Pengiklanan
https://drjamu.com.my/pengiklanan/
Pengiklanan
One Nice Bug Per Day
he wasn't even looking at me and he found me
Sweet Seals For You, Always
Misplaced Lens Cap
macklin celebrini has autism
No title available
noise dept.
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
official daine visual archive
Not today Justin
Monterey Bay Aquarium

Discoholic 🪩

blake kathryn

if i look back, i am lost

gracie abrams
hello vonnie

ellievsbear
occasionally subtle
will byers stan first human second
Fai_Ryy
seen from United States

seen from France

seen from Japan
seen from France
seen from United States
seen from Honduras
seen from Spain
seen from United States
seen from United States

seen from Germany
seen from Brazil

seen from Malaysia

seen from Ecuador

seen from Mexico

seen from Türkiye

seen from United States
seen from Japan
seen from Germany

seen from Slovenia
seen from Brazil
@drjamu2017
Pengiklanan
https://drjamu.com.my/pengiklanan/
Pengiklanan
Khasiat ulam raja yang ramai tidak tahu
http://drjamu.com.my/informasi/khasiat-ulam-raja-yang-ramai-tidak-tahu/
Khasiat ulam raja yang ramai tidak tahu
Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus adalah antara ulam yang paling popular di Malaysia. Ianya senang di jumpai dan senang untuk ditanam. Malah ulam raja mempunyai pelbagai khasiat yang telah dibuktikan dengan kajian saintifik. Jadi tidak hairan lah jika nenek moyang kita kerap kali mengamalkan ulam ini. Malangnya, generasi sekarang lebih terikut dengan budaya makanan barat seperti makan yang diproses. Dan ada sesetengahnya hanya mengutamakan pengambilan sayuran daripada negara luar seperti brokoli, asparagus dan lain-lain. Tanpa menyedari sayuran daripada tempat kita juga tidak kurang hebatnya (dari segi khasiat). Tapi Dr. Jamu agak terkesima, ulam raja juga berasal daripada Amerika Tengah [1]. Rupanya ulam raja juga berasal dari negara barat. hehe
Jom ketahui khasiat ulam raja
1.Tinggi antioksida
Ulam raja mengandungi pelbagai sebatian fenolik seperti proanthocyanidin, asid klorogenik, quercertin dan derivatifnya, dimana sebatian-sebatian ini telah dilaporkan sebagai antioksidan yang baik [2] . Kajian menunjukkan ulam raja mempunyai kapasiti antioksida yang sangat tinggi iaitu lebih kurang 2400 mg L-asid askorbik bersaman kapasiti bagi setiap 100 g sampel. [1]. Ulam raja juga mempunyai aktiviti antioksida yang tinggi yang diukur melalui kuasa penurun ferik sianida, hapus sisa DPPH dan pengoksidaan asid linoleik [3]. Pentingnya antioksida ini kerana ianya boleh membantu melawan penyakit yang dikaitkan dengan penuaan, kanser dan sakit jantung [4-5].
2. Untuk tulang
Kebiasanya ramai yang akan berfikir pengambilan susu baik untuk tulang. Percaya atau tidak, ulam raja juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber untuk menndapatkan kalsium. Malah, dilaporkan boleh merangsang pembentukan tulang [6]. Kajian juga mendapati ulam raja berpotensi to become an alternative treatment in restoring bone damage in post-menopausal women [7].
3. Peredaran darah
Sebagai rawatan tradisional untuk membantu memperbaiki peredaran darah [8].
4. Pembuka selera
Digunakan sebagai pembuka selera [9]. Dalam banyak-banyak ulam, Dr. Jamu paling menyukai rasa dan bau ulam raja. Bagi, Dr Jamu ianya lebih sedap berbanding dengan ulaman yang lain
5. Anticancer
Quercitrin iaitu salah satu sebatian yang terkandung di dalam ulam raja [10]. Ianya berpotensi bertindak sebagai agen antikaser bagi melawan penyakit kanser paru-paru [11].
6. Kecantikan kulit
Quercitrin yang bertindak sebagai antioxidant juga didapati boleh melindungi kerosakan oksidatif yang disebabkan pendedahan kepada sinaran ultraviolet B (UVB, 280-320 nm) [12]. Pendedahan kulit kepada sinaran ini akan menyebabkan kerosakan kulit seperti selaran matahari (sunburn), penuaan, dan kanser kulit [13]. Penuaan dan kerosakan kulit, selalunya dipandang serius oleh kaum wanita, jadi boleh mengamalkan ulam raja untuk kulit kekal cantik.
7. Untuk diabetes
Sebagai antidiabetic [14] dan antara ulam yang digunakan secara traditional untuk merawat pesakit diabetes (type 2) [15]. Malah kajian juga membuktikan ulam raja boleh digunakan sebagai adjuvant therapy patients with type 2-diabetes [16].
-Selamat Mencuba-
Rujukan
[1]Shui et al. 2005. Rapid screening and characterisation of antioxidants of Cosmos Caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B; 127-138
[3] Andarwulan et al. 2010. Flavonoid content and antioxidant activity of vegetables from Indonesia. Food Chemistry. 121: 1231-1235
[4] Ames et al. 1993. Oxidants, antioxidants and the degenerative disease of aging. Proceeding of the National Academy of the United States of America. 90(17): 7915-7922
[5] Halliwell, B. 1996. Antioxidants in human health and disease. Annual Review of Nutrition. 16: 33-50
[6]Ismail S. 2000. Sayuran Tradisional Ulam dan Penyedap Rasa. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.
[7] Mohamed et al. 2013. The effects of Cosmos caudatus (ulam raja) on dynamic and cellular bone histomorphometry in ovariectomized rats. BMC Researh Notes, 6: 239
[8] Shui et al. 2005. Rapid screening and characterization of antioxidants of Cosmos caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B. 827: 127-138.
[9] Andarwulan et al. 2012. Polyphenol, carotenoids and ascorbic acid in underutilized medicinal vegetables. Journal of functional foods. 339-347.
[10] Reihani et al. 2016. Total phenolic content and antioxidant activity of ulam raja (Cosmos caudatus) and quantification of its selected marker compounds: Effects of Extraction. International Journal of Food Properties
[11] Cincin et al. 2014. Molecular mechanisms of quercitrin-induced apoptosis in non small cell lung cancer. Archives of Medical Research. 45; 445-454
[12] Yin et al. 2013. Quercitrin protects skin from UVB-induced oxidative damage. Toxicology an Applied Pharmocology. 89-99
[13] Fisher et al. 1996. Molecular basis of sun-induced premature skin ageing and retinoid antogonism. Nature 379, 335-339.
[14] Perumal et al. 2014. Effect of Cosmos caudatus Kunth leaves on the lipid profile of a hyperlipidemia-induced animal model. Journal of Food Chemistry and Nutrition. 2(1): 43-51.
[15] Sekar et al. 2014. Ten commonly available medicinal plants in Malaysia used for the treatment of diabetes-a review. Asian Journal of Pharmeceutical and Clinical Research. 7(1)
[16]Cheng et al. 2016. Effect of Cosmos caudatus (Ulam raja) supplementation in patients with type 2 diabetes: Study protocol for a randomized controlled trial. BMC Complementary and Alternative Medicine, 16:84
Tips Hapus lipas di kereta
http://drjamu.com.my/uncategorized/tips-hapus-lipas-di-kereta/
Tips Hapus lipas di kereta
Nak tercabut jantung, bila nampak lipas lalu dalam kereta. Yang takut lipas, memang paham lah perasaan ini. Tapi bagi yang tak takut, tak kan lah nak bagi kereta kita sebagai tempat pembiakan lipas. Tak pasal-pasal boleh penuh kereta dibuatnya. Lipas ni biak dengan cepat. Jadi apa tips yang paling mudah untuk hapus lipas dalam kereta. Ini pengalaman Dr. Jamu sendiri.
1.Hapuskan kelembapan
Dah lebih 7 tahun, Dr. Jamu makan di kereta, tahun ini barulah ada lipas. Nak kata kotor sangat kereta, tak lah pula. Standard sahaja. Jadi, punca utamanya mungkin sebab Dr. Jamu tumpahkan air kosong dan ada kala dengan kuantiti yang banyak dalam kereta. Nak buat susu kat anak, kelam kabut punya pasal selalu tak tutup dengan kemas botol air. Bila tumpah, Dr Jamu rileks jelah. Air kosong sahajakan, nanti meruap lah dengan sendiri. Tapi salah pemikiran Dr. Jamu, air tak dapat meruap dengan sepenuhnya bila tumpah bawah pengalas kereta. Bila ada makanan, ada pula kelembapan, jadi sesuai lah lipas membiak dengan jaya-nya!! Bila dah jumpa lipas dalam kereta, jangan tunggu lama. Sebab lipas ini boleh membiak dengan cepatnya. Tak pasal-pasal boleh penuh satu kereta dibuatnya. Jadi terus bersihkan kereta dan bunuh si lipas!!!
Salah satu tempat pembiakan lipas-dibawah pengalas kak
2. Bunuh dengan shieldtox Cockroach Kill Spray
Pilih untuk guna Shieldtox sebab paling mudah di beli dan ada di kedai-kedai. Kalau nak beli yang organik punya, selalunya dalam online. Lewat pula nak membunuh si lipas. Tambahan pula, shieldtox ini memang berkesan. Sekali spray dah boleh mati. Jadi, Dr. Jamu spray pada bahagian karpet kereta. Terkejut juga. Nampak macam tiada apa-apa. Bila spray terliuk-liuk baby-baby lipas. PUAS HATI.
Cuba cari dimana lipas
Shieldtox , baunya kurang menyenangkan. Lepas spray jangan lah duduk pula dalam kereta-mahu pengsan dibuatnya. Lepas spray, cepat-cepat tutup pintu dan biar seketika. Mula-mula tak jumpa pun mayat ibu bapa lipas. Stress jugak Dr. Jamu. Anak sahaja mati, mak bapak entah ke mana. Tapi lepas round ke 5, ada pun mayat lipas dewasa. Total mayat lipas dewasa ada 5 ekor. Syukur, lepas pembasmian lipas ini, dah tak ada lipas dalam kereta. Boleh keluar malam dengan hati tenang. Kalau tak menjerit anak beranak dalam kereta. Kalau jadi driver mahu kemalangan dibuatnya.
Anak lipas
Bapak lipas
3. Bersihkan kereta secara berkala
Walaupun tragedi lipas membiak dalam kereta, nampaknya kami anak beranak masih tak insaf. Masih mahu makan dalam kereta. Bosan lah tak makan, lagi-lagi kalau perjalanan jauh. Maka penyelesaianya, lepas makan kenalah bersihkan kereta. Bersihkan kereta secara berkala juga, contohnya sebulan sekali hantar cuci & vacuum.
DayTrip Snokerlling Ke Pulau Redang
http://drjamu.com.my/uncategorized/daytrip-snokerlling-ke-pulau-redang/
DayTrip Snokerlling Ke Pulau Redang
Diantara tempat kesukaan Dr. Jamu ialah bercuti dan snokerling di pulau. Bercuti di tempat indah, adakalanya membuatkan kita sedar dan memuja betapa luar biasanya ciptaan Tuhan. Ketenangan di pulau boleh membuatkan kita hilang semua masalah. Perkara yang dirasakan masalah, sebenarnya boleh diselesaikan gitu~.
Waktu zaman muda dulu kerap juga pergi ke pulau bersama rakan seuniversiti. Tapi kali ini pergi bersama anak dan keluarga. Tak silap dalam bulan April yang lepas, kami sekeluarga buat keputusan bercuti di Pulau Redang. Faktor yang utama, kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut pada tahun 1998 [1]. Mestilah pulau yang istimewa & mempunyai pelbagai khazanah laut yang berharga sahaja akan diwartakan. Pulau Redang juga adalah pusat bertelur (nesting), bagi penyu yang terbesar di Semenanjung Malaysia [2]. Malah dikatakan terumbu karang di pulau ini adalah antara yang tercantik di dunia [3].
Walaupun anak Dr.Jamu tak sampai dua tahun lagi, Dr. Jamu sudah mahu memberi pendedahan kepada alam dan spesis-spesis ikan. Tak merugikan, anak Dr. Jamu memang teruja dan antara momen paling gembira bersama anak. Untuk mereka yang mahu mencuba bercuti Pulau Redang, sama ada naik boat daripada jeti Merang ataupun jeti di Kuala Terengganu. Jika dari jeti masa perjalanan hanya 30 minit, manakala dari jeti Kuala Terengganu perlu ambil masa satu jam. Jadi Dr. Jamu pilih dari jeti Merang. Cepat sikit nak sampai.
Tempat snokerling yang ditawarkan -dibulatkan
Kami sekeluarga hanya memilih pakej day trip snokerling (5 points) ke Pulau Redang. Sekarang ini semua di hujung jari. Boleh tempah pakej ini melalui website sahaja di
vigourmarine.com.my
Dari apa yang Dr. Jamu survey perkhidmatan vigourmarine seperti boat transfer & pakej adalah murah berbanding dengan website pelancongan yang lain. Nak pula kalau tempah melalui website boleh dapatkan 5% discount dari Vigourmarine. Jimatkan. Yang paling best, boat besar, bersih dan baru. Tiap pengunjung disediakan dengan life jacket. Peralatan snokerling pun bersih dan nampak seperti baru. Dan yang paling penting tak lewat daripada jadual. Dalam 9.15 am dah naik boat ke Pulau Redang. Bawa anak kecil ni, tak boleh nak menunggu lama. Pengsan Dr. Jamu nak mengejar anak nanti. Plus dengan sikap pembantu boat yang mesra, berilmu nak terangkan pasal Pulau Redang. Staff vigourmarine ini juga menasihati kami semua agar tidak membuang sampah merata-rata. INILAH MASYARAKAT BERTAMADUN YANG KITA INGINKAN. Jadi ini pengalaman Dr. Jamu sekeluarga di Pulau Redang
1st snokerling point- Marine Park Redang (Taman Laut)
Untuk marine park redang, Taman laut ini mempunyai 149 spesies coral dan 209 jenis spesis ikan. Antara spesis ikan yang boleh dijumpai disini seperti ikan kepala (damselfish, family Pomacentridae), ikan ayam laut (triggerfish, family Balistidae), parrotfish (family Labridae) dan pelbagai spesis ikan yang lain [3,4].
https://www.youtube.com/watch?v=o-blz2ghKOU
2nd snokerling point-Long Beach
Long beach Redang
Long beach ini memang sesuai untuk berehat dan makan. Tempatnya dilengkapi dengan restoran/kedai makan, tandas dan resort. Harga makanan dan minuman agak mahal disini, Dr. Jamu beli teh-O ais pun dah RM 5. Biasalah di tempat pulau memang harga makanan jauh bezanya. Sebab itu makanan Dr. Jamu beli dengan vigourmarine sahaja, jimat & sedap. Tengah hari kena makan nasi lah. Mahu kebulur kalau tiada nasi. Sarankan juga bawa kudapan ringan yang lain sebab memang cepat lapar bila berenang.
Aktiviti utama Dr. Jamu sekeluarga disini berlari di pesisiran pantai dan bagi ikan makan. Yang paling seronok anak Dr. Jamu, langsung tiada perasan takut bila kena hurung dengan ikan. Aktiviti bagi ikan makan ini paling rileks dan seronok. Yang pentingnya jangan lupa bawa makanan ikan. Tabur sahaja, terus ikan datang. Tak payah lah kita susah-susah nak berenang, ikan yang datang. Kalau nak dekat dengan penyu, kita lah yang kene beriya berenang. Penat kot!
3rd snokerling point-Turtle Bay
Turtle bay ini terletaknya di Chagar Hutang, salah satu destinasi wajib jika ke Pulau Redang kerana inilah tempat utama penyu bertelur (turtle nesting). Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat penyu dari spesis penyu hijau (Chelonia mydas) dan penyu hawksbill. Menurut kajian, penyu hijau bertelur sepanjang tahun tetapi paling tinggi pada April-September. Manakala penyu Hawksbill pula bertelur hanya bulan April-June.
Green turtle
Hawksbill turtle
Penyu hijau boleh berenang sejauh 600 km daripada tempat mencari makanan (foraging resident) ke tempat bersarang/bertelur. Menurut kajian penyu-penyu akan datang tempat bersarang yang sama walaupun tempat mencari makanan boleh beratus-ratus kilometer jauhnya. Gigih betul penyu berenang jauh semata-mata nak membiak. Faktor kesetiaan pada tempat bersarang juga adalah sebab penyu-penyu ini sanggup datang dari jauh. Jadi jangan lah kita mengkhianati kesetiaan penyu pada Pulau Redang dengan membuang sampah merata-rata.
Track of the sea turtle migratory journey in the South China Sea
dan bumphead parrotfish (Bolbometopon muricatum)
4th snokerling point- Pulau Lima
Pulau lima is a relatively large island to the south east of Pulay redang. Hampir 96 spesis coral dan 131 spesis ikan boleh dijumpai di kawasan ini. Terumbu karang jenis Catalaphyllia jardin dan Turbinaria fronden hanya boleh dijumpai di Pulau ini. Tawny Nurse Shark atau nama saintifiknya Nebrius ferrugineus juga boleh dijumpai di Pulau Lima.
Coral-Catalaphyllia jardini
Coral- Turbinaria frondens
Tawny nurse shark
5th snokerling point- Pasir Akar
https://www.youtube.com/watch?v=sfNa0NihxOA
Oleh kerana Dr. Jamu ni perenang cap ayam, hanya boleh fokus berenang. Susah lah pula nak bergambar. Sebaik ada video dari youtube untuk menceritakan pengalaman Dr. Jamu. Bagi peminat ikan Nemo ( Amphiprion ocellaris), boleh lah teruskan misi anda mencari ikan Nemo di Pasir Akar. Tak susah nak mencari ikan Nemo di Pasir Akar, sekejap je Dr. Jamu dah jumpa. Yang paling teruja ialah anak Dr. Jamu sebab dia pun peminat ikan Nemo.
Pengalaman penjagaan anak kecil yang dijangkiti HFMD
http://drjamu.com.my/informasi/pengalaman-penjagaan-anak-kecil-yang-dijangkiti-hfmd/
Pengalaman penjagaan anak kecil yang dijangkiti HFMD
Akhirnya, anak Dr. Jamu kena jugak penyakit HFMD (Penyakit Tangan Kaki dan Mulut). Memang tak terduga, sebab wabak HFMD yang menular sekitar pertengahan tahun 2018 (yang menyebabkan banyak sekolah dan taska terpaksa di tutup) seperti sudah berkurangan. Bermula dengan anak Dr. Jamu demam secara tiba-tiba (HARI PERTAMA). Rasa pelik jugak, sebab selalunya anak Dr. Jamu akan bermula dengan selsema sebelum demam. Tak lah panas mana, tapi asyik merengek sahaja. Itu lagi pelik. Malam pula anak Dr. Jamu asyik merengek seperti tak selesa. Keesokan paginya seperti dah baik demam, tapi masih macam mood tak baik. Dah mula tak nak makan. Anak, Dr. Jamu menzahirkan rasa tak selesa dengan selalu memasuk jari dalam mulut. Bila periksa adalah beberapa ulser pada lelangit. Rasa mustahil ulser biasa, sebab anak Dr. Jamu sangat lah banyak minum susu.
Masa itu, Dr. Jamu ingat ada jangkitan, tak terfikir pula HFMD sebab tiada lepuh atau ruam di tangan ataupun dikaki. Bila keadaan anak Dr. Jamu makin meragam dan suhu badan semakin menaik. Kami terus ke klinik kanak-kanak untuk kepastian dan disahkan terkena HFMD (HARI KEDUA). Doktor pula hanya memberi ubat demam, dan ulser. Tiada antibiotik dan akan baik dengan sendiri. Jadi ini adalah pengalaman Dr. Jamu sendiri menjaga anak kecil
1.Bawa segera ke hospital atau klinik
Perlu bawa berjumpa doktor untuk kepastian dan nasihat. Doktor juga akan memilih ubatan yang sesuai untuk anak anda. Contohnya ubat ulser.
2.Utamakan kebersihan
Kebersihan paling utama dalam menjaga anak HFMD. Hal ini kerana ianya cepat berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cacair hidup, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang di jangkiti [1]. Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh kena orang dewasa pun boleh. Sebab itu kebersihan diri kita juga perlu diutamakan. Kebersihan juga penting untuk mengelak anak anda dari dijankiti ke tangan ataupun sehingga ke kaki. Alhamduliilah, anak Dr. Jamu hanya mengalami ulser di mulut sahaja.
kerap basuh tangan anak dan mandi
Pesakit HFMD akan meleleh air liurnya. Air liur pula akan membawa jangkitan HFMD. Jadi kerap basuh tangan, lagi-lagi apabila tangan anak anda sudah tersentuh air liurnya sendiri. Dr. Jamu juga menggunakan dettol hand sanitizer dengan harapan dapat mengelakkan penyakit ini dari merebak ke tangan dan kaki.
Sentiasa lap air liur anak dan buang terus ke dalam tong sampah
Jangan biarkan air liur anak meleleh tanpa di lap, takut air lelehan ini akan berjangkit pada anak yang lain.
Pilih satu tempat untuk pesakit
Sediakan tempat yang selesa untuk pesakit. Alas cadar, dengan kain yang lain. Dr. Jamu hanya guna kain batik. Senang nak tukar.
Kerap tukar alas tidur anak anda
Seperti yang kita maklum, pesakit HFMD ini memang banyak air liur yang akan keluar. Kalau waktu tidur, memang basah cadar di buatnya. Jadi memang kena tukar setiap kali lepas tidur.
mop lantai setiap hari
Disarankan untuk mop lantai, supaya keadaan rumah lebih bersih dan mengelakkan daripada berjangkit dengan orang lain
basuh berasingan baju anak anda
Sebolehnya basuh berasingan baju anak. Ada kawan-kawan Dr. Jamu yang suka menggunakan Dettol untuk basuh. Bagi Dr.Jamu kalau nak jimat rendam dengan air panas dahulu, sudah memadai.
tidak berkongsi peralatan makanan/ minuman atau mainan dengan anak yang lain
ini penting untuk mengelakkan anak-anak yang lain daripada saling berjangkit
3.Beri apa sahaja minuman atau makanan yang anak anda suka
Masa ini, kalau anak anda nak makan apa-apa pun termasuklah gula-gula atau aiskrim sudah cukup menggembirakan. Sebab anak Dr. Jamu langsung tidak mahu makan apa-apa termasuk lah makanan kegemarannya. Di sarankan makan makanan yang sejuk seperti aiskrim, ABC dan lain-lain untuk mengelakkan kesakitan pada ulser.
4. Tingkatkan imunisasi
HFMD tiada ubat, ianya akan baik dengan sendiri. Walaubagaimanapun, Dr. Jamu cuba meningkatkan sistem imunasasi atau memberi tenaga dengan memberi air buah-buahan seperti anggur. Dr. Jamu juga bagi Scott Emulsion bermula pada hari kedua sebagai sumber vitamin. Bagi Dr. Jamu, anda boleh beri apa sahaja yang difikirkan berkhasiat dan memberi tenaga. Asalkan makanan yang diberikan tidak memudaratkan.
5. Perhatikan keadaan dan tahap kesihatan anak
Hari keempat, anak Dr. Jamu mula kerap tidur. Menagis kemudiaan tertidur. Mungkin badan sudah mula lemah kerana langsung tidak makan dari hari kedua sehingga keempat. Susu pula sangat lah sedikit. Bila perasaan keadaan ini, Dr. Jamu terus kuatkan hati dan bertegas untuk paksa minum. Sebelum ini, ada juga paksa dengan menggunakan “syringe” tetapi tidak kerap. Hampir setiap jam Dr. Jamu akan paksa minum air sejuk (air kosong atau air buah) dan juga susu. Paksaan yang pertama dan kedua (guna syringe) selalunya nampak pesakit terseksa, tapi seterusnya pesakit seperti lega hilang dahaga. Bila malam pun kalau anak terjaga dan sakit. Terus paksa minum air. Alhamdullilah esok terus sihat. Bukan lah sihat sepenuhnya. Masih ada ulser tetapi berkurangan dan air liur tidak meleleh lagi. Demam sudah tiada. Mula hendak bermain dan kembali aktif. Dan mula nak makan.
6. Paksa anak anda minum air
Memang rasa kesian, bila tengok anak anda menahan kesakitan apabila cuba minum air. Tetapi ianya lebih baik dari anak anda daripada terus terhidrasi dan semakin lemah.
-Semoga bermanfaat-
Zoo Negara: Salah satu aktiviti yang berbaloi untuk seisi keluarga
http://drjamu.com.my/review-tempat/zoo-negara-salah-satu-aktiviti-yang-berbaloi-untuk-seisi-keluarga/
Zoo Negara: Salah satu aktiviti yang berbaloi untuk seisi keluarga
Selalunya, anak kecil berumur > 1 setahun setengah sudah mula mengenali haiwan. Ianya boleh dikenal pasti apabila anak-anak teruja apabila melihat haiwan-haiwan di sekitarnya seperti kucing atau burung. Jika diperhatikan, banyak video pembelajaran anak kecil menggunakan haiwan untuk karakter utama. Bagi Dr. Jamu, ini menunjukkan proses pengenalan jenis haiwan ini adalah salah satu proses pembelajaran penting untuk anak kecil. Contohnya cartoon “Peppa pig”. Jadi Dr. Jamu buat keputusan untuk membawa anak ke Zoo Negara pada minggu lepas. Walaupun Dr. Jamu banyak membaca “bad reviews” mengenai Zoo Negara, kami sekeluarga masih mahu pergi. Tak pelah, konsepnya asalkan haiwan disana masih hidup. Haha. Lagipun untuk rakyat marhaen seperti Dr. Jamu, ini jelah zoo yang mampu untuk di kunjungi. Nak pergi zoo di Australia, tak mampu!!! hehe.
Untuk harga tiket, dan waktu pembukaan boleh rujuk: http://www.zoonegaramalaysia.my/openinghours.html
* Jujurnya bagi Dr. Jamu masih terasa mahal, untuk dua orang dewasa sudah berharga RM 86, menghampiri RM 100. Parking pula, RM 10 sekali masuk. Tak dapat Dr. Jamu bayangkan untuk keluarga yang punyai anak ramai, mungkin semput juga untuk membayarnya. Sebaiklah untuk anak yang kurang daripada 3 tahun, ianya percuma!!!.
Kami sampai ke Zoo Negara dalam 11.30 am. Mulai aktiviti dengan bergambar dengan jurugambar Zoo Negara yang pandai menyuruh buat pelbagai pose!!! Namun, satu gambar sahaja sudah berharga RM 45. Ada pakej lain juga, yang Dr. Jamu ingat satu set album (6 gambar kalau tak silap) dengan soft copy, kesemua gambar dalam RM 180. Tak cukup duit tabung Dr.Jamu nampaknya!!! Untuk mendapatkan gambaran mengenai perkhidmatan ini boleh lihat reviews oleh Laila Zain.
Aktiviti wajib di Zoo Negara bagi Dr Jamu;
Aktiviti memberi haiwan makan
Walaupun aktiviti ini, nampak simple sahaja Dr. Jamu sebagai mak pun turut teruja. Yang paling best di ” Children’s World”, memang sesuai sangat untuk kanak-kanak. Haiwan-haiwan di Children World ini seperti kambing, arnab dan keldai.
Multi -Animal Show
Tak sangka Animal Show di sini agak menarik. Setengah jam berlalu, terasa singkat pula. Jarang ada pengunjung yang “angkat kaki” daripada pertunjukkan haiwan ini. Ada elemen yang kelakar, yang mengejutkan, suspend pun ada juga. Sound effects pula memang sesuai dengan pertunjukan yang di bawa. Kesimpulannya memang menghiburkan.
Panda
https://www.youtube.com/watch?v=fkRnkonA31Y
Panda adalah haiwan yang paling beruntung di Zoo Negara. Layanan dan tempat yang disediakan persis LAYANAN VVIP. Kompleks menempatkan panda, dikatakan menelan belanja sekitar 25 juta. Memang besar, kemas, selesa, ada air-aircond. Dapat diperhatikan, kompleks panda lah yang paling bersih sekali berbanding dengan haiwan lain. “Double standard gitu”. Hehe. Bagi Dr. Jamu, dengan kehadiran panda ini, secara tidak langsung “NaK ATAU TAK NAK”, Zoo Negara terpaksa memperbaiki mutu dan kebersihan haiwan-haiwan peliharaan lain juga. Yelah, kerajaan telah membelanjakan kos yang besar untuk panda. Pastilah mereka inginkan keuntungan balik. Untuk lawatan ini, Dr. Jamu nampak perubahan positif Zoo Negara jika di bandingkan dengan ” bad reviews” sebelum ini.
Binatang popular
Kredit: https://www.freemalaysiatoday.com
Kalau dah datang Zoo Negara, pastinya lah kene melawat harimau, singa & cheetah. Time nie lah, anak Dr. Jamu semangat nak buat “sound effects. Siap buat gaya harimau merangkak lagi. Hee.
Tram rides
Lepas habis pusing Zoo Negara dengan berjalan kaki. Kami sekeluarga rehat dulu, sembahyang & makan di cafe. Kemudian sambung pusing Zoo dengan tram. Seronok jugak. Rasa lebih rileks. Nak pula pemandu tram jenis yang banyak memberi info-info haiwan2 di sini.
Tips ke Zoo Negara
Minuman & Kudapan
Sebelum ke Zoo Negara, Dr. Jamu ada sediakan bekalan minuman untuk anak Dr. Jamu dan sedikit kudapan. Untuk kudapan, belum sampai ke Zoo Negara, dah habis licin makan di dalam perjalanan. Hehe. Harga minuman dan kudapan di sini boleh dikira mahal. Contohnya, untuk Mr. Potato sudah mencapai RM 10. 50, air mineral pula RM 2.50. Memang tak berbaloi. Kalau tiada kudapan, rasa macam tak seronok pula berjalan. Jadi lebih baik bawa sendiri kudapan & minuman.
Makan di Cafe (sebenarnya untuk staff)
Untuk ibu bapa yang rajin dan ingin menjimatkan perbelanjaan boleh lah membawa bekal. Zoo Negara ini besar, setengah hari juga masa diambil untuk explore semua aktiviti & kawasan. Jadinya, memang kita akan lapar di sini. Masih teringat kenangan masa kecil dengan keluarga . Mak dah siap sediakan makanan untuk di Zoo Negara. Tapi untuk ibu yang seperti Dr. Jamu ni, nak jimat tetapi kelam kabutnya mengalahkan orang yang ada 10 anak. Kononnya nak bawa bekal, tapi tidak kesampaian. Hajat nak sampai, jam 9 am lagi, tetapi “pung pang” sana sini. Sampai lah jam 11. 30 am.
Petugas di Zoo Negara sendiri yang memberi tahu Dr. Jamu tentang cafe ini. Tak jauh daripada pintu utama, agak tersorok. Rupanya Cafe ini untuk staff sahaja, harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi. Sedap pun sedap. Walaupun ianya tertulis untuk staff, tak lah pula pekerja di Cafe ini halau Dr. Jamu. haha. Selagi tak di halau, kita makan jelah. Lagipun, cafe nie juga yang untung. Benda yang baik camni, jangan dilepaskan. Makan nasi goreng ayam, keaw tiaw sup, air teh-O dan milo hanya berharga RM 15. Sangat lah berbaloi!!
Pakaian yang sesuai
Pilih pakaian ataupun “outfit” yang sesuai. Sebab Zoo Negara ini agak besar, jadi cepat berpeluh. Pkai juga kasut yang selesa supaya kaki tidak melecet.
Waktu binatang aktif
Binatang-binatang “hot stuff” seperti cheetah, harimau & panda. Kesemua nya tdo pada waktu tengah hari. Bosan lah jugak. Kalau sedar pun sekadar menjeling. Tak kuasa agaknya nak melayan. Jorang pun macam kita juga, suka tdo waktu tengah hari. Haha. Menurut, staff di sini waktu yang aktif adalah waktu petang. Waktu pagi, Dr. Jamu tak pasti. Tak tertanya pula. Nasib baik, sebelum balik. Kami sekeluarga baut keputusan untuk naik tram. Sempat lah jugak, tengok cheetah kembali aktif. Harimau pun dah bangun. Tak sempat nk check panda.
Keseluruhan
Bagi Dr. Jamu ianya berbaloi dengan duit yang di laburkan. Sehari jugak di Zoo Negara, rasa sekejap sahaja masa berlalu. Walaupun dh berjam-jam berjalan. Walaupun pada mulanya terasa mahal, tapi bila difikirkan balik. Haiwan-haiwan di sini hampir kesemuanya kuat makan!!. Buaya untuk seekor sekali makan lebih kurang 40 kg ayam, nak pula makan 2 xsehari. Itu belum dengan kos rawatan. Nak pula, kita pun bukan akan datang selalu.
Tips penting memilih pengasuh
http://drjamu.com.my/kehidupan/tips-penting-memilih-pengasuh/
Tips penting memilih pengasuh
Memilih pengasuh yang sesuai untuk anak. Bukan lah perkara yang boleh dipandang remeh. Jika tersilap langkah, anak kecil boleh dijadikan mangsa penderaan fizikal atau seksual. Dr. Jamu pun sudah berkali-kali menukar pengasuh, untuk mencari yang palimg sesuai untuk anak dan yang paling memudahkan diri kita. Yang paling penting perlu difikirkan keselamatan dan penyakit berjangkit. Ini tips penting memilih pengasuh untuk anda, dari pengalaman Dr. Jamu sendiri.
1.Feedback dari jiran atau ibu bapa anak jagaan pengasuh
Yang ini super penting bagi Dr. Jamu. Penting untuk kita dapatkan feedback untuk mengenali pengasuh. Kalau kurang dari segi jagaan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai mendera. Kiranya bukan orang yang tidak baik. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan pengasuh anak sekarang. Nak pula, di kawasan kejiranan sahaja. Ramai yang beri feedback yang “mak cik” nie anak-anak yang diasuh, sampai tak kisah pun balik rumah atau tak. Sehinggakan anak jagaan yang sudah besar, (sekolah menengah kalau tak silap), still akan datang bila cuti sekolah.
Bagi Dr. Jamu susah untuk kita kenal orang tanpa feedback dari orang yang kita percayai. Kalau nak tengok perwatakan, susah nak tentukan manusia yang kurang baik. Semua akan tersenyum dan mesra untuk hari pertama berjumpa. Lagi-lagi ini dikira punca pendapatan juga untuk pengasuh. Kebanyakkan kes penderaan oleh sehingga mengakibatkan kematian rata-ratanya memilih pengasuh dari “social media seperti facebook”. Mungkin ada yang betul ikhlas menjaga. Tapi kita slalu pesan pada anak, “Jangan cakap atau hampir dengan orang tak kenal”, “jangan ikut orang tak kenal”, “kalau orang tak kenal bagi gula, jangan ambik”. Jadi kenapa kita hantar anak pada orang kita sendiri tak kenal?
2. Umur & mempunyai anak
Dr. Jamu prefer yang umur 35 ke atas, sebab bagi Dr. Jamu wanita lingkungan umur ini. Lebih matang untuk menguruskan emosi dan lebih stabil dalam pengurusan rumah tangga. Pastinya dah berkhawin dan punyai anak sendiri. Bagi Dr. Jamu sebelum jaga anak orang, kene lah ada pengalaman jaga anak sendiri. Supaya naluri ibu itu semakin menebal.
Jujurnya Dr. Jamu yang jaga anak sendiri pun nak pitam dibuatnya, kekadang rasa nak mengamuk juga. Memang boleh jaga anak sendiri sahaja, bukan anak orang lain. Haha. Baru lah kita tahu betapa susahnya duduk dengan ank kecil 24 jam setiap hari. Kalau tak berkhawin lagi, tiada pengalaman jaga anak sendiri. Macam mana nak tahu perasaan yang anak-anak buat hal. Sebab kadang-kadang anak ni mudah diuruskan, ada hari asyik tak kena je. Menagis sahaja. Nak pula time, ada masalah keluarga, kewangan ataupun external factor yang lain. Tak ke akan jadi masalah penderaan? Anak sendiri tak pelah, kita sayang. Untuk pengasuh, bagaimana pula?
3. Pengalaman mengasuh
Lebih baik mempunyai pengalaman untuk mengasuh. Selalunya pengasuh yang berpengalaman pandai nak “handle anak-anak”. Kadang-kadang Dr. Jamu pun pelik camne “mak cik” nie boleh maintain kemas rumah even ramai juga yang diasuhnya. Mungkin dalam 5-6 orang. Dan Dr. Jamu lebih suka kalau ada anak pengasuh, yang umurnya lebih daripada 3-4 tahun. Selalunya budak-budak besar ni, dah pandai berfikir & akan mengadu pada ibu-bapa kalau ada apa2 masalah. Tambahan pula, “mak cik” ni pandai mengajar tentang “malu”. Maksudnya lepas mandi kene cepat-cepat pakai seluar. Tak delah yang nak berbogel ke, pakai spender je ke. Hehe. Bagi Dr. Jamu benda nie bagus untuk elak perkara yang tak diingini. DR. Jamu pun sudah mula mendidik anak, supaya ada perasaan malu terutamanya bila dedah alat sulit.
4. Keadaan rumah
Sebelum ini, Dr. Jamu ada hantar anak pada pengasuh yang lain. Di rekomen oleh mak Dr. Jamu. Tetapi rumahnya tak berapa kemas, kekadang terasa kotor. Plus dengan bela kucing lagi. Dr. Jamu tak kisah kalau bela kucing tapi nak bela kucing nie pun, kene rajin bersihkan rumah. Dulu Dr. Jamu, bela kucing sekor je pun. Hampir tiap hari mood lantai. leh kerana, time tu Dr. Jamu tiada pilihan lagi. Mak pula yakinkan, “tak pelah asalkan orangnya baik”. Hantar sahajalah kepada pengasuh tersebut. Tapi masalahnya sebulan hampir 2x anak Dr. Jamu cirit biri. Dan perhatikan botol susu tak di basuh dengan bersih, walaupun sediakan alat & sabun utuk basuh botol.
Lain dengan pengasuh yang sekarang ni, tak pernah sekali pun cirit-birit lagi. Bagi Dr. Jamu kebersihan memang antara faktor utama. Maybe pengasuh tu baik, tapi kalau anak selalu sakit, masalah jugak kan?
5. Jika lewat ambik anak?
Tanya pendapat atau perjanjian yang tak rasmi sekiranya lewat mengambil anak. Kalau yang nak puctual tak boleh nak lambat tu, lebih baik cari orang lain. Macam Dr. Jamu, dipersetujui bersama dengan pengasuh. Sekiranya lewat mengambil anak, start jam 6.30pm Dr. jamu akan bayar overtime. Jangan pula berlaku seperti kawan Dr. Jamu. Lewat tak sampai 10 miniyt pun dah bermasam muka, tambahan lagi sudah dippersetujui bersama jika lewat akan bayar overtime.
6. Tanya khabar anak
Anak, Dr, Jamu memang banyak sogehnya. Tak boleh kene tinggal, nak ke toilet pun nak ikut, memasak pun nak ikut, nak sembahyang pun susah. Kalau tak nampak pengasuh akan menagis, kekadang sampai berguling-guling. Suka melalak tu dah perkara biasa. Yang masalahnya, kawan-kawan yang lain semua okey je, duduk main sama2. Dia je yang suka mengikut orang a.k.a pengasuh. Kat rumah pun camtu, nak ikut Dr. Jamu je keje nya. Nak jalan pun susah. Dengan pengasuh yang sekarang, alhamdullilah. Pandai urus emosi anak Dr. Jamu. Mak cik tu cite, bila sembahyang dia akan pesan pada ank Dr. Jamu dahulu & buka pintu untuk anak Dr. Jamu tinjau. So, boleh lah anak Dr. Jamu check dia tak hilang. Hahaha.
7. Syarat tambahan
Mungkin anda, ada apa permintaan untuk dibincangkan dan di persetujui bersama. Contohnya, Dr. Jamu berharap jika anak ada terjatuh ataupun kecederaan terus lapor. Senang untuk kita terus bawa ke hospital atau klinik. Dr. Jamu juga akan pesan untuk tidak bawa anak Dr. Jamu ke luar rumah. Maksudnya dalam rumah sahaja, untuk mengelakkan risiko kemalangan.
Tips penting memilih pengasuh
http://drjamu.com.my/kehidupan/tips-penting-memilih-pengasuh/
Tips penting memilih pengasuh
Memilih pengasuh yang sesuai untuk anak. Bukan lah perkara yang boleh dipandang remeh. Jika tersilap langkah, anak kecil boleh dijadikan mangsa penderaan fizikal atau seksual. Dr. Jamu pun sudah berkali-kali menukar pengasuh, untuk mencari yang palimg sesuai untuk anak dan yang paling memudahkan diri kita. Yang paling penting perlu difikirkan keselamatan dan penyakit berjangkit. Ini tips penting memilih pengasuh untuk anda, dari pengalaman Dr. Jamu sendiri.
1.Feedback dari jiran atau ibu bapa anak jagaan pengasuh
Yang ini super penting bagi Dr. Jamu. Penting untuk kita dapatkan feedback untuk mengenali pengasuh. Kalau kurang dari segi jagaan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai mendera. Kiranya bukan orang yang tidak baik. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan pengasuh anak sekarang. Nak pula, di kawasan kejiranan sahaja. Ramai yang beri feedback yang “mak cik” nie anak-anak yang diasuh, sampai tak kisah pun balik rumah atau tak. Sehinggakan anak jagaan yang sudah besar, (sekolah menengah kalau tak silap), still akan datang bila cuti sekolah.
Bagi Dr. Jamu susah untuk kita kenal orang tanpa feedback dari orang yang kita percayai. Kalau nak tengok perwatakan, susah nak tentukan manusia yang kurang baik. Semua akan tersenyum dan mesra untuk hari pertama berjumpa. Lagi-lagi ini dikira punca pendapatan juga untuk pengasuh. Kebanyakkan kes penderaan oleh sehingga mengakibatkan kematian rata-ratanya memilih pengasuh dari “social media seperti facebook”. Mungkin ada yang betul ikhlas menjaga. Tapi kita slalu pesan pada anak, “Jangan cakap atau hampir dengan orang tak kenal”, “jangan ikut orang tak kenal”, “kalau orang tak kenal bagi gula, jangan ambik”. Jadi kenapa kita hantar anak pada orang kita sendiri tak kenal?
2. Umur & mempunyai anak
Dr. Jamu prefer yang umur 35 ke atas, sebab bagi Dr. Jamu wanita lingkungan umur ini. Lebih matang untuk menguruskan emosi dan lebih stabil dalam pengurusan rumah tangga. Pastinya dah berkhawin dan punyai anak sendiri. Bagi Dr. Jamu sebelum jaga anak orang, kene lah ada pengalaman jaga anak sendiri. Supaya naluri ibu itu semakin menebal.
Jujurnya Dr. Jamu yang jaga anak sendiri pun nak pitam dibuatnya, kekadang rasa nak mengamuk juga. Memang boleh jaga anak sendiri sahaja, bukan anak orang lain. Haha. Baru lah kita tahu betapa susahnya duduk dengan ank kecil 24 jam setiap hari. Kalau tak berkhawin lagi, tiada pengalaman jaga anak sendiri. Macam mana nak tahu perasaan yang anak-anak buat hal. Sebab kadang-kadang anak ni mudah diuruskan, ada hari asyik tak kena je. Menagis sahaja. Nak pula time, ada masalah keluarga, kewangan ataupun external factor yang lain. Tak ke akan jadi masalah penderaan? Anak sendiri tak pelah, kita sayang. Untuk pengasuh, bagaimana pula?
3. Pengalaman mengasuh
Lebih baik mempunyai pengalaman untuk mengasuh. Selalunya pengasuh yang berpengalaman pandai nak “handle anak-anak”. Kadang-kadang Dr. Jamu pun pelik camne “mak cik” nie boleh maintain kemas rumah even ramai juga yang diasuhnya. Mungkin dalam 5-6 orang. Dan Dr. Jamu lebih suka kalau ada anak pengasuh, yang umurnya lebih daripada 3-4 tahun. Selalunya budak-budak besar ni, dah pandai berfikir & akan mengadu pada ibu-bapa kalau ada apa2 masalah. Tambahan pula, “mak cik” ni pandai mengajar tentang “malu”. Maksudnya lepas mandi kene cepat-cepat pakai seluar. Tak delah yang nak berbogel ke, pakai spender je ke. Hehe. Bagi Dr. Jamu benda nie bagus untuk elak perkara yang tak diingini. DR. Jamu pun sudah mula mendidik anak, supaya ada perasaan malu terutamanya bila dedah alat sulit.
4. Keadaan rumah
Sebelum ini, Dr. Jamu ada hantar anak pada pengasuh yang lain. Di rekomen oleh mak Dr. Jamu. Tetapi rumahnya tak berapa kemas, kekadang terasa kotor. Plus dengan bela kucing lagi. Dr. Jamu tak kisah kalau bela kucing tapi nak bela kucing nie pun, kene rajin bersihkan rumah. Dulu Dr. Jamu, bela kucing sekor je pun. Hampir tiap hari mood lantai. leh kerana, time tu Dr. Jamu tiada pilihan lagi. Mak pula yakinkan, “tak pelah asalkan orangnya baik”. Hantar sahajalah kepada pengasuh tersebut. Tapi masalahnya sebulan hampir 2x anak Dr. Jamu cirit biri. Dan perhatikan botol susu tak di basuh dengan bersih, walaupun sediakan alat & sabun utuk basuh botol.
Lain dengan pengasuh yang sekarang ni, tak pernah sekali pun cirit-birit lagi. Bagi Dr. Jamu kebersihan memang antara faktor utama. Maybe pengasuh tu baik, tapi kalau anak selalu sakit, masalah jugak kan?
5. Jika lewat ambik anak?
Tanya pendapat atau perjanjian yang tak rasmi sekiranya lewat mengambil anak. Kalau yang nak puctual tak boleh nak lambat tu, lebih baik cari orang lain. Macam Dr. Jamu, dipersetujui bersama dengan pengasuh. Sekiranya lewat mengambil anak, start jam 6.30pm Dr. jamu akan bayar overtime. Jangan pula berlaku seperti kawan Dr. Jamu. Lewat tak sampai 10 miniyt pun dah bermasam muka, tambahan lagi sudah dippersetujui bersama jika lewat akan bayar overtime.
6. Tanya khabar anak
Anak, Dr, Jamu memang banyak sogehnya. Tak boleh kene tinggal, nak ke toilet pun nak ikut, memasak pun nak ikut, nak sembahyang pun susah. Kalau tak nampak pengasuh akan menagis, kekadang sampai berguling-guling. Suka melalak tu dah perkara biasa. Yang masalahnya, kawan-kawan yang lain semua okey je, duduk main sama2. Dia je yang suka mengikut orang a.k.a pengasuh. Kat rumah pun camtu, nak ikut Dr. Jamu je keje nya. Nak jalan pun susah. Dengan pengasuh yang sekarang, alhamdullilah. Pandai urus emosi anak Dr. Jamu. Mak cik tu cite, bila sembahyang dia akan pesan pada ank Dr. Jamu dahulu & buka pintu untuk anak Dr. Jamu tinjau. So, boleh lah anak Dr. Jamu check dia tak hilang. Hahaha.
7. Syarat tambahan
Mungkin anda, ada apa permintaan untuk dibincangkan dan di persetujui bersama. Contohnya, Dr. Jamu berharap jika anak ada terjatuh ataupun kecederaan terus lapor. Senang untuk kita terus bawa ke hospital atau klinik. Dr. Jamu juga akan pesan untuk tidak bawa anak Dr. Jamu ke luar rumah. Maksudnya dalam rumah sahaja, untuk mengelakkan risiko kemalangan.
Tips penting memilih pengasuh
http://drjamu.com.my/kehidupan/tips-penting-memilih-pengasuh/
Tips penting memilih pengasuh
Memilih pengasuh yang sesuai untuk anak. Bukan lah perkara yang boleh dipandang remeh. Jika tersilap langkah, anak kecil boleh dijadikan mangsa penderaan fizikal atau seksual. Dr. Jamu pun sudah berkali-kali menukar pengasuh, untuk mencari yang palimg sesuai untuk anak dan yang paling memudahkan diri kita. Yang paling penting perlu difikirkan keselamatan dan penyakit berjangkit. Ini tips penting memilih pengasuh untuk anda, dari pengalaman Dr. Jamu sendiri.
1.Feedback dari jiran atau ibu bapa anak jagaan pengasuh
Yang ini super penting bagi Dr. Jamu. Penting untuk kita dapatkan feedback untuk mengenali pengasuh. Kalau kurang dari segi jagaan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai mendera. Kiranya bukan orang yang tidak baik. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan pengasuh anak sekarang. Nak pula, di kawasan kejiranan sahaja. Ramai yang beri feedback yang “mak cik” nie anak-anak yang diasuh, sampai tak kisah pun balik rumah atau tak. Sehinggakan anak jagaan yang sudah besar, (sekolah menengah kalau tak silap), still akan datang bila cuti sekolah.
Bagi Dr. Jamu susah untuk kita kenal orang tanpa feedback dari orang yang kita percayai. Kalau nak tengok perwatakan, susah nak tentukan manusia yang kurang baik. Semua akan tersenyum dan mesra untuk hari pertama berjumpa. Lagi-lagi ini dikira punca pendapatan juga untuk pengasuh. Kebanyakkan kes penderaan oleh sehingga mengakibatkan kematian rata-ratanya memilih pengasuh dari “social media seperti facebook”. Mungkin ada yang betul ikhlas menjaga. Tapi kita slalu pesan pada anak, “Jangan cakap atau hampir dengan orang tak kenal”, “jangan ikut orang tak kenal”, “kalau orang tak kenal bagi gula, jangan ambik”. Jadi kenapa kita hantar anak pada orang kita sendiri tak kenal?
2. Umur & mempunyai anak
Dr. Jamu prefer yang umur 35 ke atas, sebab bagi Dr. Jamu wanita lingkungan umur ini. Lebih matang untuk menguruskan emosi dan lebih stabil dalam pengurusan rumah tangga. Pastinya dah berkhawin dan punyai anak sendiri. Bagi Dr. Jamu sebelum jaga anak orang, kene lah ada pengalaman jaga anak sendiri. Supaya naluri ibu itu semakin menebal.
Jujurnya Dr. Jamu yang jaga anak sendiri pun nak pitam dibuatnya, kekadang rasa nak mengamuk juga. Memang boleh jaga anak sendiri sahaja, bukan anak orang lain. Haha. Baru lah kita tahu betapa susahnya duduk dengan ank kecil 24 jam setiap hari. Kalau tak berkhawin lagi, tiada pengalaman jaga anak sendiri. Macam mana nak tahu perasaan yang anak-anak buat hal. Sebab kadang-kadang anak ni mudah diuruskan, ada hari asyik tak kena je. Menagis sahaja. Nak pula time, ada masalah keluarga, kewangan ataupun external factor yang lain. Tak ke akan jadi masalah penderaan? Anak sendiri tak pelah, kita sayang. Untuk pengasuh, bagaimana pula?
3. Pengalaman mengasuh
Lebih baik mempunyai pengalaman untuk mengasuh. Selalunya pengasuh yang berpengalaman pandai nak “handle anak-anak”. Kadang-kadang Dr. Jamu pun pelik camne “mak cik” nie boleh maintain kemas rumah even ramai juga yang diasuhnya. Mungkin dalam 5-6 orang. Dan Dr. Jamu lebih suka kalau ada anak pengasuh, yang umurnya lebih daripada 3-4 tahun. Selalunya budak-budak besar ni, dah pandai berfikir & akan mengadu pada ibu-bapa kalau ada apa2 masalah. Tambahan pula, “mak cik” ni pandai mengajar tentang “malu”. Maksudnya lepas mandi kene cepat-cepat pakai seluar. Tak delah yang nak berbogel ke, pakai spender je ke. Hehe. Bagi Dr. Jamu benda nie bagus untuk elak perkara yang tak diingini. DR. Jamu pun sudah mula mendidik anak, supaya ada perasaan malu terutamanya bila dedah alat sulit.
4. Keadaan rumah
Sebelum ini, Dr. Jamu ada hantar anak pada pengasuh yang lain. Di rekomen oleh mak Dr. Jamu. Tetapi rumahnya tak berapa kemas, kekadang terasa kotor. Plus dengan bela kucing lagi. Dr. Jamu tak kisah kalau bela kucing tapi nak bela kucing nie pun, kene rajin bersihkan rumah. Dulu Dr. Jamu, bela kucing sekor je pun. Hampir tiap hari mood lantai. leh kerana, time tu Dr. Jamu tiada pilihan lagi. Mak pula yakinkan, “tak pelah asalkan orangnya baik”. Hantar sahajalah kepada pengasuh tersebut. Tapi masalahnya sebulan hampir 2x anak Dr. Jamu cirit biri. Dan perhatikan botol susu tak di basuh dengan bersih, walaupun sediakan alat & sabun utuk basuh botol.
Lain dengan pengasuh yang sekarang ni, tak pernah sekali pun cirit-birit lagi. Bagi Dr. Jamu kebersihan memang antara faktor utama. Maybe pengasuh tu baik, tapi kalau anak selalu sakit, masalah jugak kan?
5. Jika lewat ambik anak?
Tanya pendapat atau perjanjian yang tak rasmi sekiranya lewat mengambil anak. Kalau yang nak puctual tak boleh nak lambat tu, lebih baik cari orang lain. Macam Dr. Jamu, dipersetujui bersama dengan pengasuh. Sekiranya lewat mengambil anak, start jam 6.30pm Dr. jamu akan bayar overtime. Jangan pula berlaku seperti kawan Dr. Jamu. Lewat tak sampai 10 miniyt pun dah bermasam muka, tambahan lagi sudah dippersetujui bersama jika lewat akan bayar overtime.
6. Tanya khabar anak
Anak, Dr, Jamu memang banyak sogehnya. Tak boleh kene tinggal, nak ke toilet pun nak ikut, memasak pun nak ikut, nak sembahyang pun susah. Kalau tak nampak pengasuh akan menagis, kekadang sampai berguling-guling. Suka melalak tu dah perkara biasa. Yang masalahnya, kawan-kawan yang lain semua okey je, duduk main sama2. Dia je yang suka mengikut orang a.k.a pengasuh. Kat rumah pun camtu, nak ikut Dr. Jamu je keje nya. Nak jalan pun susah. Dengan pengasuh yang sekarang, alhamdullilah. Pandai urus emosi anak Dr. Jamu. Mak cik tu cite, bila sembahyang dia akan pesan pada ank Dr. Jamu dahulu & buka pintu untuk anak Dr. Jamu tinjau. So, boleh lah anak Dr. Jamu check dia tak hilang. Hahaha.
7. Syarat tambahan
Mungkin anda, ada apa permintaan untuk dibincangkan dan di persetujui bersama. Contohnya, Dr. Jamu berharap jika anak ada terjatuh ataupun kecederaan terus lapor. Senang untuk kita terus bawa ke hospital atau klinik. Dr. Jamu juga akan pesan untuk tidak bawa anak Dr. Jamu ke luar rumah. Maksudnya dalam rumah sahaja, untuk mengelakkan risiko kemalangan.
Jus delima, bukan sahaja untuk cantik tapi juga merawat penyakit
http://drjamu.com.my/resepi/jus-delima-bukan-sahaja-untuk-cantik-tapi-juga-merawat-penyakit/
Jus delima, bukan sahaja untuk cantik tapi juga merawat penyakit
Buah delima antara buah yang mendapat perhatian masyarakat Islam kita, bukan sahaja kerana khasiatnya tetapi ada disebut/dinyatakan di dalam Al-Quran. Oleh itu, ramai yang ingin mengamalkanya, lagi-lagi mereka yang punyai sakit kronik seperti kanser dan ibu mengandung. Walaupun bagi Dr.Jamu buah ini agak mahal, tetapi dari segi khasiatnya sememangnya berbaloi. Bagi, Dr. Jamu kalau dapat amalkan sebiji seminggupun dah cukup bagus, kalau tak dapat. Cuba sebulan sekali. Hal ini kerana buah delima bukan sahaja untuk menjaga kecantikan malah boleh menghindarkan dan merawat penyakit. Sekali-sekala, untuk kelainan boleh lah buat jus delima.
Kredit: https://healthynibblesandbits.com/how-to-make-pomegranate-juice/
Manfaatnya: Kaya dengan nutrien seperti folat, vitamin E, B dan K. Juga mineral seperti potassium, sodium dan iron [1]. Malah, buah delima mempunyai antioksida yang tinggi yang mampu melindungi sel-sel badan daripada rosak (oxidative damage) , sekaligus mengurangkan risiko daripada mendapat tumor ataupun infeksi dan yang mengelakkan penuaan [2-3]. Sebatian seperti anthocyanin, derivatif asid elargik dan tannin dikesan di dalam jus delima, di mana sebatian ini lah yang memberi sifat antioksida. Kajian juga mendapati kandungan antioksida jus delima, tiga kali ganda lebih daripada wine merah dan teh hijau. Jadi, kepada Muslim terutamanya. Tak perlu lagi terfikir untuk mencuba wine merah kerana antioksidanya [4]. Cukup dengan jus delima!!! Yang paling menariknya, delima ini ia dikatakan mampu menghindari aktiviti kanser [5] dan memperlahankan perkembangan (progress) penyakit kronik [6], melambatkan pertumbuhan sel kanser prostat [7]. Kajian keatas manusia jugak mendapati delima menunjukkan kesan antiatherogenic (mengelakkan pembentukan lemak di arteri), antihypertensive (mengelakkan tekanan darah tinggi) dan anti-inflammatory (mengelakkan keradangan) [8]
Bahan-bahan
1-2 biji delima (bergantung kepada saiz)
Cara penyediaan
Kupas buah delima, masukkan ke dalam pengisar dan tapis hampas untuk mendapatkan jusnya
Mudah sahaja, boleh rujuk pada video ini
Minum segera
https://www.youtube.com/watch?v=DecqfU51snw
Rujukan
[1] https://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate
[2] Li et al. 2006. Evaluation of antioxidant properties of pomegranate peel extract in comparison with pomegranate pulp extract. Food Chemistry. 96 (2): 254-260
[3] Joshi et al. 2010. Chemical constituents of asparagus. Pharmacognosy Riviews. 4 (8): 215
[4] Erim, F. B. & Kalacioglu, Z. 2016. Total phenolic contents, antioxidant activities and bioactive ingredients of juices from pomegrante cultivars worldwide. Food Chemistry. 221: 496-507
[5]Turrini, E., Ferruzzi, L., & Fimognari, C. (2015). Potential effects of pomegranate polyphenols in cancer prevention and therapy. Oxidative Medicine and Cellular Longevity, 2015, 1–19
[6]Faria, A., & Calhau, C. (2010). Chapter 36-pomegranate in human Health: An overview.In Bioactive foods in promoting health; 551-563
[7] Deng, Y., Li, Y., Yang, F., Zeng, A., Yang, S., Luo, Y., Zhang, Y. 2017.The extract from Punica granatum ( pomegranate ) peel induces apoptosis and impairs metastasis in prostate cancer cells. Biomedicine & Pharmacotherapy, 93, 976–984.
[8] Gil et al. 2000. Antioxidant activity of pomegrante juice and its relationship with phenolic composition and processing. Journal of Agriculture and Food Chemistry. 48: 4581-4589.
Betulke MAHA 2018 kurang menarik?
http://drjamu.com.my/informasi/betulke-maha-2018-kurang-menarik/
Betulke MAHA 2018 kurang menarik?
Boleh dikatakan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa ataupun lebih dikenali sebagai MAHA adalah salah satu “event” yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Untuk tahun ini iaitu 2018, MAHA bermula pada 22/11/2018 sehingga 2/12/2018. Penganjuran yang pertama yang Dr. Jamu pergi, kalau tak silap pada tahun 2000. Masih bersekolah lagi pada ketika itu. Memang seronok setiap kali pergi ke MAHA sebab kerja Dr. Jamu makan, makanan free/tester. Boleh kenyang perut dibuatnya. Tapi tahun ini Dr. Jamu rasa kelainan sedikit,rasa kurang meriah, kurang pameran, kurang buah-buahan dan kurang produk-produk makanan. Apabila kurang produk makanan, kurang buah, maka-nya kuranglah makanan tester. Bila kurang makanan tester dan untuk mengenali produk-produk tempatan, maka kurang gembira Dr. Jamu. Heheh.
Dr. Jamu pergi pada Jumaat yang lepas, iaitu 23/11/2018 bersama emak Dr. Jamu. Kami membuat spekulasi yang sama iaitu tidak meriah seperti yang sebelumnya. Dan emak Dr. Jamu yang sebelum ini juga pernah mengikuti anjuran pameran MAHA. Kami berdua dalam kekecewaan. HAHAH. Over pula. Tidak lah semua tempat kami sempat pergi, sebab pameran MAHA memang besar. Yang sempat kami pergi HALL C and D, tempat jualan buahan, jualan pokok-pokok herba dan food truck. Tak sempat nak pergi Kampung Digital Mok Cun. Memang nak pergi, kot2 lah dapat jumpa Erma Fatima. hehe. Walaupun tak berapa menarik hampir RM100 jugak DR. Jamu berbelanja di MAHA. haha
Yang Dr. Jamu beli dan syorkan
Beli bahan mentah (perikanan)
Agrotruck FAMA (Berhadapan castle of fruit)
Macam-macam juga DR. Jamu beli seperti ikan siakap, ikan bawal, ikan kerisi, ikan kerapu. Best sebab segar, harga pula sama standard dengan pasaran. Contohnya Ikan siakap saiz sederhana dalam RM 8-10. Sama je macam di pasar, cuma yang nie dari hasil laut. Memang sedap.
Beli Buah-buahan
Buahan pun macam hampir sama dengan pasaran. Kebanyakkan datang dari jauh, seperti Johor. Mungkin kos pengangkutan. Hehe. Yang paling banyak dijual nenas. Kak Dr. Jamu sibuk mengirim nenas MD2, cara kirim mengalahkan orang mengidam. Hehe. Sekadar nasihat dan supaya lebih berhati-hati. Ada buah yang Dr. Jamu beli seperti betik dan jambu batu rosak/busuk. Pilih terlebih dahulu. Kecewa sekali lagi, bila beli nenas DM2. Masa tester punya lah manis, bila dah beli potong dirumah, ada yang masam dan xsemanis seperti tester. Sob2. Walaupun Dr. Jamu sudah pesan pada peniaga untuk pilihkan & untuk potong pada hari Jumaat itu jugak. Untuk beli nenas DM2, kalau boleh survey juga, sebab ada gerai yang jual dengan lebih murah.
Beli Dim Sum Kuale
Kredit: Instagram #dimsumkuale
Sewaktu di Hall C, Dr. Jamu didekati seorang peniaga untuk membeli dim sum kuale, buatan orang melayu. Booth terletak di C091. Murah sahaja 3 jenis dim sum hanya RM 5 bersama sos mereka. Sedap. Tak keterlaluan bagi pendapat Dr. Jamu, ianya setaraf kalau di jadikan sebagai salah satu menu dim sum di Hotel Equotarial (yang sekarang di kenali Hotel Bangi-Putrajaya). Dr. Jamu tak sempat nak ambil gambar, lapar dan terus makan licin. haha. Rasa nak pergi lagi sekali MAHA untuk beli Dim SUM ini. Nyum2. Untuk pengetahuan, mereka juga menawarkan perkhidmatan untuk menjadi stokis.
Sempat ambik kad, sebab rupa dim sum yang komersial
Akhir kata, kami pun buat laporan kepada kak Dr. Jamu, yang ala-ala professor gitu. “Kesimpulannya tak begitu menarik”. Professor a.k.a kak Dr. Jamu tak percaya, kata nya kami salah tempat. Tak pergi tempat yang menarik. hahah. Professor akan pergi sendiri ke MAHA. hahah
Wallahualam
Hanya sekadar pandangan
Dah cuba pelbagai cara untuk hilangkan keputihan? Tetapi ianya masih terjadi. Cuba cara ini pula...
http://drjamu.com.my/riview-produk/dah-cuba-pelbagai-cara-untuk-hilangkan-keputihan-tetapi-ianya-masih-terjadi-cuba-cara-ini-pula/
Dah cuba pelbagai cara untuk hilangkan keputihan? Tetapi ianya masih terjadi. Cuba cara ini pula...
Masalah keputihan ataupun kegatalan dan bau Miss V (kawasan genital) sering berlaku kepada golongan wanita. Walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk hilangkan keputihan, tetapi pelik ianya masih terjadi. Begitu jua dengan Dr. Jamu, bila leka sedikit menjaga genital area. Mula lah keputihan datang kembali. Walaupun sudah mengambil tindakan seperti tips sebelum ini, kadang kala ianya tidak dapat menghilangkan sepenuhnya keputihan. Malah Dr. Jamu juga ada menggunakan pembersih wanita seperti Brand Eubos atau Sebamed. Selalunya dengan cara ini boleh membantu menghilangkan keputihan tetapi kali ini TIDAK.
Pencuci bahagian intim wanita
Dr. Jamu mudah sahaja, bila tak menjadi. Terus jumpa Dr di klinik dan ambil ubat. Senang sahaja, selalunya bila pakai ubat ini memang hilang keputihan dan bau. Hampir 3-4 tahun juga mengambil ubat ini. Purata Dr. Jamu mengambil ubat ini setahun sekali atau dua kali sahaja. Di cadangkan oleh doctor, guna untuk tiga hari berturut. Tiga hari pakai sahaja, masalah Dr Jamu sudah selesai. Mudah!!!!!! Tak perlu lagi ambil risiko dengan menggunakan jamu-jamu yang tidak diketahui asal usul atau pun spray pewangi yang sering dijual di media social. Jika difikir kembali, kalau kita membeli spray-spray pewangi pewangi di pasaran pun. Hampir tiap hari kena pakai, tak ke menyusahkan. Betul tak? Lebih baik ambil ubatan dari doctor kesihatan ataupun ahli farmasi. Lepas hilang kembali keputihan, hanya perlu maintain sahaja kebersihan dan cara penjagaan yang betul seperti pastikan kawasan genital di lap dengan kering selepas membuang air.
Jenis ubat yang Dr. Jamu pakai
Cara Penggunaan
Guna sebelum tidur, really sebelum tidur. Siap-siap dahulu buang air semua. Sebab ubat perlu dimasukkan ke dalam vagina dengan menggunakan “ applicator”. Kalau dapat masukkan lagi dalam ubat, ianya lebih bagus.
Masukkan ubat dengan ‘applicator’ yang diberi
Kandungan
Clotrimazole sebagai major komponen, dan methyl & proplyl paraben sebagai pengawet. Walaupun paraben boleh memberi kesan negative pada kesihatan, tetapi ianya masih pada jumlah yang selamat untuk digunakan. Lagipun, kita bukan nak ambil selalu. Sekali-sekala sahaja.
Farmakologi
Clotrimazole has a wide spectrum of activity against Dermatophytes (Trichophton, Microsporum, Epidermophyton), Yeast (Candida sp., Torulopsis sp.), Mould fungi and other fungi (Aspergilus sp, Malassezia furfur, Nocardia sp. etc). It also has action against Trichomonos and some strains of Gram-positive bacteria (Streptococci, Staphykococci and Corynebacrerium minitissimum and Gram-negative bacteria (Bacteroides and Haemophilus vaginalis). * Copy paste dari kotak ubat *
* Senang untuk difahaminya ialah clotrimazole boleh membunuh pelbagai jenis mikroorganisma yang selalunya menyebabkan masalah pada kulit. Yang biasa Dr. Jamu dengar ialah candida yang boleh menyebabkan jangkitan pada ‘genital area’.
Riview: Minyak Argan BeNaturlich
http://drjamu.com.my/riview-produk/riview-minyak-argan-benaturlich/
Riview: Minyak Argan BeNaturlich
Kebelakangan ini, Dr. Jamu asyik fikir je, cmne nak maintain muda dan makin cantik. Hahah. Nak cara yang mudah, jimat kos dan selamat. Jujurnya, teruja dengan Tok Dr. Jamu yang masih maintain menjaga kecantikan walaupun umur hampir 80 tahun. Selalunya orang tua lain. Sudah ada kesan pigmentasi, kulit makin gelap, jeragat hampir penuh muka, kuku pecah, kulit sudah tidak lembut & tidak larat untuk berjalan. Tapi Tok masih maintain. Bukan lah tak nampak tua, masih ada kedutan tapi tidak teruk. Kulit masih lembut, licin & maintain cerah. Dan yang paling Dr. Jamu “impressed” kuku Tok selevel dengan kuku Dr. Jamu. OMG. Kilatnya sama seperti Dr. Jamu selepas guna buffer kuku. Mak Dr. Jamu pun kuku sudah tak cantik, nampak kusam, dan permukaan tak rata, berkeluk sana & sini. Tapi muka still maintain lagi. heheh
Inilah Tok Dr. Jamu pesan, last raya hari itu. ” Jangan jaga muka sahaja, badan pun kene jaga. Kene pakai pelembap dari muda lagi, kalau nak maintan kulit tangan & badan kekal cantik”. Jadi bagaimana untuk kita kekal cantik dan melewatkan penuaan? Gunalah pelembap seperti Tok Dr. Jamu syorkan. Hehe. Kebetulan kawan Dr. Jamu memperkenalkan Minyak Argan BeNaturlich, yang katanya boleh dijadikan pelembap. Sebelum beli, Dr. Jamu ada membaca sedikit & ingin berkongsi dengan anda.
Khasiat Minyak Argan
1. Moisturizing Oil: Ianya boleh dijadikan sebagai pelembap ataupun kegunaannya seperti lotion. Boleh digunakan di muka, kulit badan & mahupun di kuku [1,2]
2.Merawat Jerawat:Ianya juga boleh merawat kulit yang berjerawat dan oily. Sehinggakan ada produk yang berasaskan argan oil dipatentkan untuk merawat jerawat. [1,2, 3]
3. Merawat penyakit kulit: Dikatakan argan oil mampu untuk merawat penyakit kulit seperti eczema & pyrolisis
4. Anti aging: Sebab argan oil mengandungi Vitamin E dan antioksidan [1,2,3]
5. Mengelakkan keguguran rambut & Menjaga kesihatan rambut [4]
Riview Minyak Argan BeNaturlich
Yang paling best sekali ianya dapat merawat eczema Dr. Jamu. Dari kecil ada allergic pada habuk dan sabun basuh. Ala2 anak orang kaya gitu. Tq pada ayah Dr. Jamu yang hampir tiap minggu bawa jumpa pakar kulit masa kecik2 dlu. Sebab sampai satu tahap ianya akan bernanah. Memang teruk. Bila dah besar jarang kene, maybe dh immune. Tapi still kene dalam sebulan sekali. Selalunya bila kena Dr.Jamu akan repeat ubat dr pharmacy, sebab akan merebak ke satu tangan dan kaki. Nak pula, ianya gatal. Dan bila garu, biji-biji yang berisi cecair akan pecah & lagi cepat merebak. Bila dah merebak memang malu, sampai satu tahap Dr. Jamu sorokkan tangan lagi2 kalau berjumpa dengan kawan-kawan. Yelah, tak semua orang paham kita ada eczema, sometimes orang lebih cenderung fikir kita tak jaga kebersihan. Sejak guna argan nie, kalau tumbuh pun sebiji dua dan ianya seperti menghalang eczema ini merebak. Sangat bersyukur jumpa minyak argan ini!!!!
https://www.healthline.com
Guna sebagai pelembap. Sebelum ini Dr. Jamu gunakan Bio Oil untuk badan dan moisturizer untuk muka. Sekarang nie Dr. Jamu guna minyak argan sahaja. Bukan nak kata Bio Oil tak bagus, tapi senang untuk Dr. Jamu boleh guna untuk eczema dan sebagai pelembap. Sarankan anda guna minyak argan ini sebagai lotion, kerana lebih selamat berbanding dengan lotion-lotion yang punyai harsh chemical seperti paraben. Still ingat tak riview produk Rosken ?Kalau dah ada bende2 harsh chemical nie, bagi Dr. Jamu xpe nak guna sekali sekala. Tapi jangan sampai bertahun lamanya. Takut memberi kesan kepada kesihatan.
Malah minyak argan ini dapat merawat keguguran rambut Dr. Jamu. Nampak kesan dari segi masa sapu sampah dan sikat rambut. Kurang rambut gugur. Tapi tak lah rambut Dr. Jamu makin lebat. Happy dapat jumpa minyak rambut, before ni tak ada pakai minyak rambut apa2 sebab tak suka baunya. Even minyak zaitun (olive oil), tak suka baunya.
Kalau untuk muka pula, jujurnya Dr. Jamu tak nampak perubahan ketara. Lebih kepada maintain kulit untuk kekal cantik & maintain kulit kekal lembap. Tambahan pula kulit muka Dr. Jamu tiada masalah pun. Tiada masalah jerawat, kalau ada pun sebiji dua masa period. Cuma ada masalah pori2 terbuka terutama di hidung, tapi minyak argan bukan untuk pori-pori terbuka. Dan Dr. Jamu percaya minyak argan ini mampu melewatkan penuaan seperti yang dinyatakan dalam kajian. So, Dr. Jamu pakai hampir setiap malam, setitik dua sahaja dan sapu & massage. Mudah kan?
Mengapa Minyak Argan BeNaturlich?
1.Botol berwarna gelap
Selalunya bahan ekstrak ataupun minyak pati perlu dilindungi daripada cahaya untuk mengelakkan kemungkinan terdegradasi sebatian-sebatian yang terkandung didalamnya. Erti kata mudahnay untuk mengelakkan Argan oil daripada rosak.
2. Punyai sijil yang diiktiraf
Bagi Dr. Jamu ianya penting sebagai satu tanda ianya adalah argan oil yang sebenar tanpa penipuan
3. Ciri fizikal oil yang menyakinkan
Dr. Jamu ada bertanya kepada rakan yang berasal dari Morrocco, katanya ianya asli. Ciri-ciri yang kawan Dr. Jamu maksudkan ialah dari segi warnanya yang kekuningan, tidak melekit ataupun berminyak apabila disapu pada kulit. Ianya cepat diserap oleh kulit. Baunya pula”mild nutty aroma” dan cepat hilang apabila digunakan.
Rujukan
[1]Charrouf et al. 2008. Argan oil: occurrence: composition and impact on human health. European of Lipid Science and Technology: 110 (632-636)
[2]Guillaume & Charrouf. 2011. a. Argan oil and other argan products: use in dermocosmetology. European of Lipid Science and Technology: 113 (403-408)
[3]Henry et al. 2004. Use of an extract from the plant Argania spinosa. Patent EP1430900.
[4]Charrouf & Guillaume. 1999. Ethnoeconomical, ethnomedical, and phytochemical study of Argania spinosa (L.) Skeels. Ethnopharmacol: 67 (7-14)
Tiada mood untuk berdiet? Tapi risau berat dah naik berkilo2. Cuba ikuti tips diet mudah ini...
http://drjamu.com.my/uncategorized/tiada-mood-untuk-berdiet-tapi-risau-berat-dah-naik-berkilo2-cuba-ikuti-tips-diet-mudah-ini/
Tiada mood untuk berdiet? Tapi risau berat dah naik berkilo2. Cuba ikuti tips diet mudah ini...
Akhirnya Dr. Jamu kembali menulis. Haha. Setelah bermalas-malasan. Bukan setakat menulis sahaja, tetapi hampir semua part hidup rasanya jadi malas. Puncanya? Puncanya ialah over makan & naik berat badan. Sejak raya nie, berat badan naik berkilo2. Haha. Akui waktu akhir-akhir puasa lagi dah melantak macam-macam. Ianya diteruskan sehingga ke raya, teruskan lagi sehingga habis syawal. Walaupun adakalanya dah kenyang sampai rasa macam nak termuntah. Tapi masih terus makan dan makan. Memandangkan kebanyakkan makanan, biskut raya, rendang semua memang time raya jelah dapat makan. Nak pula yang membuatnya orang-orang tua yang expert masak. Dr. Jamu dah save memory kepakaran mereka tersendiri. Rumah sana rendang pedas nogori, yang sini expert bakar lemang, nun jauh disana nasi dagang. Mak Dr. Jamu pula dengan pelbagai jenis fruit cake. Memang sedap!!!! Macam-macam lagi, kalau cerita pasal makanan yang terhidang.
Kredit: https://coach.nine.com.a
Bila makan berlebihan & berat pun naik. Rasa badan jadi lemah & cepat penat. Dari segi psikologi pula rasa ingin bermalas-malasan. Lepas kenyang, rasa nak tidur. Mungkin juga toksin dalam badan akibat terlalu banyak ambil makanan tinggi gulanya. Jadi Dr. Jamu buat keputusan ingin berubah sebelum menjadi gemuk. Kiranya nak bertaubat lah. Kalau rasa tiada mood nak berdiet. Tak pe. Buat slow-slow dulu, ikuti tips berdiet ini langkah demi langkah.
1. Kurangkan makanan bergula
Kredit: https://www.drbillsukala.com
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kalau boleh stop semua minuman bergula, minum air kosong atau jus sayuran sahaja. Hentikan juga pengambilan makanan manis seperti kek, kuih-muih, biskut raya dan makanan ringan. Makanan seperti ini memang tinggi gulanya, dan selalunya memang tak cukup sekali pengambilan. Kalau makan kerepek, boleh jadi satu balang pun boleh dihabiskannya. Lebih baik jangan dimulakan untuk makan. Ibarat ” All or nothing” gitu.
2. Minum air kosong
Kredit: http://www.health-secrets.net
Minum banyak air kosong untuk mengelakkan anda rasa terhidrasi dan cepat lapar. Ianya juga dapat membantu mengelakkan keletihan badan. Kalau boleh bawa ke mana2 bekalan air kosong anda dan minum dengan kerap. Elakkan tunggu dahaga baru nak minum.
3.Aktif bergerak
Tak semua orang rajin bersenam termasuklah Dr. Jamu. Nak mula, untuk bersenam selalunya memang rasa malas. Jadi saranan untuk permulaan adalah bergerak aktif. Contohnya jangan guna lif lagi tetapi gunakan tangga. Tak kisah lah kalau ke tingkat 4 sekali pun. Hehe. Dan Dr. Jamu start buat senaman squad setiap jam, tapi 10x je. Haha. Lepas makan pun, kalau duduk di rumah akan squad dalam 10-20 kali. Tak banyak pun, tapi ianya masih permulaan baik.
4. Detoks
Bila badan cepat rasa penat dan letih, selalunya Dr. Jamu akan start detoks dan mula makan sayuran dan ulaman. Paling mudah detoks dengan teh hijau, air suam bersama perahan lemon dan air sayuran seperti pegaga, tomato, carrot dan lain-lain.
5. Lebihkan Protein
http://www.vixendaily.com
Kurangkan karbohidrat terutama sekali gula. Elakkan makan karbohidrat selepas Isyak dan kira pengambilan karbohidrat anda. Kalau Dr. Jamu hanya 2x sahaja karbohidrat iaitu waktu tengah hari dan petang (makan nasi). Selebihnya hanya protein, contohnya breakfast dengan telur, makan malam pula hanya ayam goreng.
Itulah amalan Dr. Jamu step by step untuk mendapatkan mood untuk berdiet. Selalunya kalau dah start dengan stop pengambilan gula, diet Dr. Jamu akan berjaya. Akhir kata ” Gula adalah musuh kita”. Hehe
Tips elakkan stretch marks ketika mengandung
http://drjamu.com.my/tips/tips-elakkan-stretch-marks-ketika-mengandung/
Tips elakkan stretch marks ketika mengandung
Striae gravidarum atau boleh dikenali sebagai stretch marks, cukup sinonim dikaitkan dengan wanita mengandung. Ianya dilaporkan mula hadir terutamanya dibahagian perut/abdomen kira-kira pada minggu ke 24-27 kehamilan [1]. Walaupun stretch marks tidaklah memberi kesan negatif pada kesihatan, tetapi ianya boleh menimbulkan tekanan dan menurunkan kualiti hidup seorang wanita [2]. Dan salah satu perkara yang menakutkan Dr Jamu ketika mengandung ialah “kehadiran stretch marks”. Walaupun tekstur kulit tak lah setaraf model tapi tak nak lah makin “hodoh”. Sedih juga kalau makin tak cantik. Bagi Dr. Jamu, walaupun ianya normal untuk wanita hamil, tetapi kita masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Kalau terjadi pun, sekurangnya sudah mencuba dan berusaha. Jadi ini tips untuk anda untuk elakkan stretch marks ketika mengandung;
Kredit: http://parenting.firstcry.com
1.Amalkan jus Centella asiatica (pegaga)
Kredit: www.farmavazquez.com
Ketika mengandung Dr. Jamu sering mengamalkan minum jus pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan elastic fibers [3]. Kalau cakap sahaja mengenai kecantikan kulit memang selalunya berkaitan dengan penghasilan kologen dalam badan. Kajian juga menunjukkan penggunaan krim yang mengandungi ekstrak Centella asicatica seperti Trofolastin krim boleh mencegah dan mengurangkan stretch marks [4]. Tapi Dr. Jamu tidak menggunakan krim ini pun, hanya mengamalkan jus pegaga. Alhamdulillah, tiada stretch marks ketika mengandung. Untuk mereka yang tidak suka akan rasa pegaga, boleh lah mencuba krim Trofolastin.
2. Krim Alphastria
Kredit: https://www.adlershop.ch
Anda juga boleh mencuba krim Alphastria yang mengandungi asid hialuronik (asid hyaluronic), asid lemak dan vitamin kerana ia dapat mengurangkan risiko kehadiran stretch marks [5].
3. Bio Oil
Penggunaan Bio Oil ini adalah daripada pengalaman Dr. Jamu sendiri. Mula guna dari hari pertama disahkan mengandung sampailah bersalin. Tak nak bagi peluang langsung untuk stretch marks tumbuh. Over tak? Hehe. Faktor utama pemilihan Bio Oil sebab Dr. Jamu suka baunya dan ianya cepat menyerap. Tak lah melekit badan dibuatnya. Jika anda berhajat ingin menggunakan krim atau losyen seperti cocoa butter lotion, cocoa butter cream, minyak zaitun dan minyak badam. Malangnya kajian menunjukkan ianya gagal dalam mencegah kehadiran stretch marks [6-8]. Kebetulan, Dr. Jamu masa mengandung tak suka bau-bau lotion atau krim selain Bio Oil.
4. Berat badan naik mendadak/banyak ketika mengandung
Berat badan naik secara mendadak ketika mengandung juga dikatakan menyumbang kepada faktor kehadiran stretch marks [8]. Sebaiklah masa Dr. Jamu hamil, memang pantang betul nurse di klinik kesihatan kalau berat naik berlebihan, mesti ditegurnya. TQ nurse. hehe
Rujukan
[1] Chang et al. 2004. Risk factors associated with striae gravidarum. Journal of the American Academy of Dermatology 51, 881–885.
[2] Yamaguchi et al. 2012. Quality of life evaluation in Japanese pregnant women with striae gravidarum: a cross-sectional study. BioMed Central Research Notes 5, 45
[3] GarcíaHernández et al 2013. Use of a specific anti-stretch mark cream for preventing or reducing the severity of striae gravidarum. Randomized, double-blind, controlled trial. Int J Cosmet Sci ; 35:233–7.
[4] Mallol et al. 1991. Prophylaxis of Striae gravidarum with a topical formulation. A double blind trial. Int J Cosmet Sci;13:51–7.
[5] Wierrani et al. 1992. Attempt of preventive treatment of striae gravidarum using preventive massage ointment administration. Wien Klin Wochenschr 1992;104:42–4.
[6] Osman et al. 2008. Cocoa butter lotion for prevention of striae gravidarum: a double-blind, randomised and placebo-controlled trial. International Journal of Obstetrics and Gynaecology 115, 1138–1142.
[7] Taavoni et al. 2011. Effects of olive oil on striae gravidarum in the second trimester of pregnancy. Complementary Therapies in Clinical Practice 17, 167–169.
[8] Farahnik et al. 2017. Striae gravidarum: Risk factors, prevention and management. International Journal of Women’s Dermatology 3; 77-85.
Tips sambung belajar ke pascasiswazah: Mode penyelidikan
http://drjamu.com.my/kehidupan/tips-sambung-belajar-ke-pascasiswazah-mode-penyelidikan/
Tips sambung belajar ke pascasiswazah: Mode penyelidikan
Kredit: http://admission.usm.my//
Entry kali ini adalah tips sambung belajar ke peringkat pascasiswazah. Iaitu meneruskan pengajian yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama, khusus untuk mereka yang memilih mod penyelidikan. Harapnya post kali ini dapat membantu memberi kehidupan yang lebih terurus ketika melanjutkan pengajian yang sekaligus membawa kepada kesihatan mental yang lebih baik. Jika stress berkurangan, secara tidak langsung kecantikan dan kesihatan pun terjaga. Dapatlah kita elak diri daripada penyakit seperti darah tinggi dan serangan jantung. Jadi ikuti tips sambung belajar ke pascasiswazah ini;
A) Bersediakah anda?
Sebelum mendaftarkan pengajian ke peringkat pascasiswazah, fikir dahulu baik buruknya. Jangan terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan. Perkara-perkara yang boleh difikirkan seperti;
1. Objektif hidup
Persoalan pertama yang perlu ditanya pada diri sendiri ialah “Mengapa anda ingin melanjutkan pengajian?” Adakah dengan melanjutkan pengajian, memberi kesan kepada jawatan seperti kenaikkan pangkat atau pun boleh mencari kerja yang lebih baik? Ataupun yang lebih tepat, apa kebaikkan yang anda dapat jika berjaya menamatkan pengajian di pascasiswazah. Kalau boleh, jangan lah sekadar disebabkan ajakan rakan-rakan. Ataupun susah mendapatkan kerja selepas habis degree.
2. Biasiswa
Kaji terlebih dahulu trend biasiswa di negara kita seperti MyBrain ataupun pembantu penyelidik siswazah (GRA) , adakah ianya senang untuk dapat dan adakah anda menepati kelayakan yang dimahukan. Biasiswa juga penting memandangkan selepas degree ramai yang ingin memegang duit sendiri. At least dapat sedikit elaun untuk menampung kehidupan. Jadi adakah anda masih ingin meneruskan pengajian jika biasiswa adalah limited dan perlu bersaing untuk mendapatkannya?
3. Peluang pekerjaan
Walaupun selalunya orang kata jangan memilih pekerjaan, bagi Dr. Jamu apa salahnya berusaha terlebih dahulu mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan pendidikan. Takkan lah sudah memiliki gelaran Doktor falsafah tetapi memilih kerja sebagai kerani pula? Fikirkan juga adakah dengan melanjutkan pengajian anda lebih senang mendapatkan pekerjaan yang diingini seperti pensyarah, penyelidik ataupun pegawai kerajaan dan lain-lain yang bersesuaian.
4. Risiko-risiko
Setiap orang mempunyai perjalanan kehidupan yang berbeza, ada yang cepat menghabiskan pengajiannya (graduate on time). Ada yang mempunyai masalah seperti masalah projek, masalah kewangan dan masalah keluarga sehinggakan mengambil masa yang panjang untuk menghabiskannya. Sambung belajar ke peringkat pascasiwazah (penyelidikan) tidak seperti sambung belajar di degree, kerana ianya bergantung kepada projek yang dipilih. Selagi tidak siap projek anda, selagi itulah anda tidak akan habis belajar.
B) Tips memulakan pengajian
1. Pilih penyelia yang tepat
Bagi Dr. Jamu, perkara yang paling penting untuk dipilih ketika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah (penyelidikan) ialah PEMILIHAN PENYELIA. Tanpa persetujuan @ signature daripada penyelia, anda tidak akan berjaya menghantar tesis walaupun projek anda telah siap. Ini bermakna, anda perlu menjaga hubungan baik dengan penyelia. Siasat dahulu latar belakang penyelia anda, tanya pendapat pelajar-pelajar di bawah seliaanya tentang karakternya. Contohnya adakah penyelia suka menambah kerja @ kajian yang tidak sepatutnya? Ataupun bukan jenis membantu? Ada sesetengah penyelia, bahasanya kasar tetapi sudi membantu apabila pelajar menghadapi masalah. Ada yang banyak geran. Ada yang mementingkan high impact paper dan sebagainya. Jadi bergantung pada anda untuk menentukan sama ada boleh menjalinkan hubungan baik dengan penyelia yang bakal dipilih.
2. Pilih projek
Jika ingin senang atau cepat menghabiskan pengajian, pilih projek yang sudah dilakukan oleh senior anda, cumanya mungkin berubah sesetengah parameter yang lain. Buat proposal dengan sebaik mungkin, baru lah anda betul fahami apa keburukan dan kebaikkan projek yang anda pilih.
3. Pilih universiti
Selalunya pemilihan universiti berdasarkan faktor jarak daripada rumah, yuran dansyarat kelayakan kemasukan. Dr. Jamu syorkan anda kaji syarat untuk menghabiskan pengajian siswazah anda. Lain universiti, lain syaratnya. Ianya penting untuk anda, menentukan sama ada mampu atau tidak untuk memenuhi syarat-syarat yang ditentukan. Pilih juga universiti yang mempunyai banyak geran projek, lengkap dengan facilities projek yang anda ingin lakukan dan sebagainya. Kalau tak lengkap pun, mungkin universiti yang ada tidak jauh daripada universiti anda.
C) Tips ketika menyambung pengajian
1. Buat perancangan
Selalunya pelajar akan mengambil mudah untuk merancang gantt chart projek sebaik mungkin. Gantt chart ini penting, untuk menentukan hala projek dan supaya anda tidak leka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Tambahan pula ini memudahkan anda untuk booking instrumen analysis dan sebagainya.
2. Kajian perpustakkan
Rajin-rajinkan diri untuk banyak membaca @ mencari informasi tentang projek anda. Ini adalah penting untuk memastikan anda di jalan betul. Kalaulah dari awal projek pun anda sudah salah konsepnya, susahlah anda untuk menghabiskan pengajian.
3. Aktifkan diri
Selalunya setiap universiti mempunyai pusat pengurusan siswazah yang menawarkan program, bengkel, syarahan umum dan lain-lain. Contohnya tips untuk GOT, cara tulis tesis dengan cepat, cara menulis rujukan dalam tesis dan sebagainya. Ambil peduli dengan program-program yang dijalankan di universiti anda kerana sedikit sebanyak program-program seperti ini akan membantu anda menghabiskan pengajian dengan lebih cepat dan bersistematik.
4. Bijak berkomunikasi
Bijak berkomunikasi juga penting untuk menghabiskan pengajian anda kerana ianya melibatkan banyak pihak untuk membantu anda. Contohnya, selain penyelia anda juga perlu hidup dengan harmoni dengan senior, rakan-rakan pengajian. Jangan sombong dan buat hal sendiri, nanti anda juga yang rugi. Selalunya orang tidak mahu berkongsi ilmu dengan orang yang sombong, Anda juga perlu menjaga hubungan dengan bahagian admin dan operator alat, supaya ianya memudahkan perjalanan pengajian anda. Biar ramai kawan jangan ramai lawan. Hidup pun lebih gembira jika mempunyai ramai kawan.
“Akhir kata semoga tips-tips ini berguna untuk anda”
Cara mencegah kehamilan
http://drjamu.com.my/informasi/cara-mencegah-kehamilan/
Cara mencegah kehamilan
Perkara pertama yang Dr. Jamu fikirkan selepas bersalin anak pertama ialah cara mencegah kehamilan. Dr. Jamu risau akan terus mengandung selepas berpantang, dan ini sememangnya boleh berlaku walaupun anda menyusukan anak. Malah doktor dan jururawat juga akan menasihatkan anda, tentang kepentingan dan cara mencegah kehamilan justeru selepas selamat melahirkan anak. Bagi Dr. Jamu, pengetahuan tentang mencegah kehamilan penting bagi mereka yang sudah berkhawin. Ini dapat membantu anda merancang keluarga dan mengelak kehamilan yang berisiko. Berikut adalah kaedah kontrasepsi iaitu cara mencegah kehamilan:-
1.Kontrasepsi jangka masa panjang dan berbalik
Kredit: www.theglobeandmail.com
Kontrasepsi ini menggunakan alat seperti alat kontraseptif dalam rahim (IUD) atau rod implan. Kaedah ini sesuai dilakukan untuk mencegah kehamilan untuk jangka masa yang panjang untuk 2-10 tahun dan ianya berbalik. Di mana anda, boleh hamil semula dengan segera selepas menanggalkan alat tersebut.
Kebaikan
IUD, berkesan 99% untuk mencegah kehamilan
Tidak perlu lagi memikirkan tentang risiko untuk hamil atau merancang keluarga
Boleh memgandung dengan cepat selepas menanggalkan IUD atau rod implan
Tidak menganggu hubungan intim
Kelemahan
IUCD: tidak sesuai untuk anak dara (yang merancang untuk berkhawin dalam masa terdekat dan merancang untuk tidak mendapat anak untuk tempoh terdekat diatas faktor tertentu seperti masih belajar), memandangkan pemasangan IUD ini melalui vagina.
IUCD: Kemungkinan sesetengah wanita malu atau gerun untuk untuk memakainya.
Rod implan: Kemungkinan menganggu kitaran haid
2. Kontrasepsi hormon
Kredit: https://buybulkmeds.com/index.php?route=product/product&product_id=584
Kaedah mencegah kehamilan dengan menggunakan hormon seks iaitu estrogen dan progesteron dalam dos tertentu. Ianya boleh didapati dalam bentuk pil ataupun dengan suntikan.
Kebaikan
Pil berkesan >99% jika anda mengambilnya dengan aturan yang betul
Pil hormon, mudah didapati di pasaran.
Suntikan hormon berkesan > 99% jika anda mengambil suntikan pada masa yang betul
Kelemahan
Perlu berdisiplin mengambil pil seperti yang ditentukan. Ini bermaksuda anda tidak boleh lupa mengambilnya, walaupun sehari.
Perlu membeli pil ini setiap bulan dan harga pil selalunya bergantung kepada jenama.
Jika melalui suntikan, kemungkinan menganggu kitaran haid anda.
Melalui suntikan juga, anda perlu memperbaharui temu janji dengan doktor setiap 3 bulan. Ini mungkin agak sukar bagi wanita yang sibuk dengan kerjayanya. Tambahan pula masa terbaik
3. Kaedah halangan
Kredit: https://www.alibaba.com/
Anda juga boleh menghalang kemasukan sperma, contohnya melalui kondom.
Kebaikan
Ianya murah dan mudah didapati di pasaran
Kelemahan
Kemungkinan pasangan rasa kurang selesa atau tidak merasa puas apabila melakukan hubungan intim
Kemungkinan berlaku kebocoran, lebih-lebih lagi jika suami tidak menggunakan kondom dengan cara yang betul
4. Kontrasepsi “pancut luar”
Istilah yang selalu didengari dan diaplikasi di kalangan masyarakat kita. Sesuai di amalkan untuk mereka yang sebenarnya tidak kisah untuk mendapatkan anak lagi. ataupun tiada faktor-faktor halangan lain seperti kesihatan.
Kebaikan
Tidak perlu sebarang peralatan, tiada kos mahupun perlu berjumpa dengan doktor.
Kelemahan
Susah untuk memberi jaminan kerana ianya bergantung kepada pihak suami dan ianya melibatkan faktor emosi. Adakalanya pastinya ada, yang melakukan kesilapan dan kecuaian.
Kemungkinan pasangan tidak merasa puas apabila melakukan hubungan intim
4.Pengiraan waktu subur
Kredit: wikipedia
Kebaikan
Tidak perlu sebarang peralatan, tiada kos mahupun perlu berjumpa dengan doktor.
Kelemahan
Tidak boleh cuai dalam pengiraan waktu subur anda
Risiko untuk dilakukan jika haid anda tidak teratur kerana sukar menentukan waktu kesuburan denagn tepat
5.Kontrasepsi darurat
Kredit: https://mypageyourhealth.com
Kontrasepsi darurat ini boleh diambi melalui pil “emergency contraceptive pill (ECP)” atau IUD kuprum. Ianya sesuai dilakukan jika anda melakukan hubungan intim tanpa sebarang perlindungan, kebocoran pada kondom, tidak mengambil pil perancang dengan aturan yang sepatutnya dan muntah ataupun cirit birit ketika mengambil pil perancang . Berbincang dahulu dengan doktor atau ahli farmasi profesional agar dapat membuat pilihan yang terbaik, sama ada menggunakan ECP ataupun IUD kuprum.
Kebaikan
Cara yang sesuai untuk mengelakkan daripada hamil selepas hubungan intim tanpa sebarang perlindungan
ECP- 98% berkesan untuk wanita yang mempunyai berat yang sesuai
IUD kuprum- 100% berkesan dan sesuai untuk wanita yang berlebihan berat badan
Kelemahan
Faktor berat memainkan peranan jika anda mengambil ECP. Hal ini kerana untuk wanita yang beratnya melebihi 70 kg digalakkan untuk mengambil IUD kuprum ataupun diberikan dos ECP yang berganda. Berbincanglah dengan ahli perubatan anda.
6. Kontrasepsi secara kekal
Kredit: https://www.invitra.com/tubal-ligation/
Kontrasepsi secara kekal atau pemandulan ini sesuai dilakukan jika anda tidak lagi mahu hamil diatas faktor-faktor tertentu. Kaedah vasektomi untuk lelaki, manakala untuk wanita ialah dengan mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian (tubal ligation).
Kebaikan
Cara yang berkesan untuk tidak hamil lagi
Penjimatan kos, kerana ianya untuk jangka masa yang panjang
Tidak perlu lagi berfikir tentang kontrasepsi
Keburukan
Tidak boleh hamil lagi untuk selamanya
Kesimpulannya: Pilihlah kaedah kontraseptif yang sesuai dengan objektif dan cara hidup anda. Untuk jangka masa yang panjang (2-10 tahun), Dr. Jamu sarankan memilih kaedah IUD atau rod implan. Jika anda terlalu sibuk untuk berjumpa doktor boleh lah memilih pil hormon atau kondom buat sementara waktu kerana ianya lebih mudah diperolehi tetapi perlulah berdisiplin menggunakannya. Jika berlaku kesilapan atau melakukan hubungan tanpa perlindungan, jangan risau anda masih ada peluang untuk mengelakkan kehamilan dengan menggunakan kontraseptif darurat. Berbincanglah dengan doktor dan suami untuk memilih kaedah yang paling sesuai untuk anda.
Kredit: http://healthylnb.com
Mengapa perlu merancang keluarga?
Objektif utama merancang keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal. Ianya dilakukan diatas faktor seperti kesihatan, persediaan emosi dan faktor ekonomi. Jika tidak merancang, jangan terkejut jika anda boleh hamil kembali hanya beberapa bulan melahirkan anak. Contohnya, kawan Dr. Jamu sendiri bersalin 2 kali dalam jangka masa setahun. Satu di awal tahun dan keduanya di akhir tahun. Oleh itu, bagi Dr. Jamu merancang keluarga adalah penting, lebih-lebih jika doktor sudah menasihati anda untuk melakukannya. Di antara faktor-faktor perlu merancang keluarga adalah seperti berikut:
Kesihatan
Kesihatan adalah faktor utama yang perlu difikirkan untuk kembali hamil terutamanya jika anda mempunyai penyakit seperti kanser, usia lewat, memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat dan hamil berisiko.
Penyusuan eksklusif 2 tahun
Kehamilan boleh menganggu proses penyusuan, kerana ianya boleh menyebabkan keguguran bayi yang dikandung. Jadi jika anda berhajat untuk memberi penyusuan eksklusif kepada ank kecil anda sehinnga berumur dua tahun, perlulah anda rancang kehamilan yang seterusnya.
Ekonomi
Dapat menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum dan pendidikan untuk anak-anak.
Masih belajar
Jika anda masih belajar dan perlu menghabiskan pelajaran seperti yang dijadualkan.
Kemampuan menguruskan anak-anak
Bukannya tugas yang mudah untuk membesar dan menguruskan anak-anak, lebih-lebih lagi mempunyai anak yang ramai dengan jarak yang dekat. Jangan sampai anak-anak dijadikan tempat melepaskan kemarahan dan dianggap sebagai beban atau yang lebih teruk lagi menjadi mangsa penderaan ibu bapa sendiri.
Kasih sayang yang mencukupi
Merancang keluarga juga dapat memastikan setiap anak-anak, bahkan suami anda juga mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya dari anda.
Rujukan
http://www.familyplanning.org.nz