Malam itu Diana tak dapat tidur lena. Jenuh dia pusing kiri pusing kanan. Sebab otak sibuk memikirkan kenapa lelaki itu nak berkahwin dengannya.
'Aduhhh dia dengar ke time aku mengumpat tu?'
'Jap, ke memang niat dia nak kahwin dengan aku'
'Ke dia memang berkenan kat aku masa nampak aku. Kahkah. Apebenda kau perasan ni.'
Keesokan harinya, selepas sarapan dengan mama papa, Diana duduk di kerusi luar melihat kolam air ikan di halaman rumahnya. Tingg!. Ada bunyi mesej Whatsapp masuk dalam phone Diana. Dia tengok screen phone, "Siapa ni, tak kenal pun nombor ni".
Of course la dia curious kan, Diana pun bukak mesej tu.
'Hi Diana. Mama papa dah cerita kat u ? So how do u find the news?'
Sepantas mungkin terus dia bukak profile picture sender tu. Ciss Ez rupanya. Salam tidak, introduce nama tidak, siap panggil mama papa. Tapi, memang Diana shaking terus lah. Sebab fikir nak reply apa. Ye lah, lelaki dia tak kenal kot. Pastu tetiba pinang dia.
'Ya, tak kenal dan tak pernah kenal. Okay, so I'll make it short. Why me?'
'I don't need any reason for that.'
"Woii bapak kerek dia ni", Diana geram.
'Kita tak pernah kenal. Our path never crossed to each other. So, why you choose me?'
'Yes i admit it is so random that I choose you and it is not a problem kan ? Not everyone need to get marry with someone they know. U anggap je la mcm matchmade. So what you've said to your parents?'
'Alright. Good. Hope to see a good news'
Diana biar tergantung tak reply dah. "Ei acah kenal aku je dia ni." Dia menghelakan nafas panjang. "Apa bendalah semua ni?" Diana tertanya aturan Ilahi untuknya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Seminggu itu sangat cepat berlalu. Diana tak pernah skip solat istikharah sepanjang tempoh itu. Dia tahu dalam situasi ini hanya Ya 'Alim sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk dirinya.Namun, hatinya masih berbolak balik. Tetapi kalau ikutkan hatinya dia mahu papa dan mama gembira dan dia tahu mereka berharap aku bersetuju dengan lamaran ini.
'Ya Allah Ya Tuhanku. Ya Rahim Ya 'Alim. Sesungguhnya engkaulah paling mengetahui dari yang mengetahui. Tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku membuat keputusan. Redhakan hati aku dalam membuat keputusan. Amin ya rabb.'
Diana menarik nafas panjang.
'Okay Diana. You can do this.'
Dia melipat telekungnya. Tekad berjumpa mama dan papa di bawah. Hatinya berdebar kuat. Rasanya inilah paling kuat dia rasa jantungnya berdegup kerana risau dengan keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dalam hatinya dia ada satu keputusan yang tetap yang ingin disampaikan kepada ibubapanya.
"Diana....setuju mama,papa."
"Betul ke ni?!" Nada mama jelas gembira.
"Yaaa betul. Mama papa happy ke tak? Kalau tak, Diana tak kisah tolak pinangan dia." Diana saja berbolak balik.
"Eh kami okay je kalau Diana decide apa pun", jawab papa.
'Eleh papa ni cakap je la happy kan'.
Entah kenapa Diana tenang buat keputusan ini. Dan dia happy tengok papa dan mamanya happy.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Dalam tempoh dua bulan, majlis perkahwinan Diana dan Tengku Aizuddin di sebelah rumah Diana sudah sampai masanya. Semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. Ya lah, anak bongsu Encik Naufal dan Puan Rozita kan. Lepas ni dah tiada kenduri kahwin dah.
Saudara mara yang hadir tidak putus mengucapkan doa dan tahniah kepada mereka. Kawan-kawan Diana yang hadir ramai menyampaikan yang mereka terkejut dengan berita ini. Ye lah sebab tak pernah dengar Diana bercerita dia mempunyai teman lelaki sejak putusnya hubungan dia dan Hakeem.
Malam itu, mereka pulang ke hotel. Mereka tidur di hotel atas permintaan Tengku Aizuddin. Diana sebenarnya rasa sedih juga tapi mama dan papa pun bersetuju dengan permintaan Ez. Diana berdebar juga sebab mereka berdua saja di hotel. Kalau ada kawan takpe jugak. Diana mula fikir perkara yang orang suka buat jenaka bila cakap pasal 'malam pertama'.
'Awkwardnya. Nak mamaaa.' Diana berfikir macam-macam sambil ambil pyjamanya dari luggage.
Selepas Ez keluar dari toilet, Diana pula yang masuk. Sebenarnya dari rumah parents Diana, satu perkara lagi buat Diana tak stop berfikir. Di dalam tandas pun mulalah dia fikir lagi.
'Kenapa Ez diam je dari sejak balik dari rumah tadi?'
Alahh kenapalah dah kawin kena fikir pulak pasal pasangan kita.
Setelah selesai membersihkan diri, Diana keluar toilet. Dia mengintai tengok Ez.
'Lahh dah tidur ke. Hmm penat sangat kot patutlah diam je'
Diana mula naik atas katil. Tetapi langkahnya terhenti kerana terkejut melihat ada bantal disusun di tengah-tengah katil.
'Eh kenapa Ez buat macam ni?' Hatinya mula tak sedap.
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka :)