"Kalau kau benar-benar menghargai seseorang, kenapa kau letakkan dia dalam kedudukan yang membuat dia rasa tidak diakui?"
Itu yang pedih,bukan sekadar tidak dipilih.
Tetapi diminta untuk hadir dalam hidup seseorang tanpa diberi tempat yang bermaruah di dalamnya.
Dan pada akhirnya, kasih sayang tanpa tindakan yang selari dengannya akan sentiasa menimbulkan persoalan.
Kerana orang boleh berkata "aku sayang…."
Tetapi cara mereka membuat pilihan setiap hari biasanya menceritakan perkara yang lebih jujur daripada kata-kata itu.
Dan sebab itulah ramai orang akhirnya sampai ke satu kesimpulan yang tenang tetapi tegas, Kalau kehadiran aku hanya dihargai secara sembunyi-sembunyi, maka itu bukan tempat yang patut aku perjuangkan.
Kerana disayangi secara rahsia bukanlah perkara yang sama dengan dihormati secara terbuka.

















