Love this quote. Kadang-kadang even kita kenal seseorang tu lama sampai 10 tahun kita masih tidak dapat kenal dia sebenar-benarnya. Banyak ketidak jujuran dan pembohongan dalam hubungan 10 tahun itu. Tetapi kadang-kadang baru kenal 3 bulan rasa seperti dah kenal sepanjang hayat. Kita boleh jadi diri kita yang sebenar tanpa dikritik dan di terima seadanya apa sahaja kekurangan dan keburukan diri kita. Mengapa ini boleh terjadi? Cuba kita fikirkan dalam-dalam apakah sebabnya.... bukan mencari salah atau menuding jari, kita fikirkan sebabnya ianya berlaku untuk kita memperbaiki hidup kita dan hubungan kita di masa hadapan😉 Perlu di ingat, perkara lepas adalah sejarah. Ianya tidak boleh di ubah namun pengalaman yang kita lalui itulah yang penting sebenarnya kerana daripada pengajaran yang kita dapat itulah yang telah mengajar kita, memberi kekuatan, membentuk identiti dan seharusnya menjadikan kita lebih baik daripada siapa kita sebelum ini. Buang perkara negatif dan memori buruk dan hanya ambil perkara positif dan pengajaran yang kita perolehi. Kita akan dapat lihat perbezaannya jika kita mula buang negativiti dan penuhkan diri kita dengan perkara-perkara positif. #lawofattraction #lawofvoid #lawofvibration #lifeistooshorttobeunhappy #letbygonesbebygones https://www.instagram.com/p/CL3AgT5lSRW/?igshid=v6odr1gx8y23











