Pengumuman Rasmi 17hb April 2021 Pada 13hb Apr 2021, Pihak Syarikat Soon Heng Tyre telah menerima sebuah mesej daripada Syarikat GT Loan, katanya bekas pekerja Soon Heng Tyre telah melarikan diri dengan wang yang dipinjam kepadanya secara peribadi, sebanyak Rm5000. Dengan ini, pihak pengutip pinjaman (GT Loan) telah diberitahu bahawa pekerja tersebut telah lama berhenti kerja dan pekerja tersebut juga berhutang kepada Majikannya, Soon Heng Tyre. Walaupun pinjaman peribadi tersebut adalah antara Bekas Pekerja dan Pihak GT Loan, Soon Heng Tyre telah menerima beberapa gambar yang cuba memburukkan nama baik Soon Heng Tyre sedang dikongsikan di sosial media termasuk Facebook dan Whatapps group iaitu menuduh Pihak Soon Heng Tyre telah berhutang dan enggan membayar. Selain daripada itu, pihak pengutip wang juga menggangu Pihak Soon Heng Tyre dan keluarganya yang juga tidak bersalah ini. Soon Heng Tyre adalah sebuah kedai tayar yang dikenai jujur dan rajin memberi perkhidmatan kepada warga Tanjung Malim, tanpa mengira Hari Ahad dan cuti Am. Soon Heng Tyre menpunyai trak rekod yang baik dan perhubungan yang rapat dengan semua pembekal, dan pengilang. Oleh itu, Soon Heng Tyre menafikan sekeras-kerasnya bahawa Soon Heng Tyre tidak pernah, ataupun menpunyai sebarang hutang pada sesiapa pihak sama ada peribadi ataupun syarikat. Soon Heng Tyre juga adalah mangsa di dalam insiden ini. Soon Heng Tyre berterima kasih kepada warga Tanjung Malim, kawan kawan, para pelanggan dan pembekal- pembekal atas sokongan dan keyakinan pada kita. Soon Heng Tyre telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan. Dengan pengumuman ini, pihak syarikat harap warga sosial media dapat info yang tepat dan benar. Pihak Soon Heng Tyre berhad mengambil tindakan undang undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawap supaya melindungi nama baik syarikat, pekerja-pekerja dan ahli keluarganya. Soon Heng Tyre juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru Orang awam dan pemilik bisnes supaya terus berwaspada kepada kes seperti ini, sila melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sekiranya perkara tersebut juga berlaku kepada saudara- saudari. Sekian. (at SOON HENG TYRE,SPORT RIM&CAR SERVICES (顺兴轮胎)) https://www.instagram.com/p/CNzvYdehOd6/?igshid=1hj0v0ls4gfi5












