Suka mengawas diri
Wahai jiwa! Tiada apa pun yang boleh disesalkan selepas mati,dan tiada tempat tinggal lagi selepas kehidupan dunia ini kecuali tempat tinggal di syurga ataupun tempat tinggal di neraka. Kini pilihlah buat dirimu,jika mahu taat nescaya akibatnya kemenangan untuk mencapai Redha Allah, dan tinggal berkekalan dalam syurgaNya yang panjang luas. Kemudian berjaya memandang Wajah Allah Yang Maha Mulia lagi banyak budinya. Dan jika mahu pilih maksiat,nescayalah berakhir dengan penyesalan dan kehinaan, kemurkaan dan pengharaman, lalu dipenjara antara lapisan api neraka yang meluap- luap. (Cebisan dari Imam Al Hadad )















