LAMBAT BUKAN KALAH & MODAL PERCUMA ADALAH USIA
Lambat bukan alasan mutlak untuk mengalah. Lebih baik lambat daripada tiada hasil langsung.
🍬 Lambat ke kelas lebih baik daripada tak datang kelas.
🍬Lambat menyimpan lebih baik daripada tak menyimpan.
🍬Lambat sampai lebih baik daripada tak sampai.
Lagipun semua kita memakai kasut yang berbeza. Highway yang kita lalu juga lain lain. Sesetengah hal bukan sebab lambat cuma belum lagi tiba waktu yang tepat. Boleh jadi juga sebab ada hal yang lebih baik selayaknya untuk kita di jam ini.
Jadinya kita perlu ingat. Masa adalah modal percuma terbesar kita. Kita pun tak tahu berapa banyak lagi modal yang kita ada. Modal yang ada kita manfaatkanlah sebaiknya. Jangan mengalah walau belum capai macam orang lain. Jangan terlalu lama berhenti meratap sampai kita lupa kita semua masih ada sisa modal untuk diperjuangkan. Jangan biarkan ianya habis begitu sahaja ditelan waktu.
Kadang kita tak sedar ada untung yang kita tak jangka dalam setiap modal yang kita laburkan. Maka itulah yang terbaik yang Tuhan telah aturkan. 🙃
















