Al-imam Abdurrohman bin Mahdi pernah berkata tentang hadith (إنما الأعمال بالنيات) : "Seandainya aku mengarang sebuah kitab, dan aku menjadikannya tersusun mengikut bab (yakni bab tentang iman, bab tentang bersuci, bab tentang solat, bab tentang puasa dan bab tentang zakat) sudah pasti aku menjadikan awal hadith yang disebutkan pada setiap bab hadith (إنما الأعمال بالنيات). Ini menunjukkan pentingnya untuk kita berniat hanya kerana Allah pada setiap amal soleh. Jika benar niat kita dan amalan kita bersepakat dengan syara' maka kita akan diberi ganjaran disebabkan niat tadi. In shaa Allaah. Sebahagian manusia pada hari ini apabila memakai pakaian, dia akan memakainya dengan menutup aurat. Tetapi berapa ramai kah dari kita terfikir untuk melakukannya ikhlas kerana Allah ta'ala? Harus bagi seseorang adatnya menutup aurat yakni dia tidak akan mempamerkan auratnya pada orang lain tetapi jika dia berniat "aku menutup auratku ini bagi melaksanakan kewajipan lillahi ta'ala" maka baginya ganjaran atas perbuatannya tadi. In shaa Allaah. Berapa ramai dari kita memakai pakaian putih atau memakai jubah putih? Tetapi adakah ramai dari kita terlintas dalam fikiran kita melakukan perbuatan itu kerana ingin mengikut sunnah Nabi yang mana Nabi sangat menyukai pakaian putih? Jika dia berniat mengikut sunnah Nabi lillahi ta'ala bukan kerana adatnya maka baginya ganjaran. In shaa Allaah. Berapa ramai dari kita ketika makan terfikir untuk berniat supaya disebabkan makanan itu dapat menguatkan anggota badannya untuk melakukan ketaatan? Mungkin ramai yang tidak terfikir sama sekali. Dia terfikir aku makan kerana lapar, tetapi jika dia makan makanan supaya badannya menjadi kuat melakukan ketaatan maka maka baginya pahala. In shaa Allaah. Jika kamu tidur supaya badan kamu jadi kuat melakukan ketaatan, disebabkan niat kamu ini kamu diberikan ganjaran. Bukan tidur kerana adat saja. Maka lihatlah kepentingan niat, wahai pembaca yang saya kasihi. Disebabkan itu orang alim yang saya sebutkan tadi mengatakan sedemikian. Mengapa? Supaya mengajarkan kita sifat ikhlas dan mengajarkan seseorang bagaimana mahu ikhlas semata-mata kerana Allah. https://www.instagram.com/p/B-mbOyFHG91/?igshid=1x2m2ykjgyd5y











