Kisah si “A”
Dengar ja memang jauh bezanya dari mengalami sendiri. Kadang-kadang bila kita dengar si "A" ni beperangai macam ni la macam tu la susah mau percaya apa lagi kalau kita kenal si "A" tu sebagai orang yang baik dan tidak mungkin la layan orang sampai macam tu sekali. Tapi tu la mau nampak perangai orang tu bukan sebulan dua bulan. Dan akan sampai masanya diri sendiri pula berada di keadaan si "B".
Sudah nama pun manusia macam tu la. Lain situasi lain la perangainya. Kalau mau minta tolong bukan main lagi buat muka kesian,muka blur, ntah la muka apa lagi. Kalau ikut rasa kan lama sudah kena ambur kaw-kaw,tapi buat apa mau ikut-ikut orang sot. Orang bilang kalau kita layan perangai orang yang sot tu maksudnya kita lebih sot
Sepatutnya beperangai la macam mana kita mau orang layan kita. Dan satu lagi sendiri mau ingat la perasaan orang. Mau sendiri ja senang tapi tidak pikir kesusahan orang. Lepas tu bila tidak dapat handle stress salahkan orang lain padahal sendiri cari masalah. Contohlah si "A" tunggu bas, lepas tu becerita sama si "K",cerita punya cerita tidak sedar ada bas limpas tapi tidak sempat naik sebab telampau becerita sama si "K" padahal si "K" tidak minat pun mau dengar tu cerita. Lepas tetingal bas, terus si "A" marah-marah sama si "K" kononnya si "K" la punca dia tetinggal bas. Lebih kurang macam tu la situasinya.
Lepas tu besok si "A" jumpa lagi si "K". Tapi kali ni dalam bas la. Si "K" ni tidak ambil hati pun hal semalam tu. Senyum dan becerita ja macam biasa sama si "A". Si "K" pun hairan juga kenapa baik betul si "A" ni padahal semalam naik angin tidak tentu pasal. Cerita punya cerita sampai la si "A" sama si "K" ni di destinasi dituju. Tiba-tiba si "A" ni cakap sama si "K" yang dia tiada duit kecil mau bayar tambang. Si "K" pun cakap la berapa besar duit tu sebab kalau setakat 50 ada juga duit pecah bikin tukar. Tapi si "A" bilang "susah lagi tu kalau mau tukar sekarang,kau bayar ja nanti aku bayar balik". Si "K" pun bayar la tanpa mengharap duit dia dibayar balik. Tapi si "A" memang tiada bayar balik biarpun si "A" sama si "K" ni selalu naik bas sama-sama dan kejadian macam tu berulang dan berulang berkali kali.
Sampai suatu ketika si "K" ni dari destinasi yang sama dengan si "A" dan biasanya bas dari destinasi tu jalan jam 9 pagi tapi kalau ada yang minta tunggu tu driver tunggu juga. Jadi si "K" ni lambat 10minit la sebab telupa mau bawa barang si "A" yang tetinggal. Lepas tu si "K" call la si "A" minta tolong kasi tau tu driver tunggu 10minit tapi si "A" ni cakap tu driver mau jalan sudah, nanti ikut bas lain ja la dia bilang. Padahal tu driver ada tanya juga "ada lagi kita mau tunggu bos?kalau tiada kita jalan". Macam tu la kisah si "A" sama si "K" yang selalu naik bas sama-sama. Kalau si “K” tu balas balik rasanya si “A” ayam mati tu, sebab semua pun mengharap sama si “K”.
Kisah tu sebenarnya tidak pernah berlaku dalam dunia realiti macam situasi di atas tapi menggambarkan satu situasi sebenar yang pernah dialami oleh penulis. Bukan la juga bermaksud mau menggambarkan diri ni ditindas seperti yang ditulis sebab sudah nama pun manusia, kadang-kadang sebab tidak suka layanan orang tu kita cuba membetulkan diri dan menyalahkan orang lain. Tapi biasanya kalau orang tu memang tidak sengaja bawa masalah kita pun tidak bekira sangat bah kalau ada silap sikit-sikit. kalau memang sengaja, lepas tu kasi susah orang lagi siapa tidak makan hati kan. Macam mana pun terpaksa la sabar sebab bukan sehari dua ja mau menghadap orang tu, nanti dia sabotaj kan sendiri yang susah.
















