Lari dan Sujud
Kau perlukan motivasi
Nak terus berlari untuk minat
Terus berlari untuk kesihatan
Sebab kau mendambakan kekuatan demi bersujud kepada-NYA
Kemudian kau merenung,
Berapa lama kau telah mengabdikan diri kepada-NYA
Umur dewasa telah kau tempuhi, namun
Berapa lamakah sudah kau bersujud kepada-NYA
Peringatan ustaz tentang banyaknya solat telah kau tinggalkan
Membuka mata, menembus benak, menyesakkan dada kau
Sekarang sedarlah kau, betapa kau ketinggalan…
Tujuh belas rakaat setiap hari, berlalu begitu sahaja
Betapa bertahun kau tinggalkan,
Adakah kau tahu DIA sentiasa menunggu dan menunggu bila kau akan
sedar diri
Bila kau akan kembali membayar hutangmu kepada-NYA
Lupakan larian untuk kesihatan,
Perbanyakkanlah sujud kepada Yang ESA,
Betapa bertahun kau tinggalkan, kiraannya bermula sekarang
Bayarlah hutang-hutangmu kepada-NYA
Yakinlah, kesihatan akan lari datang kepada kau…












