New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/30/kpn-ketuai-misi-ke-kiev/
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menyertai 73 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berlepas ke Kiev Ukarine malam ini yang diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membantu siasatan nahas MH17.
Pasukan itu turut disertai oleh beberapa pegawai atasan PDRM dijadualkan berlepas pada jam 11 malam ini ke Kiev sebelum meneruskan perjalanan selama enam jam disertai 12 anggota unit forensik di Kharkiv.
“Bagaimanapun, dengan berita mengenai serangan terbaru di kawasan bergolak itu, kami akan diberi laluan selamat untuk ke lokasi nahas,” kata Khalid ketika berucap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Khalid berkata, misi itu termasuk membantu pihak polia antarabangsa menyiasat punca kejadian pesawat MH17 terhempas.
“Kami akan membantu pihak berkenaan mencari dan mendapatkan mayat mangsa dan juga bukti,” katanya sambil menambah PDRM akan terus melaksanakan misi sebaik sahaja mendarat di sana.
Pasukan terbabit akan melakukan persediaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk menyediakan jaket kalis peluru, topeng, topi kalis peluru serta bekalan lain selama seminggu.
“Anggota keluarga anggota pasukan yang terlibat tidak perlu khuatir kerana ini adalah tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
“Saya mohon agar rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kami,” katanya.