Dua minggu kemudian, Ez, bonda dan papanya pergi ke Ipoh untuk berjumpa dengan keluarga Diana. Dalam tempoh dua minggu ini juga Ez bertindak pantas memulakan rancangan berkenalan dengan ibubapa Diana. Apa-apa pun baginya perlulah mengikut adat kita. Dah la nak pinang anak orang biasa-biasa. Kalau sukahati buat cara orang sekarang ni memang kena reject la jawabnya.
Namun sepanjang tempoh ini, Ez bertukar watak seperti seorang lelaki idaman yang mahu dibuat menantu. Baik budi pekertinya, tutur katanya dan segala apa yang diceritakan kepada orang tua Diana tentang dirinya semua indah belaka. Yang penting baginya, kena ikat hati ibubapa Diana.
Malam itu, cepat-cepat Diana balik dari KL ke Ipoh selepas mendengar berita pinangan itu dari ibubapanya. Dia menumpang rumah kakaknya sementara nak dapat kerja di KL. Sebelum gerak, kaklongnya pun sempat pesan "Apa-apa pun Diana buatlah decision yang kau rasa terbaik untuk kau dan semua orang".
- - - - - - - - - - - - - - - -
"Apa ni mama, papa ?! Entah sape-sape dia tu.Sumpah Diana tak pernah kenal dia." Diana mencampak gambar Ez kat atas meja.
"Iya betul. Memang dia kata Diana tak kenal dia. Tapi dia kenal je Diana." Encik Naufal mencelah. "Papa tengok dia pun okay. So, why not."
"Takkan tak berkenalan dulu ke, nak kenal betul-betul. Entah dia baik ke tak. Takkan nak kahwin camtu je."
"Alah kalau dah confirm nanti berkenalanlah."
"Kalau dah confirm macam tu ma baik takpayah berkenalan." Mamanya terdiam.
Diana tenung melihat mama dan papa. Diana tahu papa tersepit sebab Tengku Aizuddin tu cucu Tengku Rahman. Mama pulak mengharap dia kahwin sebab mama tahu Diana tak seperti kakak-kakaknya. Mereka sudah berkahwin dengan pilihan hati masing-masing.
Berbeza dengan Diana, yang tak punyai teman istimewa sejak putus hubungan dengan Hakeem. Lelaki yang dia sangat menaruh harapan yang akhirnya tinggalkan dia dengan alasan cliche 'Awak terlalu baik untuk saya'. Sejak itu memang Diana tak pernah terbuka hati untuk sesiapa. Dia penat.
Diana cuba bersuara semula "okay.." Encik Naufal dan Puan Rozita bertukar wajah bersinar.
"I mean, okay give me some time to think and make decision. Mama papa tahu kan this is not an easy thing to decide."
Mereka bertukar wajah biasa semula. "Okay sayang. Tapi berapa lama Diana perlukan?".
"One week,.....emm maybe"
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di dalam bilik, Diana terbaring sambil menghela nafas yang panjang. Penat drive dari KL, pastu dengan berita yang tak pernah dia sangka akan jadi secepat ini. Kerana dia baru sahaja tamat pengajiannya 5 bulan lepas. Kerja pun belum dapat.
Dia mula bergerak ke meja dan ambil phonenya. Sambil baring di atas katil dia buka gambar yang mamanya send tadi. Gambar lelaki yang entah sesiapa tiba-tiba muncul dalam hidupnya malah ingin berkahwin dengannya.
Dia tergelak sendiri. "Kau ni ingat ni zaman dulu-dulu ke main kawin je dengan orang tak kenal". Dia tutup semula phonenya dan ingin melangkah ke bilik air.
'Eh jap'. Diana berhenti melangkah. Diambilnya semula phone dan buka semula gambar Ez. Dia renung dalam-dalam gambar itu. 'Apesal macam familiar'.
Air muka Diana berubah. "Shit!"
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka. Thank you !