Kenyataan Media 8 Jun 2019 BANTAHAN PELAKSANAAN CAJ BAYARAN PARKIR MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR Saya berasa amat dukacita dan kecewa dengan pengumuman pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk memperkenalkan caj bayaran tempat letak kereta berkuatkuasa 1 Julai 2019 di 6,090 lot parkir sekitar daerah Kuala Selangor yang diumumkan pada 3 Jun 2019 yang lalu beberapa hari menjelang Aidilfitri. Pelaksanaan kali pertama dengan kadar yang tinggi iaitu RM0.50 sejam seperti mana Pihak Berkuasa Tempatan bertaraf perbandaran (MPSJ, MPAJ, MPKj) dilihat kurang wajar memandangkan latarbelakang sosioekonomi masyarakat di daerah ini masih ditahap rendah dan sederhana, yang terdiri daripada para nelayan, petani, buruh kampung, pekerja kilang serta kakitangan awam. Tambahan pula, MDKS masih belum dinaiktaraf kepada perbandaran. Oleh yang demikian, saya membantah tindakan MDKS mengenakan caj bayaran tempat letak kereta seawal ini, dan pada kadar tersebut. Saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak Yang DiPertua MDKS pada minggu hadapan bagi membincangkan pertimbangan untuk menangguhkan pelaksanaan caj bayaran ini serta kadar yang berpatutan diperkenalkan. YB JUWAIRIYA ZULKIFLI Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati #BukitMelawati #KualaSelangor #MajlisPerbandaranKualaSelangor #Selangor19 #DemiRakyat #MajuBersama #SelangorMajuBersama (at Kuala Selangor) https://www.instagram.com/p/ByegR0pnd6Z/?igshid=1f6qzei1lgfmv