It's my 12 year anniversary on Tumblr 🥳
- Hi Tumblr. I miss you!
art blog(derogatory)
Not today Justin

oozey mess

#extradirty

★

PR's Tumblrdome
Stranger Things

JBB: An Artblog!

Andulka
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
Misplaced Lens Cap
Acquired Stardust
DEAR READER
One Nice Bug Per Day
dirt enthusiast
YOU ARE THE REASON
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH
i don't do bad sauce passes

izzy's playlists!
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year
seen from United States
seen from Spain
seen from United States

seen from United States

seen from Germany

seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Türkiye

seen from United States
seen from Israel
seen from Germany

seen from United States

seen from Germany
seen from Italy
seen from Malaysia

seen from Israel

seen from Canada

seen from United States
seen from Germany
@arifputera07
It's my 12 year anniversary on Tumblr 🥳
- Hi Tumblr. I miss you!
Setiap orang pasti akan mendapatkan ujian, dan ujian yang paling berat biasanya datang dari yang paling dekat. Ayah atau ibu, pasangan, anak, teman dan semua yang dekat.
Yang diminta Allah itu bukanlah kita keluar dari ujian dan masalah, bukan pula menyelesaikan masalah yang ada. Bukan, bukan itu.
Allah hanya ingin kamu kembali pada-Nya, hanya menghamba pada-Nya, dekat dengan-Nya, dan semua yang diprioritaskan hanyalah Dia. Karena adanya ujian dan masalah itu sejatinya untuk mengembalikan fitrah kita pada.
Coba deh kamu lihat lagi, kira-kira hubunganmu dengan Allah bagaimana hari-hari ini? Gapapa jika harus menangis dalam doa dan rintihnya pengaduan, sebab Allah suka dengan itu.
Allah dekat, Dia bisa melakukan segalanya, apalagi jika hanya untuk hidup dan duniamu yang kecil ini.
Mari, kita tumbuh bersama dalam iman dan takwa, aku dan kamu.
@jndmmsyhd
30 Tahun Usiaku
Memasuki tahun 2024, hal yang banyak buat aku merenung adalah menatap umurku yang hampir menjejaki sepertiga abad.
Tinggal berbaki 1 bulan lagi akan genaplah 30 tahun aku menghirup udara dunia kurniaan Tuhan ini. Dan selama 30 tahun usiaku yang berlalu apakah perkara yang sudah aku lakukan yang boleh buat aku berbangga?
Tidak ada. Malah banyak hal yang lebih aku kesalkan kerana 30 tahun usia yang Tuhan pinjamkan ini aku tidak manfaatkan dengan baik. Rasa terbuang begitu saja.
Maka tinggallah baki 30 tahun lagi yang perlu aku usahakan untuk merubah kebiasaan hidup yang tidak bermakna ini, kebiasaan yang langsung tidak menghasilkan apa-apa buat mengisi kantung penghidupan "negeri" di seberang sana.
Setelah mendekati umur sebegini baru aku dapat merasakan bahang pintu kematian.
Baru aku tersedar tentang hakikat kesementaraan kehidupan ini bahawa segalanya akan berlalu.
Apa pun yang kau lalui biar itu kesedihan mahupun kebahagiaan, akan kau lupa. Nikmat, sakit dan penatnya pasti akan beransur-ansur hilang.
Kerana segala perkara itu sementara, maka perlu apanya kita beriya-iya mengejar? Dan kerana kehidupan di dunia ini sementara, sangat tidak masuk akal kalau kita biarkannya tanpa sebarang bekalan.
Dari situ, aku memohon Tuhan untuk menuntun langkah aku untuk berubah. Berdikit-dikit membaiki apa yang salah, berdikit-dikit menambah perkara yang kurang, berdikit-dikit menyederhanakan rasa cinta pada apa-apa yang aku (sangka) aku miliki.
Moga 30 tahun yang berbaki ini (jika takdir berbaik hati memanjangkan usiaku), langkahku tidak sesat untuk terus-menerus mendekati-Nya, sampailah nanti malaikat maut menjemput.
Tanda Kebijaksanaan
Memiliki ilmu yang separuh masak lebih berbahaya daripada orang yang tidak berilmu sama sekali.
Kerana orang tidak berilmu cenderung untuk belajar dan bertanya. Namun orang yang baru merasai nikmat ilmu cenderung untuk berkongsi sedangkan kefahamannya terhadap ilmu tersebut belum cukup sempurna.
Bahayanya pada ketika dia merasakan tiada penjelasan lain berkenaan ilmu tersebut selain daripada apa yang telah disampaikan padanya. Maka dengan mudah dia mengatakan orang yang menyelisihi pengetahuan dengannya salah padahal boleh jadi dia betul dan orang itu pun betul.
Sebab itu salah satu tanda kebijaksanaan adalah sedar akan kejahilan diri. Biarpun kita tahu sesuatu, kita sedar hakikatnya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu.
Perempuan & Penceraian
Ibu-ibu kita dulu apabila masuk ke alam perkahwinan, mereka tidak ada kesempatan untuk berpatah balik jika rumah yang mereka masuki itu menyeksa jiwa. Menjadi perkara yang taboo waktu itu jika ada isteri yang meminta cerai daripada suami mereka. Masyarakat kejiranan tentu akan memandang seolah ada label "isteri derhaka" ditubuhnya.
Maka demi menjadi nama diri dan orang tua, kentalnya jiwa ibu-ibu kita ini, mereka bertahan bersama pasangan yang dijodohkan buat mereka bertahun-tahun meskipun tidak ada rasa cinta. Dan anak-anaklah yang buat mereka kuat menjalani hidup yang keseorangan itu. Menjadi pengubat duka lara.
Terbalik pula keadaannya pada generasi penerus mereka. Kita akan melihat pemandangan yang 180 darjah.
Berkat pendidikan, perempuan-perempuan pada zaman ini sudah tahu menegakkan hak diri. Mereka sudah muak dengan kaca mata agama yang sempit, yang menuntut isteri taat bagaikan hamba. Maka mereka pecahkan stigma bahawa penceraian bukanlah hal yang buruk jika tidak ada sakinah dalam rumah tangga yang dimasukinya. Penceraian dapat mengelakkan perempuan hidup terseksa bertahun-tahun.
Ia perkara yang baik.
Namun sebagaimana sifat "kuasa" itu cenderung menjadikan manusia korup, maka kuasa "penceraian" yang diperoleh kaum perempuan hari ini haraplah digunakan dengan bijak (wise). Tekan butangnya apabila benar-benar perlu dan jadikanlah ia jalan penyelesaian terakhir.
Suami Isteri (2)
Idealnya suami isteri harus hidup jauh dari orang tua untuk mengelak dari sebarang pertembungan . Selagi orang tua masih di dekat, agak susah untuk kita membuat apa-apa persepakatan tanpa melibatkan orang ketiga. Meski kadang suami isteri tidak ada masalah dengan perkara-perkara yang tiada dalam rumah tangga mereka, orang tua pula yang sibuk hendak mengadakannya.
Maka untuk menjaga hati, suami isteri berusaha menurut. Akhirnya suami mahupun isteri tidak ada kuasa kendali terhadap rumah tangga mereka sendiri. Semuanya perlu mendapat persetujuan orang tua. Perkara ini, yakni campur tangan orang ketiga dalam rumah tangga ini sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu hubungan yang harmoni antara suami isteri.
Misalnya jika ada kelemahan pada diri isteri, suami bisa saja menerima. Dan jika ada kekurangan pada diri suami, isteri pun boleh saja terima. Tetapi kelemahan dan kekurangan ini pula belum tentu dapat diterima oleh orang tua. Kadang beza cara masak pun boleh jadi masalah! Maka ia akan mendesak supaya anak menantunya "memperbaiki" keadaan tersebut.
Dilema ini membuatkan suami atau isteri rasa tersepit. Tidak tahu perlu perlu berbuat macam mana. Antara orang tua dan pasangan, siapa dulu yang perlu didahulukan. Akhirnya mereka bergaduh dengan masalah yang bukan berpunca daripada mereka pun.
Suami Isteri (1)
Suami apabila sering bertanya itu ini pada isteri sebelum ia berbuat sesuatu atau sebelum ia ingin menetapkan suatu keputusan, itu bukan satu bentuk pinta keizinan. Hanya saja si suami itu prihatin terhadap isterinya. Ia mahu isterinya senang dengan apa yang dia lakukan. Bimbang nanti isterinya rasa dibelakangi. Maka dia bertanya.
Kebiasaan ini akhirnya merubah dinamik "kekuasaan" dalam rumah tangga apabila para isteri melihat suaranya miliki pemberat yang dapat mengatur hala tuju keluarga. Sehingga adakalanya isteri merasakan kedudukannya berada di atas suami pada keadaan-keadaan tertentu. Jika sebelum ini si suami bertanya kepadanya meminta pendapat, kali ini si suami tidak bertanya pun dia sudah dengan keras menyatakan ketidaksetujuannya.
Malangnya ketika situasi ini berlaku si suami tidak mampu menegaskan kedudukannya sebagai pembuat keputusan yang sebenar. Malah sebaliknya menurut kehendak si isteri atas alasan sayang dan menjaga hati. Kalau disiasat lebih mendalam sebenarnya si suami hanya ingin elakkan konflik dan drama yang tidak perlu. Daripada melayani kerenah kaum perempuan yang menyerabutkan fikiran ada baiknya diiyakan saja.
Maka lahirlah keadaan di mana kononnya "suami takut bini" dan "isteri selalu betul". Padahal yang sebenarnya "suami malas cari masalah" dan "isteri selalu nak menang".
Persoalannya bagaimana kita dapat menterbalikkan keadaan ini dan mengembalikan peranan suami kepada asal?
Untuk Apa Kita Jalani Semua ini?
Pernahkah sesekali kita memikirkan, mungkin ketika kita sedang duduk berteleku sebentar di tikar sejadah selepas solat, atau mungkin sewaktu kita berjalan berseorangan keluar sekadar mengambil angin; apakah sebenarnya yang sedang kita lakukan di dunia ini?
Saya jamin, pernah.
Dalam menginjak usia kehidupan, tiap-tiap fasa dari umur kita akan wujud cita-cita kecil yang ingin kita gapai. Waktu kecilnya kita, kita menginginkan kehidupan orang dewasa dengan nikmat kebebasan yang mereka miliki. Tidak perlu lagi hidup dalam kongkongan ibu bapa. Semuanya sudah sendiri.
Tapi tatkala kedewasaan itu menjengah, baru kita tahu betapa ia melelahkan. Kerana setelah semuanya sendiri, maka tidak ada lagi tempat untuk menyandarkan segala permasalahan yang kita miliki. Kita yang harus selesaikannya tanpa tapi-tapi. Tidak boleh lari.
Ternyata kebebasan itu tidaklah senikmat yang kita fikirkan dahulu.
Kerana tidak tahan sendiri, lalu timbul rasa dalam hati keinginan untuk memiliki teman. Kita menginginkan seseorang yang dapat kita berkongsi kesedihan kita, seseorang yang akan berbangga dengan pencapaian kita, yang membuatkan kita rasa berharga, yang selalu menyayangi kita apa adanya.
Dan akhirnya, Tuhan kabulkan.
Ringan rasanya segala masalah di hari kita diijabkabulkan. Terasa bagaikan hati kita telah dilapangkan seluas-luasnya dan kebahagiaan pun bagai tidak henti-henti menyerbu memenuhi segenap ruang, menyudutkan segala kekusutan yang ada sampai kita terlupakan ia.
Pun setelah itu, ternyata keinginan kita belum tetap lagi habis.
Kita rasa masih belum ada yang beres. Masih ada sesuatu yang ingin kita lakukan, perlu lakukan, namun kita sendiri tidak jelas apakah perkara itu. Sampailah satu keadaan kita tertanya, apa sebenarnya yang sedang kita lakukan di dunia ini?
Untuk apa kita jalani semua ini?
Klaim Kebenaran
Klaim kebenaran oleh masyarakat beragama terhadap agama yang ia berpegang, lantas mengataskannya dari yang lain-lain, tidak meluputkan sikap toleransi mereka terhadap penganut agama yang berbeda.
Dan adalah hal yang lumrah untuk sekelompok penganut beragama mengajak manusia lain berkongsi kepercayaan yang mereka yakini, kerana begitulah sifat kebenaran, ia sentiasa ingin jadi eksklusif.
Kerana itu tatkala datangnya faham pluralisme yang berusaha menginklusifkan agama-agama di dunia dengan menyatakan semua agama ini sama benar, yang berlaku akhirnya ia melawan kepercayaan-kepercayaan agama yang ada pula, lantaran kebenaran baru yang dibawakan itu juga bersifat eksklusif meskipun yang ingin ditawarkan adalah sebaliknya.
Kebencian yang berlaku antara penganut agama yang berbeda bukan berpunca dari kebenaran yang diklaim oleh agama masing-masing, tapi dari kaedah pendekatan yang digunakan dalam mengklaim kebenaran tersebut.
Manakah antara kebenaran-kebenaran yang diklaim itu menafsirkan realiti kehidupan, merangkumi hal-hal metafisika dan sejarah, yang paling wajar sekali untuk diterima?
Hal ini tidak lain perlu diputuskan berdasarkan hujah bersandarkan sumber dan kitab agama masing-masing, dibandingkan lantas dinilai dengan neraca akal fikiran yang jernih.
Kelakuan seperti menghancur rumah ibadat, mengganggu kediaman dan pekerjaan penganut agama lain, menindas hak-hak kehidupan dan menghina Tuhan mereka, justeru adalah cara terburuk untuk mempamer dan mengklaim kebenaran agama sendiri.
Daripada situlah kebencian lahir.
Setiap ungkapan menuntut kepada konteks. Mengambil sesuatu ungkapan luar daripada konteksnya akan menghasilkan salah faham. Seperti ungkapan tentang duit dan kebahagiaan ini.
Sebahagian orang kata duit tidak boleh beli kebahagiaan. Ramai saja orang yang kaya raya masih tidak bahagia kerana tidak ada sifat syukur. Selalu menginginkan lebih. Dan tidak semua orang miskin itu derita kerana mereka ada pupuk sifat qanaah dalam diri.
Ya, betul.
Tetapi sebahagian orang yang mengatakan duit boleh membeli kebahagiaan ini bukan sebab mereka menganggap duit adalah segala-galanya dalam hidup. Melainkan kerana mereka melihat dalam hidup ini banyak benda memerlukan duit.
Nak kahwin pakai duit, anak nak sekolah pakai duit, nak sambung pengajian tinggi pakai duit, nak pergi hospital buat rawatan pakai duit, nak bersalin pakai duit, nak ada kenderaan dan rumah pakai duit. Apa saja benda di dunia ini yang tidak pakai duit?
Sebab itu berhutang adalah salah satu "kewajiban" hidup zaman sekarang ini. Hampir segala-galanya memerlukan duit.
Bagi orang miskin, mungkin hidup mereka tetap baik-baik saja kerana Tuhan mengurniakan kecukupan hasil daripada penat lelah mereka. Tetapi untuk mendapatkannya banyak perkara yang perlu mereka korbankan.
Kalau saja orang-orang miskin ini memiliki duit lebih sikit...
anak sulong mereka tidak perlu berhenti belajar untuk tampung kos pengajian adik-adik. Nenek moyang kita tidak perlu sampai bergadai harta dan tanah semata-mata untuk pergi haji. Anak-anak tidaklah selalu tidur di sekolah akibat kepenatan bantu keluarga berniaga.
Hidup mereka akan lebih senang. Hidup yang senang itulah yang dimaksud dengan bahagia.
Sebab itu apabila mendengar seseorang mengatakan duit boleh beli kebahagiaan, itu kerana dia melihat ramai orang miskin akan hidup lebih senang dan lebih bahagia jika pengagihan kekayaan dibahagikan secara lebih saksama.
Bukankah ramai orang miskin terharu bahagia apabila kita salurkan bantuan kewangan kepada mereka?
Politik dan Keluarga
10 tahun dulu, bercakap perihal politik dalam keluarga aku ini suatu yang taboo. Ia akan jadi perbalahan apabila aku mula buka mulut.
Memandangkan aku saja yang tidak gemar dengan kedudukan status quo yang dinikmati oleh regim BN sejak puluhan tahun. Apatah lagi zaman bergelar mahasiswa ketika itu memang tinggi semangat untuk "reform" kerajaan, sedangkan keluarga aku rata-ratanya penyokong kuat regim.
Kelama-lamaan, setelah makin mendewasa, aku mula tahu meletakkan posisi aku jika hendak mengulas berkenaan politik sesama ahli keluarga. Jangan menunjukkan kita cenderung kepada mana-mana kutub. Melainkan bersuara melalui sudut pandang pemerhati sahaja. Dengan cara sebegini, sedikit sebanyak aku boleh get along.
Menariknya semalam, waktu sedang hangat kami bersembang berkenaan politik sambil menjamah hidangan western di sebuah restoran di Pasir Penambang, kami perasan keluarga di meja sebelah juga khusyuk tumpang mendengar. Mata-mata mereka memang jelas menatap kami. Namun kami membiarkan saja mereka.
Mujur meja kami terasing daripada meja-meja lain. Kalau tidak mungkin semua mata sibuk memerhati.
Mataku cuma nampak kamu ❤️
Definisi "murah rezeki" 😂
Nggak Cukup Kalau Cuma Cinta Aja
Kalau kamu jatuh cinta di usia muda, simpan saja dulu. Nanti kalau sudah ketemu realita, kamu akan paham bahwa cintamu memerlukan biaya yang tidak sedikit. Biaya perasaan, biaya waktu, biaya pikiran, biaya materi. Nanti kamu akan sadar bahwa cinta yang kamu rasakan itu tidak akan cukup membawamu kepada kebahagiaan jika kamu tidak siap secara lahir dan batin. Tidak siap untuk bekerja keras, tidak siap untuk menghadapi kerasnya hidup. Dan tidak siap untuk tanggungjawab yang lebih besar. Simpan saja dulu. Sampai cukup bijak cara berpikir dan bertindakmu, sampai kamu bisa mengerti kalau rasa cinta itu takkan begitu seterusnya, ia naik dan turun. Dan yang akan menjaga semuanya adalah komitmen, komitmen kalian berdua. Karena hubungan yang sehat, adalah yang diperjuangkan keduanya, tidak hanya salah satu. kurniawangunadi
Seorang di Selangor.
Seorang di Johor.
Nak lepas rindu, kita belek-belek gambar sajalah.