#261
Aku takut.
Setiap manusia punya tahap ketakutan atau trauma yang tersekat, terbelenggu atau, perasaan itu sendiri yang menghampiri dirinya lalu terbentuk satu lembaga hitam dari bayang bayang. Bagaimana bayang itu wujud sedang dalam gelap pekat tak ada cahaya yang membuat pantulan? Mungkin hati itu sendiri bercahaya untuk menerangi. Jiwa yang mati itu adalah tempat ketakutan itu sendiri hidup. Jadi gelabah tak tentu arah, memikirkan hal yang terlalu kecil sehingga sebesar besarnya. Kemudian untuk tempoh yang lama, hal itu tiada apa cuma perasaan saja. Hal itu tiada apa cuma hal hal biasa yang kita terlalu memikirkan buruknya dan hal itu tiada apa hanya sebuah sangkaan kita kita saja. Dan akhirnya mungkin setelah apa yang kita lalui,
Hal itu tiada apa apa, cuma sebuah pengisian dalam SEBUAH KEHIDUPAN saja.
Walau, kita sendiri tidak bersetuju apa yang berlaku dalam kehidupan kita, ianya tetap sebuah perasaan ketidakpuasan dan kita akan sentiasa menidakkan perasaan kerana kita akan sentiasa bermonolog kecil dengan diri sendiri sebelum kita meluahkan sesuatu perasaan kepada seseorang.
Perasaan itu sebuah perasaan. Nikmati. Ketakutan itu satu tahap yang kita sendiri perlu lepasi untuk sebarang kemungkinan yang terjadi. Jangan berhenti berlari, yang terkejar itu sememangnya diri sendiri.
Embun Karina Oslon.













