GADIS SE-ISTIMEWA ITU
istimewanya gadis itu, perlahan-lahan dia muncul dalam mimpi, bikin aku seolah-olah tak mahu bangkit lagi, mungkinkah dia kurnia tuhan dari rusuk kiri, yang mahu kasih dan cintanya diangkat tinggi, yang mahu jiwa dan tubuhnya aku lindungi, dalam mata sedang lena terpejam, aku tanya hati dalam diam, wujudkah gadis se-istimewa ini? hati diam, diam dan terus mendiam, buat perasaan bergelut sama sejuk malam, membiarkan mimpi mencorak emosi, sedang nafas seolah terhenti dalam sepi, hati masih tak punya jawapan lagi, aku tertanya lagi, sesuatu yang aku sendiri tak pasti, siapakah gadis se-istimewa itu? juga tak punya jawapan lagi, tapi menurutnya mimpi, muncul dia menjadi pelengkap sebelah hati, menghapus memori yang dahulunya dihuni sunyi, munculnya dia memimpin senyum dan tawa, menemukan jasad yang sering sesat dalam terang, gadis itu mungkin kejauhan yang dekat, membuka rasa yang telah aku tutup rapat, memecah rindu yang aku tanggung sarat, merawat jiwa yang telah sekian lama tersiat, mimpi ini tersungguhlah jujur, rasa dingin malam yang terpaut pada tubuh, hilang bertebaran ke langit subuh, moga-moga aku tak terus rapuh, pada perasaan yang kian lama kian meruntuh, mimpi ini tersungguhlah indah, dalam kelam pun terbayang manis wajah, ah celaka perasaan yang mula menerjah, buat mimpi sekejap tawa sekejap gundah, mimpi ini tak hilang lagi, mungkin juga akan datang kembali, hari pun sudah menjengah pagi, matahari pun mungkin sudah mencanak tinggi, di penghujung mimpi itu, aku minta sesaat lagi, bertanya siapakah pemiliknya, hati gadis se-istimewa itu, adakah sememangnya untuk aku? atau punya milik nyawa lain? jika sudah tertulis dia buat aku, aku cuma mampu memohon, gadis se-istimewa itu, jangan pernah pergi, jangan pernah lari, bila tiba masanya dan izin-Nya nanti, akan aku ubah yang mimpi jadi realiti.
amin.








