Sebagai pelopor kepada pengeluar produk semulajadi, Tasneem Naturel turut mengeluarkan minyak telon yang mengekalkan elemen tradisi iaitu dengan menggunakan minyak kayu putih (eucalyptus).
Kandungan dan gabungan minyak pati ini berfungsi untuk mencegah jangkitan virus dan juga jangkitan kulat. Selain itu, anak kecil juga sering mengalami kembung perut dan akan menyebabkan mereka meragam dan tidak selesa. Tidur mereka juga turut terganggu dan akan merunsingkan ibu ayah. Oleh itu, penggunaan minyak telon stommy akan melegakan bukan sahaja perut si manja tetapi ibu ayah juga tidak risau lagi.
Pstt, yang pasti Stommy Oil tidak panas seperti minyak telon lain.
Sangat sesuai untuk bayi baru lahir!











