Nota Isteri - PEDIH
Pemikiran manusia nyata lain-lain, kanak-kanak vs dewasa. Dewasa vs remaja, veteran vs kanak-kanak, lelaki vs perempuan. Segala apa lelaki rasa, tidak sama dengan perempuan merasakan.
Jangan ditolak kenyataan dan jangan lah terlalu bergantung kepada harapan. Mengharap hanyalah kepada Tuhan.
Isteri merajuk, jangankan harap suami memujuk kerana di fikiran suami kau mungkin penat. Inginkan kerehatan.
Isteri cemburu, jangankan harap suami menjelaskan kerana di fikiran suami, kau mungkin ingin bermanja.
Isteri sakit hati, jangan harapkan kelapangan, kerana di fikiran suami kau mungkin datang bulan, perlukan masa untuk tenang.

















