malaysia? Satu-satu nikmat Allah sudah tarik dari bumi Malaysia ini. Pada sudut penglihatan aku, apa yang telah terjadi di bumi cinta ini, fitnah telah berlaku dari serendah kelompok masyarakat sehingga ke peringkat tertinggi pentadbiran negara, nilai mata wang kita jatuh, golongan berkepentingan mencekik dan memerah rakyat sehingga kering tubuh badan dan poket mereka, tuduh menuduh dan caci maki sudah menjadi zikir, ..dan macam-macam lagi. Inikah negara yang kita impikan? Inikah kelompok masyarakat yang kita mahu didik nilai moralnya kepada anak cucu kita? Inikah...umat Muhammad? Sebenarnya... Inilah masanya. Inilah zaman fitnah. Inilah akhir zaman. Tutup mata dan buka mata hati kita luas-luas. Kita akan terkejut betapa banyak kerosakan yang terjadi. Semuanya adalah hasil dari tangan kita sendiri. Tangan manusia itu sendiri. Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita berubah. Saat kaum Zionis menyiapkan diri menyambut kedatangan Dajjal, adalah lebih baik kita juga mempersiapkan diri dengan segala amalan yang sepatutnya untuk mengharungi zaman maksiat dan fitnah ini di samping mengikat nafsu kita, bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi pada setiap hari sepanjang tahun, dan mengelakkan diri kita dari masuk ke dalam perangkap Dajjal. Bagaimana caranya? Aku bukanlah seorang alim untuk membicarakan hal itu, tetapi cukuplah kembali kepada pengangan al-Quran dan as-Sunnah. Kuncinya ialah ikhlas dan istiqamah. Dalam satu hadis, nabi bersabda, (tak ingat riwayat) Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing), dan akan kembali dalam keadaan dagang. Wallahu'alam.