selama nya ada rindu yang di rahsia kan
Today's Document

tannertan36
Sade Olutola
YOU ARE THE REASON
Not today Justin
dirt enthusiast
Monterey Bay Aquarium
Peter Solarz
No title available

JVL

Andulka

No title available
ojovivo
Xuebing Du

pixel skylines
hello vonnie
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
we're not kids anymore.

Origami Around
Keni

seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Türkiye

seen from Malaysia

seen from France

seen from Malaysia

seen from Germany

seen from Australia

seen from France
seen from United Kingdom

seen from Türkiye

seen from Singapore

seen from Malaysia

seen from Bahrain
seen from Philippines

seen from Germany

seen from Malaysia
seen from Indonesia
seen from Spain
@mottttt
selama nya ada rindu yang di rahsia kan
Aku tak pernah menunggumu. Kamu tak pernah sengaja datang. Lalu aku menyambut salam rindu dengan sepenuh hati aku walau aku tahu hujung-hujung luka itu pasti ku toreh perlahan. Tapi kita sengaja dipertemukan Tuhan. Hanya untuk jarak berjauhan dan saling memberi pelajaran
Aku tidak pernah benar-benar lupa. Hanya mulai berhenti menghitung. Berhenti menanyakan mengapa. Mungkin itulah berdamai. Bukan karena lukanya sembuh, tapi karena tak semua luka harus selalu ditatap setiap hari. Beberapa cukup kau biarkan ada, tanpa perlu disalahkan lagi.
aku berjaya melalui hari hari tanpa kamu. tetapi, perihal memadamkan ingatanku pada kamu - aku ternyata gagal
Untuk Awak Yang Saya Sayang Sedalam Hati,
Saya nak cakap yang saya tak pernah berhenti menyayangi awak. Cuma sekarang, saya belajar menyayangi dari jauh — tanpa harapan untuk memiliki.
Awak mungkin tak perasan, tapi setiap kali saya senyum, ada rindu yang saya sorok. Setiap hari saya hidup dengan bayangan awak. Bukan sebab saya tak boleh lupakan awak, tapi sebab awak dah jadi sebahagian dari diri saya.
Saya tak harap awak kembali dan saya tahu yang awak tak akan kembali. Saya cuma harap satu hari nanti awak akan sedar... bahawa ada seseorang yang sangat menyayangi awak sedalam ini.
Dalam diam, dalam doanya, dalam setiap hela nafas yang awak tak pernah dengar.
Yang masih belajar melepaskan,
Saya.
— unknown (via letsbelonelytogetherr)
Though I may not know what love is, I know that which love is not, for love is not a violent act, love, when true would never hurt you. ❤️🩹
Bukan aku tak tahu —
rasa ini takkan pernah jadi nyata.
Tapi aku manusia.
Dan hati manusia… kadang-kadang tewas juga.
Hari ini,
aku tak pinta kau datang semula.
Aku hanya pinta,
agar Tuhan kuatkan aku
untuk tidak lagi menoleh ke belakang,
walau kenangan itu selalu datang berjalan.
Bukan Yang Aku Mahu, Tapi Yang Aku Perlu
Tuhan,
aku pernah minta yang aku mahu.
Yang membuat aku tersenyum,
yang menyambut rinduku tanpa jemu.
Tapi Kau beri yang lain —
bukan dia…
bukan yang hatiku sebut dalam diam,
tapi yang Kau tahu aku perlukan dalam hidup yang panjang.
Bukan yang pandai memujuk,
tapi yang tahu memimpin.
Bukan yang sering hadir dalam mesej,
tapi yang setia hadir di sisi,
walau sunyi, walau diam.
Ya Tuhan,
aku redha…
kerana Kau tak beri yang aku mahu,
tapi Kau beri yang akan jaga aku hingga ke syurga.
Everything lovely reminds me of you.
Nope
With a cup of delicious chai ☕🤎
Assalamualaikum S, Untuk Kamu yang Pernah Hadir,
Malam ini, aku menulis bukan untuk mengharap balasan.
Aku tahu, kita pernah menjadi dua hati yang saling menunggu…
Pernah menjadi tenang dalam masa yang sekejap
tapi cukup kuat untuk terus hidup dalam ingatan selama bertahun.
Aku masih ingat, semua cara kamu buat aku tersenyum.
Cara kamu jaga aku, dengar aku, faham aku…
Itu semua bukan ilusi, aku tahu ia benar.
Tapi sekarang… aku sedang berdiri di antara dua dunia.
Dunia lalu yang penuh dengan kenangan tentang kamu…
Dan dunia hari ini, di mana aku punya tanggungjawab dan cinta yang tak boleh aku abaikan.
Aku bukan lagi wanita yang bebas untuk memilih ikut rasa.
ada jiwa yang perlu aku jaga, bukan hanya jiwaku, tapi jiwa mereka yang tak pernah menyakitiku…
jiwa si kecil yang bergantung pada senyum dan pelukan aku.
Mungkin kamu masih simpan rasa itu.
Mungkin kamu masih berharap, atau menanti…
Tapi izinkan aku kali ini jujur, bukan sebagai kekasih yang lama
tapi sebagai seorang wanita yang sedang belajar untuk tenang.
Aku rindu kamu. Itu tak pernah aku nafikan.
Tapi aku lebih rindu untuk hidup dengan hati yang tenang, tidak bersalah, tidak keliru..
Aku mahu mereka melihat aku sebagai wanita yang kuat, bukan wanita yang terikat pada bayang masa lalu.
Jadi malam ini, aku lepaskan kamu perlahan-lahan.
Bukan sebab aku tak sayang. Tapi sebab aku sayang diriku.
Jika satu hari nanti kamu teringat aku,
ingatlah aku sebagai seseorang yang pernah kamu jaga dengan penuh kasih.
Bukan sebagai seseorang yang kamu harapkan kembali dalam hidup kamu.
Kita pernah hadir dalam waktu yang salah. Tapi aku tetap bersyukur, kerana aku pernah rasa disayangi begitu indah sekali.
Selamat tinggal, kamu yang pernah menjadi degup di hati.
Terima kasih… untuk segalanya.
Yang pernah menyayangi kamu,
— Aku.
Dalam diam, dalam doa, dan dalam reda.
Assalamualaikum S,
Atau mungkin hanya "hai" dari jauh, yang tak akan pernah sampai ke mana-mana.
Aku tulis ni bukan untuk kau baca. Tapi untuk aku. Untuk hati aku yang masih belum diam bila nama kau terlintas. Untuk jiwa aku yang masih belum selesai walaupun masa dah jauh berlalu.
Dulu kau hadir sekejap, tapi dalam sekejap tu, kau beri aku rasa yang aku sendiri tak tahu aku perlukan. Kau baik, kau sabar, kau buat aku rasa istimewa, walaupun kita tahu cerita kita takkan pernah panjang.
Dan ya, aku yang memilih untuk pergi. Aku yang melangkah ke dunia lain, membina hidup baru dengan seorang lelaki yang sangat baik, dan anak-anak yang menjadi jantung hidup aku sekarang. Aku tak pernah sesal dengan keputusan itu, malah aku bersyukur setiap hari. Tapi... itu tak bermakna aku tak pernah teringat pada kau.
Hari-hari yang aku lalui kadang-kadang diselubungi bayang kenangan lama. Bukan sebab aku nak kembali tapi sebab ia pernah indah. Dan aku manusia, aku rindu rasa itu. 'Rindu siapa' aku ketika bersama kau. Tapi aku tahu, semua itu hanya tinggal dalam kenangan. Kau pun dah ada hidup sendiri. Anak-anak. Tanggungjawab. Dunia kita tak lagi sama. Kau di daerah yang jauh, waktu yang membezakan dan mungkin takkan pernah bersilang semula.
Jadi hari ini, dengan penuh kasih, aku nak lepaskan semua rasa yang aku simpan. Aku nak terima yang kau pernah ada, dan itu cukup bagiku. Aku tak perlu lebih dari itu.
Aku tak sayang kau lagi. Aku cuma sangat rindu.
Rindu yang tak akan aku bawa ke masa depan, tapi aku izinkan untuk aku terus kenang tapi dengan lebih tenang.
Terima kasih S, sebab pernah hadir.
Terima kasih sebab pernah buat aku rasa disayangi.
Tapi sekarang... aku kena jaga hati aku, dan hati mereka yang ada depan mata aku setiap hari.
Selamat tinggal S,
Dalam diam. Dalam doa yang baik.
Dan dalam hati yang kini sedang belajar untuk benar-benar melepaskan.
Yang pernah menyayangi dan akan terus mengenang kisah silam kita,
Aku.
If a mother doesn't learn her religion, how can she pass it on to the next generation? A woman is like a school; if you educate her, you empower an entire generation