Siapa pun gabungan kita, selagi ada persefahaman... kita mampu terbang.
hello vonnie
I'd rather be in outer space 🛸
Peter Solarz
NASA
will byers stan first human second

roma★
Sweet Seals For You, Always
ojovivo

izzy's playlists!
Keni

titsay
"I'm Dorothy Gale from Kansas"
Claire Keane
DEAR READER
KIROKAZE

❣ Chile in a Photography ❣
almost home
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
Not today Justin
Misplaced Lens Cap

seen from Malaysia

seen from Türkiye

seen from Indonesia
seen from Netherlands

seen from Germany

seen from Brazil
seen from Australia
seen from United States
seen from France
seen from Argentina
seen from France
seen from Malaysia

seen from Italy

seen from Hong Kong SAR China

seen from United Kingdom

seen from Belgium

seen from Italy

seen from Brazil
seen from Malaysia
seen from United States
@penbiru-blog
Siapa pun gabungan kita, selagi ada persefahaman... kita mampu terbang.
#Catatanku #MellyGoeslawftBaim Tuhan terserah pada-Mu. Aku ikut mahu-Mu, Tuhan. Ku catat semua ceritaku dalam harianku... :'(
Ala awak kot ye pun mampu terlebih mampu sangat mampu nye... tak payahlah cerita lebih-lebih. Bukan saya kisah sangat. Awak cerita, nak saya puji ke? Taklah saya nak puji, awak cerita pasal sedekah amal jariah awak tu... orang lain pun buat jugak tapi taklah sampai details sangat bagitahu semuanya. Contohla kan: majlis berbuka puasa bersama anak yatim... cukuplah headline gitu. Tapi awak ni ewah lebih kurang macam: majlis berbuka puasa bersama anak yatim sambil memberi duit raya 50 ringgit serta pengagihan beras 5kg kepada ibu-ibu tunggal... ala, tak payahlah tu. Saya tak sukalah ambil tahu berapa sen berapa kilo berapa-berapalah... bagi saya, tak bagitahu terus lagi bagus. Ah lantak... sentap, gi masuk bilik kunci diri. #mudaterasa #postperli #janganmarahhaa #farrahhannan
Jangan jatuhkan topeng dimuka jika tak mahu menyakiti dan disakiti.
Selalu menipu diri sendiri. Itu yang melarat sampai menipu orang. Ahaha...
Awak yang TERISTIMEWA
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Nur Kazrina.
Allah selamatkan kamu...
Hari ini... awak menyambut ulangtahun kelahiran yang tak perlu saya sebutkan berapa nombornya kerana awak lebih tahu. Saya ucapkan dari jauh dengan keikhlasan yang saya ada. Semoga semua yang diimpi akan dilaksana. Semoga apa yang dicita digenggam jua. Semoga senyum sentiasa.
Secawan kopi tak dapat kita minum bersama, mungkin bukan rezeki kita. Semoga lain kali, akan tercipta memori indah yang tertunda. Tak mampu saya kota, janji sekadar di bibir sahaja.
Tak mampu sediakan intan permata, hanya hadiah biasa-biasa. Mungkin sebagai kenangan kita, sebelum awak dimiliki sang pencinta. Selamat ulangtahun kelahiran sahabat. Semoga bahagia dunia dan akhirat.
Ingin saja ku berikan Segala yang kau impikan Mimpi yang sering kau katakan Namun ku punya batasan Kau teristimewa Kaulah penyeri dunia Dan kaulah segalanya bagiku Ku tak punya wang berjuta Apatah lagi istana Untuk jadikan hadiah Agar kau rasa berharga Ini saja yang ku mampu Sebuah lagu khas untukmu Ku harap engkau kan suka Selamat ulang tahun cinta Tak tergambar dengan kata Rasa tentang dalam jiwa Satu purnama ku tak lena Fikir lirik paling indah Kau teristimewa Kaulah penyeri dunia Engkaulah segalanya bagiku Ku tak punya wang berjuta Apatah lagi istana Untuk jadikan hadiah Agar kau rasa berharga Ini saja yang ku mampu Sebuah lagu khas untukmu Ku harap engkau kan suka Selamat ulang tahun cinta Muga kau selalu tertawa Ceria disamping keluarga Bahagia yang engkau rasa Kekal sampai bila-bila Ini saja yang ku mampu Sebuah lagu khas untukmu Ku harap engkau kan suka Selamat ulang tahun cinta Selamat ulang tahun cinta
Ibu [new sakha]
Sebening titisan embun pagi Secerah sinarnya mentari Bilaku tatap wajahmu oh ibu Ada kehangatan di dalam hatiku Air wudhuk selalu membasahimu Ayat suci selalu dikumandangkan Suara lembut penuh keluh dan kesah Berdoa untuk putra putrinya Oh ibuku engkaulah wanita Yang ku cinta selama hidupku Maafkan anakmu bila ada salah Pengorbananmu tanpa belas jasa Ya Allah ampuni dosanya Sayangilah seperti menyayangiku Berilah ia kebahagiaan Di dunia juga di akhirat
Terima kasih ibu kerana melahirkan saya pada 12hb Mei (29 tahun yang lepas). Tanpa ibu saya belum tentu menjadi Farrah Hannan. Boleh jadi saya mungkin Jenny atau Mei Mei mungkin juga saya Kajol. Tapi kerana ibu, saya menjadi FARRAH HANNAN juga akhirnya. Terima kasih kerana menyayangi saya sepanjang hidup ibu. Hampir sebelas tahun, saya belum dapat membiasakan diri menyambut hari lahir tanpa-mu. :) Terima kasih.
Dalam senyuman ya memang terpancar bahagia. Diam-diam, ada rasa sayu di hati.
Sedikit cerita untuk awak...
Sepatutnya hari ni aku luangkan masa emas (atau lebih berharga daripada itu) dengan somebody, tapi mungkin jodoh tak berapa kuat jadi momen-momen yang selalunya memang indah untuk kami bergelak-bergurau terpaksa dibatalkan... masing-masing buat hal sendiri. Maka, terperuklah aku dalam bilik tiga katil bujang ni sambil layan novel. Terima kasih.
Andai Itu Takdirnya...
Awak, tak apalah kalau pertemuan kita tak menjadi, mungkin masa dah akan mengubah semuanya dan kita tak akan macam dulu lagi. Awak akan ada hidup baru sementara saya, masih sama tetap tak jumpa simpangnya. Saya tak dapat tunaikan permintaan awak, minum kopi dan bicara apa sahaja. Sorry, saya tak mampu berkorban untuk membuat kejutan kerana hari minggu saya sangat pendek.
Semoga pada hari yang sepatutnya kita bersama, awak dapat menikmati kopi ditemani kenangan bersama saya sebelum awak padam semua kenangan kita untuk diisi dengan kenangan baru. Dalam hati, saya tak mengharap untuk kenangan itu awak padam kerana saya tak akan pernah memadamnya walaupun sedikit.
Pada hari yang saya berjanji untuk duduk berdua menikmati minuman kegemaran awak... saya akan kotakan janji walaupun bersendiri. :)
Terima kasih cinta, kau buatku bahagia.
Terima kasih cinra, pintaku satu saja jangan pernah berubah.
Saya tak sedih pun (sambil lap air mata), saya happy untuk awak dan masa depan awak. Tapi saya terkilan, untuk kali terakhir sebelum status awak bertukar... kita tak mampu capai impian minum kopi bersama, Sedihnya... saya sangat mengharap awak akan muncul luangkan masa dengan saya. Tapi... awak tetap tak ada. Semua yang saya rancang... dah tak ada dalam rancangan lagi.
Jauh terbawa lukisan hatimu.
Hilang mencari di manakah pergi.
Tinggal menahan luka ini.
Sampai harusku pergi...
Okay, sampai di sini... sedikit cerita untuk awak. Jangan pernah lupakan saya. Saya sambung cerita pada 16 May.
Salam sayang,
Farrah Hannan Bt. Shamsudin.
Ini sunset-lah kan? Aha... kami memang pergi nak berjalan makan angin je. Tapi alam ciptaan Allah terlalu cantik untuk setakat dilihat diri sendiri. Jadi kami snap buat tatapan orang lain juga. Biar semua orang tahu, tak akan ada yang sempurna melainkan Dia Yang Satu. Dia berikan sesuatu yang cantik untuk buat kita senyum. Dia berikan kita sesuatu yang menyusahkan untuk kita selalu ingat Dia, supaya kita minta Dia mudahkan semua. "Ya Allah, berikan aku sahabat sejati. Yang selalu ada bila aku ketawa. Yang sentiasa di sisi bila aku menangis. Amin..." #hannstagram #Allahuakbar #sahabat #buddytakkanterpisah
#BigBadWolfPenang #BooksLover #CharlaineHarris #StephenLeather #JAJance #TinaSeskis Ini je yang mampu beli. Yang kalerfull tu perghhh sangat kalerful. 10buah rm60. Murah kan? #hannstagram #farrahprop
... dan selamat pagi. Dah bangun belum? Rahsia menjemput rezeki, bangun awal pagi, tunggu apa lagi bangunlah... solat subuh dan mula bekerja. ♡♡♡
aha siapa tak tahu baca jawi... tatawu aha... #tulisanjawi #hannstagram