Life has three days:
Yesterday which has gone
Tomorrow which you may not see
Today, so act.
— Al Hasan al Basri رحمه الله| Az Zuhd pg.197
One Nice Bug Per Day
sheepfilms

@theartofmadeline
taylor price
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH
Game of Thrones Daily
No title available
AnasAbdin
Not today Justin
ojovivo
Misplaced Lens Cap
Sweet Seals For You, Always

Kaledo Art

Love Begins

Discoholic 🪩

#extradirty
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year
I'd rather be in outer space 🛸

Kiana Khansmith
Sade Olutola

seen from United States
seen from Spain

seen from Netherlands

seen from United States

seen from Ireland

seen from Uzbekistan

seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from United Kingdom
seen from Dominican Republic
seen from Ireland
seen from Tunisia
seen from Thailand
seen from United States

seen from United States
seen from Ireland
seen from Brazil
seen from United States
@penceritabisu
Life has three days:
Yesterday which has gone
Tomorrow which you may not see
Today, so act.
— Al Hasan al Basri رحمه الله| Az Zuhd pg.197
Kita akan merasa indahnya rebah apabila kita merasa nikmatnya bangkit semula.
Cinta akan selalu abadi, walaupun takdir tak pasti…
(via penceritabisu)
CERPEN : HUJAN
Aneh. Taip kali nama kau hadir, tiap kali itu juga air mata akan mengalir.
Kau seperti hujan. Datang tiba-tiba lalu pergi meninggalkan seribu cerita.
* * * * * * * * * * *
Hujan. Teragak-agak dia nak melangkah.
“Haih. Aku tak suka hujan. Redah je lah! 1 2 3!”
Dia pelik. Aik. Kenapa tak basah? Dia tengok atas. Payung? Cepat-cepat dia toleh sebelah.
Siapa dia ni? Gadis tersebut tersenyum manis.
“Shall we?” Gadis itu senyum lagi.
* * * * * * * * * * * *
“Nah. Aiskrim.” “Apesal tetiba?”
“Sebab aku suka makan aiskrim bila aku sedih.” “Makan aiskrim waktu hujan?”
*angguk* Sepi.
“Hidup tanpa ujian bukan hidup namanya. Tapi mimpi. Tak salah kalau nak menangis. Yang salah bila lepas nangis tapi tak nak bangkit balik.” *sepi lagi*
“Dia tu baik. Aku tak. Bukan ke orang baik selalu dapat orang baik.” “Definisi baik itu ikut definisi baik Allah. Kau usaha la bagi sama level dengan dia. Then doa banyak-banyak.”
“Aku tahu siapa aku. Tak baik.” “Selagi ada nafas, selagi ada hidayah dalam hati, tak ada istilah terlambat untuk berubah jadi baik. Meskipun nanti kau tak berjodoh dengan dia.”
“Banyak dosa aku da buat. Aku rasa down. Sedih. Loser.” “Tak payah cerita aib kau. Biar Allah je tahu. Tak pe pun rasa sedih, rasa down atau rasa loser. Kadang semua tu yang bawa kita pada Allah. Bila kita nangis dan tak berdaya, tu la tandanya kita ni hamba.”
Capai tangan dan senyum segaris.
“Kau tahu. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya.(Imam Syafie)” *Tarik nafas.*
“Kalau mungkin satu hari nanti dia memang jodoh kau, tu hanya sebab Allah tak pernah silap mengatur jodoh.” “Aku mungkin tak dapat orang yang aku cintai tapi Tuhan ganti dengan sahabat sejati.”
* * * * * * * * * * * * * *
“Kenapa sedih?” “Eh. Siapa cakap aku sedih?” “Tu. Makan aiskrim waktu hujan.” Pandang dan senyum kelat.
“Tahu apa maksud iman?” *Jeda*
“Mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.” *tiada respond*
“Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas. Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.”
“Kau tak tempuh apa yang aku lalui. Kau tak rasa apa yang aku rasa.” Nada mendatar. “Aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Aku mungkin tak lalui apa yang kau dah lalui. Bak kata kau, dunia setiap orang tak pernah sama. Tapi entah macam mana, aku yakin kau mesti boleh tempuh dan rempuh masalah tu. Keep being strong. Mana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-insyirah: 5-6)”
“Things are easier said than done.” “Aku tahu tiada kata-kata yang boleh hilangkan keresahan kau. Tapi aku boleh teman kau walk through it. Sebab kita kawan Lillahi Taala. Kuatlah seperti selalu. Walau terkadang rasa tak mampu.”
“Aku tak kuat.“ “Tahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat.”
“Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Yang dalam diam, kau sendiri jadi penguat untuk orang lain walau kau sendiri terkadang tak sedar hakikat itu.” “Kau akan jadi kuat, lebih kuat dari aku.”
Awak, banyakkan senyum. Senyum itu terapi jiwa. Dah lama saya tak nampak awak senyum. Macam dulu-dulu. Tolong senyum macam tu lagi. Bersemangat dan bercahaya.
* * * * * * * * * * * *
“Sepanjang kita berkawan ni, aku pernah buat kau terasa hati tak? “Bukan sahabat kalau tak pernah makan bersama, tidur bersama buat perkara gila-gila dan bergaduh manja. It is just to prove that the friendship is strong enough to survive.” *Jeda* “After all this, I still and will love you more. Sahabat sejati takkan pernah berubah hati.”
“Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.” “Sahabat akhirat tu bila dia langsung tak kisah kau cari dia hanya waktu kau susah.
* * * * * * * * * * * *
“Alhamdulillah. Hujan.” Senyum. “Kenapa kau suka hujan?”
“Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.” “Lagi?”
“Iya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia. Tangan ditarik.
“Eh! Apa ni apa ni!” “Jom main hujan!” Kenyit mata.
“Taaakkkk naaaakkkk!!”
Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan. Maka, percaya dan yakin pada Allah. Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.
* * * * * * * * * * * *
Aku lihat langit. Cerah. Tapi kenapa aku rasa hati aku yang ‘hujan’?
Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?
Kenapa kau yang ‘pergi’ tapi seolah-olah aku yang ‘mati’?
Apa yang sama antara kau dan hujan? Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku. Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.
Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.
Sahabat. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini. Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati. Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori. Kau, Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.
Al-fatihah buat yang dirindui mahupun yang telah pergi.
Halo kakak, boleh minta follbacknya??? suka baca postingannya ... salam, Perkamen Putih
Udah.
Followback yaa
Udah.
Melalui tulisan, aku lebih bebas meluahkan rasa. Semoga rasa ini akan merasakan dirimu juga.
"Agak-agak, kalau aku sebuah pokok, apakah usia aku kini?"
“Sayangnya kau bukan pokok. Kau manusia. Tidak sama pokok dan manusia “, jawab Dipsy dengan selamba.
Dipsy, sahabatnya Lala. Teman berbual dan teman sepak terajang. Indah dan susah, mereka bersama.
Pernah Lala ajukan pada Dipsy satu masa dulu.
"Lebih baik dunia ini hanya ada tiga musim. Biar Musim Sejuk disisihkan. Sebagaimana Sang Kucing disisih dari Zodiak Cina." Dipsy menggeleng kepala tanda tidak setuju.
"Mengapa?" Tanya Lala mahukan penjelasan.
“Andai engkau cuma ada hangat dan panas sepanjang waktu, apa mungkin kau boleh belajar mencintai kesegaran musim bunga? Tidak bukan? Akan tiba suatu hari, kau membenci pula sinar matahari dan mencari serta merindui kedinginan dari Musim Sejuk. “
“Sakit, susah, benci, dan sedih yang hadir itu bersebab. Agar engkau belajar mencintai dan menghargai sekecil-kecil sesuatu perkara. Nah, lihat sahaja kita berdua. Sudah berapa banyak kali kita bergaduh? “sambung Dipsy.
"Err… Berjuta zillion?"
“Alhamdulillah. Masih lagi elok hubungan kita bukan. Bahkan kita semakin erat, kerana kita semakin memahami. Tak kenal maka tak cinta. Hahaha “. Dipsy menamatkan hujahnya dengan dekah ketawa.
Lala menggelamun sejenak. "Begitulah juga kira untuk dunia. Betapa ramai manusia mengharap agar biarlah hilang segala kesedihan dan duka di dunia. Biarlah yang membalut dunia ini hanya kegembiraan. Namun bagaimana ingin rasa gembira jika rasa sengsara atau duka pun tidak pernah? Kita kenal apakah perilaku yang baik, kerana kita pernah berdepan dengan perilaku yang buruk."
"Kita kenal apakah itu perasaan lapar, kerana kita pernah merasai kenyang." Cantas Dipsy.
"Dan adakalanya kita membenci, dan dengan ketiadaan rasa benci itu barulah kita tahu inilah perasaan suka. Bergitu?" Sambung Lala. Sambil senyum sumbing memandang Dipsy.
"Yes, you get it!" Sahut Dipsy bersambut deraian tawa Lala.
Seumpama hadir musim bunga memberikan harapan kepada pokok-pokok selepas lama berteduh dalam kelesuan musim sejuk.
Ini lambaian terakhir. Di mana mimpi-mimpi semalam kan berakhir. Di mana hati yang baru kan menumbuh. Di mana segala kenangan tak dapat diselamatkan lagi. Di mana kisah cintaku kan beterbangan pergi. Di mana cerita lalu akan berlalu. Semua akan mati. Semua akan pergi. Mana yang kembali mungkin yang belum mati, mereka cuma pergi. Tapi yang ini aku pasti takkan datang lagi. Terus pergi. Selamat tinggal 2013. Jalan baik-baik. Yang berlalu biarkan berlalu. Jaga-jaga! Sedang kau kendong kisah ku yang berat! Kisah kenangan. Terima kasih untuk duri dan sakit kau beri. Terima kasih untuk air mata malam hari. Terima kasih untuk masa jatuh ku kau masih mau bangunkan aku. Terima kasih untuk cinta. Untuk kasih dan sayang. Untuk keluarga. Untuk persahabatan. Terlalu banyak cerita. Terlalu banyak pengajaran. Terlalu banyak pengalaman. Tengok, aku sudah dewasa! Tetap aku berdiri untuk terus berjalan. Terus aku akan kuat dengan itu. Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih. 2014. Aku enggan mencipta harapan. Aku enggan mengimpikan impian permata. Aku pasti akan ada ujian menanti. Aku pasti jalan ku lalui nanti kan diuji lagi. Aku pasti ada duri dan sakit lagi. Aku pasti jerih dan airmata Aku tahu, dan aku sedia harungi. Aku tahu, ianya tidak akan berhenti. Ya, aku sudah siap. Untuk terus berjalan! -Catatan lama aku 311213 Batu burok. ** 2015. Muka surat 1 dan seterusnya. Per 365. Sedang aku jejaki. Selamat tinggal duka 2013. Selamat tinggal lara 2014. Selamat tinggal bayang-bayang indah. Dongak wajahku. Lembaran episod baru kehidupan. Ada sinar menanti. Yang pasti. Yang penuh misteri. Ujian itu, tidak akan berhenti Ukirkan senyuman. Gengamkan tangan. Teruskan berjalan. Bismillah.
:'(
Did you know how much i love you?
I heard about love I read about love But I never knew love Until You
(via pimpmyycamel)
Sweetttt