Perkahwinan itu Satu Perjanjian
Sekarang tersangat-sangatlah mencanak ye isu perkahwinan dan perceraian akibat yang pasti masyarakat taktahu kesahihahannye cuma tahu fakta yang mereka sudah tidak ikatan lagi je. Aku seram bab2 cerai ni. Yes, Tiada perkahwinan yang indah dan sempurna, ada masa jahat, ada masa baik, ada masa gaduh, ada masa baik-baik. Hatta hal kecik pun boleh terus melarat-larat sampai jadi besar bila yang kecik tibe-tiba dikaitkan dengan hal lain yang menyakitkan. Masing-masing tak nak mengalah. Ya looo.. Perkahwinan pun tidaklah selalu bahagia, ada tahap sampai nak cerai pun ada dah banyak kali tapi nasib baik tak sampai jadi disebabkan ada nya perbincangan walaupun dalam keadaan hati tengah sakit. Sejujurnya, sejahat-jahat aku, seburuk-buruk aku, aku still sayang suami aku looo... AKu just emosi tak tentu pasal. Kalau suami aku pandai pujuk, takde lah melarat-larat sampai nak jadi macam kes sekarang ni. Aku takut cerai tapi bila buat hal tak takut pula. Dia macam, hubungan suami dengan isteri aku anggap takkan terpisah, ikatan yang kuat sebagaimana ikatan anak dengan mak ayah. Seteruk mana pun derhaka kat mak ayah, still kita sayang mak ayah, still tak nak kehilangan mak ayah walaupun berbanyak kali kita buat perangai. Macam tu laa perasaanya bila dengan suami. Perangai kita macam budak2, banyak kerenah, mengada-ngada, emosi sampai tahap menyakitkan hati, kalau dapat suami penyabar layan perangai kanak2 ni takpelah. Kalau dapat suami baran, memang auto naik tangan. ITu kalau dah sampai tahap mendera tu memang cerai lah citernya. Yes, kadang memang salah isteri suka provok tapi tahu tak, sejahat-jahat seburuk-buruk isteri, isteri selalu mendoakan perubahan yang baik untuk suami dan isteri. Isteri kadang dalam hati mengaku je salah sendiri, tu sebab doa dan mengadu pada Allah, tak nak tunjuk mengalah dengan suami. Kadang isteri pun tak nak turunkan ego lagi nak melawan adalah tapi bila solat, jauh di sudut hati, Allah lembutkan hati untuk doakan keselamatan keluarga, suami, dan isteri dan anak. Dalam hati, time solatlah tibe2 lembut hati minta pada Allah supaya suaminya berada dalam perlindungan-Nya. Berbalik pada kes cerai/pergaduhan suami isteri hari ini yang disebarkan secara privasi oleh pemilik sendiri, yes, kita belajar, sekaya-kaya sebahagia mana pun diorang tunjuk pada masyarakat melalui social media, tidak kita ketahui apa yang terjadi di sebalik tadbir. Kadang sedih juga, perkahwinan yang dibina bertahun-tahun dan dah beranak pinak pun akhirnya terlerai jugak ikatan yang sah itu dengan satu lafaz yang dibenci Allah. Nak buat macam mana, alasan kita sebagai manusia yang lemah, tiada seperfahaman, tidak mahu melakukan dosa lagi. Sebab isteri sebenarnya senang dapat dosa tau bila dengan suami. Suami tolong lah sikit isteri, jangan bagi isteri naik angin naikkan suara, jangan jadi suami dungu. Kau rasa hebat ke buat isteri berperangai macam tu? Tak kasihan kat isteri, isteri tertinggi suara sikit dah jatuh derhaka, isteri buat muka toya sikit pun dah dosa, apa2 lah yang menyakiti suami senang2 je dapat dosa, isteri merungut pasal apa dia dah buat selama ni pun terus lebur segala pahala dia begitu saja sebab mengungkit depan suami. EHHH, isteri bukan saja2 tau mengungkit, kita nak bagi suami ingat, tolonglah hargai kepenatan isteri. Tombol pintu pun boleh buat gaduh, kain jatuh pun boleh buat gaduh tau. Sebab apa isteri marah? Dia bukan marah pintu, bukan marah kain tu tapi dia melepaskan emosi nya ke situ padahal dia sedang penat. Tadi mengemas kat dapur, dah tu nak masak pulak. Masak bukannye tak penat, nak hiris bawang satu2, sayur nak kene basuh satu2, pagi2 dah kene fikir ayam ikan beku nak kene keluarkan awal2 tengah hari kang nak masak, pagi2 dah fikir eh anak lapar nanti nak sarapan apa untuk baby. Dapat pulak suami yang jenis kerja keluar pagi balik malam. Suami dia dapat je membantu tapi lelah sikitlah. Kadang ada suami bukan jenis keje ofis keje duduk2, dapat suami kene pergi sana sini bawak barang, balik mesti dah lelah. Kita isteri mestilah kesian tapi kita tolonglah.















