RAYA 2021
Rancangan awalnya, raya tahun ini disambut sekali dengan majlis pertunangan.
Sempena nak sambut dua hari gembira itu aku belilah baju baru untuk semua sekali dengan tema ungu kelam. Cuma sebab kita beli melalui online saja, jadi warna baju itu tak berapa sama. Ada yang terlebih terang. Ada yang lebih gelap.
Dan ikutkan baju tunang aku nanti mahu disekalikan saja jadi baju raya. Tetapi nanti macam tidak spesial pula pakai dua kali. Jadi aku beli juga satu kurta yang sedondon dengan adik lelaki aku. Biar nanti bergambar pun cantik. Sama.
Tetapi akhirnya.. PKP. Allahu. Raya tidak jadi. Tunang pun tidak jadi.
Majlis tunang ini sebenarnya dah ditunda dua kali tarikhnya. Sejak dari bulan dua, ke bulan tiga, kemudian putuskan untuk buat bulan Syawal, kemudian ternyata kena tangguh lagi.
Tidak apalah, ia sekadar majlis. Kalau ikut hukum sudah dikira bertunang dah pun. Dua-dua sudah sama setuju untuk bernikah. Itu sudah cukup. InshaAllah.
Maka raya tahun ini kita raya sendiri-sendiri saja. Tidak ada acara maaf-bermaafan dan sesi hulur duit raya. Tidak ada acara sarung cincin dan bertukar barang hantaran.
Berpagi-pagi dengan takbir raya yang aku buka di Youtube, mandi, mengenakan kurta baru, keluar cari tempat solat sampai lupa mencicip makanan, dengar khutbah, bergegas ke rumah majikan sebab dia ajak makan (tahu aku tak masak), hantar makanan ke rumah kakak sepejabat, pergi centre makan berdua dengan guru part-time.
Selesai.
Semoga Allah SWT terima amal ibadah kita di bulan Ramadan tahun ini. Dan moga Allah SWT pertemukan kita kembali dengan bulan Ramadan pada tahun depan.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ












