Here comes July.
1. Masa terus berjalan, bumi tetap berputar, dan kita tak boleh berhenti melangkah sebab Tuhan masih beri nafas beri peluang untuk kita terus berubah.
2. Memang bukan kita yang tentukan takdir. Tapi kita sentiasa boleh pilih untuk bersangka baik, untuk tabah, untuk redha, agar dapat menerima realiti.
3. Berdamai dengan diri sendiri adalah salah satu cara untuk mendapatkan ketenangan. Stop ruining ourselves with negative thoughts.
4. We can't dream about the past anymore, it's over. There is a part of us that had died there, and won't return. So keep moving forward.
5. Bahagia itu bukan hanya bila kita mampu senyum, tapi juga bila kita mampu terima apa jua yang terjadi dengan hati yang lapang.
6. Kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu hilang kita tidak perlu kehilangan diri sendiri. Sekali lagi, jangan jadi lemah hanya kerana kehilangan sesuatu yang bukan abadi.
7. Since we don't have forever, forget people who hurt us.
8. The thing is, everything will fade away and be replaced, with time. It’s just a matter of time before everything going to be okay.
9. Kita harus sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah dan pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
10. Apabila dilukai jangan berdendam. Mungkin punca kita terluka datang dari sifat diri kita sendiri. Jadi jangan berdendam, tak siapa sempurna.
11. Jangan terlalu sukar untuk memaafkan. Kadang dengan memaafkan akan menyembuhkan luka, walau kita yang dilukakan. Tak ada siapa yang sempurna.
12. Ketika melangkah untuk melupakan, jangan menoleh kembali kepada masa lalu dan kenangan dengan dendam dan kemarahan. Itu akan merosakkan hati, diri sendiri dan masa hadapan.
13. Apa pun yang membencikan di masa silam, jangan menoleh kepadanya dengan dendam. Senyum dan lapangkan hati. Terus melangkah. Menoleh dengan dendam dan kemarahan membuktikan kita masih belum terlepas dari masa silam. Jadi jangan ada dendam dan kemarahan.
14. Melangkahlah dengan hati yang redha dan pasrah. Di hadapan ada cinta lain yang perlu kita cari, hargai, dan perbaiki.
15. Terlalu banyak perkara di masa silam yang tak dapat dihapuskan waktu. Biarkan. Kerana kita sentiasa boleh berdoa dan berusaha untuk masa depan yang baik, selagi masa dan Tuhan mengizinkan.
16. We can't heal every wound and that's okay. In this world, there’s enough happiness for everyone. If you couldn't find one, give it a time. Give yourself a time. To heal. To be brave. To be able to move on. To hope again. To love again.
17. Rindu tak pernah mati, walau rasa sudah terkubur. Tapi kita kena sedar, menginginkan apa yang bukan untuk kita tu hanya akan menyakitkan.
18. You have to accept that no matter how much you care, some people just don't care back, at all.
19. Dia lupakan awak. Awak lupakan dia. Dan Tuhan tak pernah melupakan hamba-Nya. Jadi cari bahagia dari DIA.
20. Luka, tukarkan menjadi doa dan harapan baru. Kerana kita perlu terus berjalan mengikuti waktu, menerima kenyataan walau pahit. Tak ada bahagia yang dapat dimiliki jika kita tertinggal di belakang.
21. Jika mahu mula berharap, bersedialah juga untuk menanggung kekecewaan. Agar kita sedar bahawa hidup ini tak semudah yang kita sangkakan.
22. Selalunya, yang terbaik itu bukanlah yang seperti kita mahukan, tetapi yang terbaik itu adalah apa yang telah Allah tentukan.
23. Semua orang ada bahagian masing-masing dalam dunia ni. Kalau bahagia bersyukurlah. Kalau belum, kena terus sabar dan tabah.
24. Tuhan pun ada berfirman, minta tolong daripada DIA dengan jalan sabar dan menunaikan solat. Kenapa sabar? Sebab sabar ni senang nak cakap, tapi susah nak buat. Jadi kalau dapat sabar, inshaallah akan dapat bahagia.
25. Remember to look for God either you up to the sky or down at your feet.
26. Never give up on hope, on goodness, on God. It gives you meaning and purpose and life is empty without it.
27. You will be lucky enough to find love. Once you get it, cherish it and don't simply throw it away. It might not lasts but still, life will be a little better with it.
28. We hurt. We break. We bleed. But sometimes, going through all of that will make ourselves right. And change us to be better. So keep going. Don't give up.
29. No one wants to be left out in the loneliness, rejected and alone. That's why you have Allah. He always listen to you. So make a du'a.
30. Janji mungkin dimungkiri. Kata-kata mungkin dilupakan. Harapan mungkin pudar. Yang selalu ada cuma doa. Maka doakanlah dirimu, selalu. Kerana seiring masa, doa, dan usaha, inshaAllah semuanya akan menjadi baik-baik saja.





















