happy birthday buat ibu mertua tercinta. mak Fuziah 😘 selama kami duk menjadi menantu dalam keluarga ini, tidak sekali pun pernah merasa diri sebagai orang baru terasing yang baru nak masuk keluarga ini. sungguh! dari saat permulaan perkenalan kali pertama berjumpa, nak merisik, rasa kasih sayang tu terjalin dengan seorang insan mulia ni. mak mertua paling cool orang cakap. pasal terasa sangat hubungan kekeluargaan tu, terasa yang insan ni mula menerima seketul Aizuddin dari saat kali pertama berjumpa. petang paling menjadi kenangan termanis seumur hidup. dalam keadaan yang agak kekok jujurnya waktu kali pertama berjumpa mak ayah si Nadrah ni haa, melihat mak membuatkan hati yang gundah gulana menjadi lapang. mak Fuziah penyelamat keadaan. hehe. alhamdulillah atas kurnia Allah s.w.t, di berikan mak ayah mertua terbaik dapat diiidamkan oleh sesiapa sekali pun. benarlah, keluarga keturunan yang baik adalah penentu titik ukur kebahagian dalam mencari jodoh. selamat hari lahir mak. moga Allah s.w.t memberikan segala bentuk kebahagian yang ada di dunia dan di akhirat ni untuk mak. terima kasih kerana sudi menjadi mak mertua paling baik dalam dunia ni.. heee. love u so muchhhh 🥰 https://www.instagram.com/p/B9F4rDBlNPFzFRBMNms1PiTaSfyoGTj90GpnfQ0/?igshid=1k7vmw61krxii












