#Repost with @Repostlyapp @arent.354 Bismillah :) . . . . . #arent354 #quotes #believeinallah #katapenuhmakna #selfreminder #reminder #renungan #darihatikehati #menatahati #deepwords #kehidupan
seen from Türkiye
seen from Saudi Arabia
seen from China
seen from Türkiye
seen from United States

seen from Malaysia
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Canada

seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Malaysia
seen from China
seen from United States
seen from Türkiye
#Repost with @Repostlyapp @arent.354 Bismillah :) . . . . . #arent354 #quotes #believeinallah #katapenuhmakna #selfreminder #reminder #renungan #darihatikehati #menatahati #deepwords #kehidupan
HIDUP AKU..
Aku bosan duduk sini. Mungkin sebab aku tak sihat lagi kot. Mata yang dah puas aku tenyeh-tenyehkan , aku talakan ke dnding putih,sebelah televisyen gantung tu. Haih,, baru 3,50pagi. Aku dah tak boleh terlelap. Rasa macam pembaziran je mak aku tempah single bed untuk aku kat hospital ni, bukannya, aman bahagia aku duduk sini, bosan adalah..
Rindu-rindukanlah diriku,
Sepanjang hari-harimu,
Sayangku..’
Walaupun dah berkali-kali ibu pesan jangan memekak dekat dalam hospital ni, tapi ada aku kesah? Aku lihat nurse-nurse sini pun macam dah tahu ‘feel’patient dia yang sorang ni. Jenis tak makan saman.nak-nak kalau dah layan lagu Rindukanlah oleh Encik Mimpi.
Modal nak menjawap ayat ibu senang jer..
“Nasib baik Kak Long nyanyi kuat-kuat, kalau Kak Long suruh abah bawakkan gitar cabuk Kak Long pergi sini, meraung 4 malam ,menengis penuh kesyahduan ibu nanti..’ ala, aku menyanyi pandai, mengaji pun pandai taw. Hukum tajwid jangan nak bual besar ngan aku. Walaupun aku tahu aku ni tak adalah nak ‘kealiman ‘sangat..
‘Menjawap.menjawap. Cakap ibu sepatah haram dia tak nak dengar...geram betul’ ibu dah mula mentazkirah ramadhankan aku..hiiahhh....
‘mulut tu terherot-herot. Apa bendalah lah yang dia membebel tu’tokok ibu geram .geram barangkali dengan sikap aku yang tak pernah nak matang, nama je budak 18 tahun, manjanya kalah adik aku, yang bru usia 10 tahun tu..
Hahaha...aku tergeleng-geleng perlahan. Tengok penangan ibu, sampai ke subuh ni aku tak tidur.. Penglipur lara betul ibu ni..sebab tu bila kat aku dah habis sekolah ni, aku tak adalah nak merindui sangat zaman sekolah aku, sebab mak ibu aku ni dah jadi buddy terbaik aku ada..
Bosan.bosan, aku mengiring ke kiri, ke kanan, kekiri, kekanan berulang-ulang kali, bantal upin pun dah jatuh ke atas lantai. Hampeh. Mata degil,kalau tak nak pejam pun, bagilah tuan kepada mata ni tidur....
Dan...
‘haa... ‘kan ibu pernah cakap biasa khamis malam jumaat ni, ‘benda ‘uh selalu ada.walau guna telefon ke , apa ke..(nampak dah dah sifat terlebih berani itu.)..tapi ni, dari baba a.k.a. Nur Syakirin,best friend aku lah dari sekolah menengah dulu..
‘Kau nak apa, awal sangat kau dah qiam..kat puncak alam sana?’aku treus menyoal dia , mata yang mula nak manja-manja tidur ni, aku tenyahkan kembali. Segar, macam kena baling dengan ais batu. Freeze!
‘Nenek aku... ‘suara dia sebak. ... ,masalahnya, dia tahu tak Maharaja lawak Mega pun tau nak buat lawak malam-malam buta, bukannya subuh-subuh buta...
‘Hmmm..kenapa ngan nenek kau ba?, ‘dah alang kau nak merepek, jom, merepek dengan kerepek pisang ku bagi..
‘Dia.. Dah tak ada .haa...’ sayu suara baba..
‘inalillah..baaaa...’...ayat aku mati...
................................................................................................................................................
Sumpah kalau disuruh untuk aku ingat balik peristiwa dekat hospital masa aku demam denggi tu, mati hidup balik pun aku tak mahu. Peristiwa tu, wasiat tu,yang buat aku tengah duduk dekat kerus Macdonald ni, dengan tangan yang aku sibuk tarikan atas sketch book. Haram, lukisan aku tak jadi lagi, dah jiwa aku tak tenang, macam mana aku nak melukis. ? Buat bazir sketch book aku beli je.
‘Manalah dia ni?’ mulut aku mula menghirup air milo panas,.inilah janji orang melayu. Kalau janji aku, tak adanya nak rupa dapat lambat macam ni.
‘Haa... Sorry haa. Aku bukannya lambat.. Makanan Choby aku habis..tu yang aku menyinggah kedai haiwan jap tadi...’baba tengok aku dengan muka seposennya, ingat muka seposen da tu laku.? Lagi laku muka goldfish aku kat rumah tu,,
‘hmmm...kau dah ok?’aku soal baba terus, tak payah nak corner kiri, corner kanan. Ye lah, sepatutnya masa arwah nenek dia meninggal. Aku sepatutnya ada dekat dengan dia.dia dah belajar dekat Palam, aku minggu ni baru nak mendaftar UIA kat PJ., lambat sebab penangguhan, dengan aku baru habis PLKN, dengan demam denggi aku..ini semua bak kata Pak sudin dalam cerita P.Ramlee.. COBAAN......
‘ok, alhamdulillah, aku ok, nak-nak lepas apa yang kau cakap tu, aku makin kuat.’baba cakap dengan tangan dia yang dah mula merembat fries aku. Makanlah kawan, asal kau happy, lepas ni, bukan selalu jumpa pun, walaupun Puncak Alam ngan Petaling Jaya tu tak jauh mana.Tak jauh ke? Sahlah fail subjek Geografi masa PMR dulu. Confirm!!
‘ehh, wah, aku boleh jadi pakar motivasi lah yer, lepas ni?’cap yang aku pakai aku betulkan, rambut yang aku simpul ni dah mula terurai-urai...haish,..
‘betul, tapi aku takut kalau kau yang tak ok lepas ni’baba cakap sambil mengenyitkan mata dekat aku. Cantik betul kawan aku sorang ni, dengan tudung buat tercekik leher dia tu, cantik je mata aku tengok. Ayu, cantik..
‘apa hal pulak aku tak ok?’aku dah soal balik dengan style biasa aku. Kerek.aku tengok minah ni pun dah kembali ke pada kejadian asal, dah ok lah tu. Ta payah aku nak pujuk-pujuk dia. Agaknya kuat betul tonik ayat aku sampai dia termotivasi macam n ni..
‘arwah nenek aku ada sampai pesan dekat mak aku sebelum dia pergi’ baba mulai serius. Tangannya dibersihkan menggunakan tisu.matanya mulai tajam merenung ke arah aku.
‘apa dia?’ aku menyoal geram.paling pantang dalam hidup aku manusia ye, manusia yang suka melengah-lengahkan benda, nak-nak bab bercakap ni, macam rasa nak hempuk kepala minah sebelah aku ni dengan dulang macdonald. Biar apa yang nak cakap terluncur keluar dari mulut, laju macam air..tak tersekat-sekat,
‘arwah nenek aku nak abang aku kahwin..’perlahan saja katanya. Cap aku Baba ambil,senyumsuka lah dapat mengenakan aku.
‘owhh, aku ingat apa lah tadi.memang patut pun abang kau kahwin, ingat dia muda lagi ke?’aku menambah rencah perisa. Lah, cakap lah pasal abang, yang kau punya muka macam
‘alex codomolion ‘kenapa ?kawan.kawan.’aku kembali gelak. Chicken nugget aku kunyah perlahan. Sedap. Lagi sedap kalau aku bungkuskan untuk ibu. Adik aku Arman kat rumah tu mesti gembira bila balik sekolah je, terbentang lauk ni..’heaven’!
‘masalahnya, nenek aku nak abang aku, Haa.’ni bukan abang Syafiq tau.. Ni Abang Aidil..’Baba cakap sambil tangan dia melukis-lukis muka abang dia. Over giler, cakap je lah nama. Ni, siap nak melukis-lukis, aku backhand kau kang..
‘owh..biarlah abnag Aidil kau kahwin, Kau apa peduli?yang nak kahwin, yang nenek kau suruh kahwin dia. Ish,,aku tak faham lah Baa, apa yang kau nak pusingkan sangat dengan kepala kau.Kahwin?setle’aku cakap siap petik jari lagi.walaupun aku rasa sesiapa yang kahwin dengan abang Aidil tu,ialah wanita termalang sekali yang ada kat dunia ni. Haah, malang sangat,Memang tak layak jadi imam pun..
Baba makin geram aku rasa, nak-nak bila dia terus tarik muka aku mengahdap dia dan berkata ayat yang sumpah. Sumpah aku tak nak dengar.
‘Kau dengar betul-betul eh. Nenek aku wasiatkan dekat mak aku , sruh abang aku Muhammad Aidil bin Safri untuk dinikahkan eh dengan Nur Hafizah binti Ramadhan..tak kira cepat atau lambat.’sehabis ayat baba tu..aku rasa macam nak cakap..
‘what the....???”
Aku tak nakkkkk!!!!!!!
................................................................................................................................................
‘apaaaa???’ melengking suara ibu malam tu. Kusut.kusut.’
‘ibu tak setuju bah, anak kita tu, mentah lagi.muda benar sudah dirisik orang. Kak Long tu budak lagi bah, apa yang dia tahu paal rumah tangga? Saya nak dia belajar dulu, berjaya.penat saya besarkan dia tak hilang lagi..duit gaji dia pun saya tak pernah merasa..
Apa semua ini bah..?’’bertalu-talu solan kelauar dari mulut ibu.pening, pening.. Apa pulak kali ini..
Aku dah agak dah.. Aku sendiri tak boleh cakap apa-apa. Masih trauma rasanya.walaupun apa yang Baba cakap tu aku buat amik-tak amik port je kan. Padahal dah 4 tahun dah benda tu berlalu, tapi semuanya segar, dari asasi sampai aku dah nak habis dah degree nih..
‘awak cakap anak awak budak lagi?Suri, sedarlah sikit, sungguh saya pun tak nak anak dara sayakahwin, umur baru saja 23 , saya ni, abah dia,saya nak rasa penat saya tu belum berbaloi, ,,yapi awak pernah fikir tak berapa lama awak abaikan wasiat tu?abah menyoal ibu tenang. Api lawan api, makin marak lah jawabnya, api itu syaitan, syaitan sentiasa mencari ruang untuk menerobos nafsu umat adam, agar ada yang tersungkur, jatuh kerana dikawal hati, bukan fikiran..tetapi api, kalau lawan dengan air. Air itu boleh memadamkan api..
‘habis tu, awak nak buat apa? Setuju dengan pinangan Safri tu?’ibu tanya perlahan, air teh o dihirup perlahan.matanya dihalakan etangga,Hafizah baru turun tangga,terus duduk dicelah ibu dan abah, lebih kepada abah sebenarnya, dah ank abah katakan.
‘ibu dengan abah bertekakkan apa malam-malam ni?’aku menyoal pura-pura tak tahu. malas,malas nak ambil tahu, bak pepatah hidup aku, malas nak ambil port.
‘Hmmmm,kamu ni Kak Long, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu’,abah menyindirku sekilas sebelum matanya dikenyitkan kepadaku..
‘Kak Long tak main kura-kura, Kak Long layan goldfish jer..’balasku sambil gelak. Agar -agar sirap yang terhidang atas meja tu, aku suap ke dalam mulut perlahan-lahan. Sedapnya...tak ada orang boleh kalahkan agar-agar yang dibuat ibu.. Masterchef pun tak kan boleh.entah apa ibu bubuh, aku pun tak tahu..
‘hah, nak mengelak lah tu..’abah menyindirku lagi. Kenal sangat dengan perangai Hafizah yang tidak akan ambil serius sesuatu benda ,nak-nak kalau benda’alah’ yang macam ni.
‘Kak Long.....’,ibu memeanggilku lembut.
‘hurmmm...;aku balas nak tak nak je. Bukannya aku tak kenal nada tu, nada yang memang maha lembut, yang oleh cairkan hati aku untuk ikut je apa kemahuan ibu.
‘tadi Uncle Safri jumpa abah masa abah balik sekolah tadi.’ibu cuba memancing perhatian aku.piring berisi agar-agar ibu ambil. Geram agaknya tengok aku macam tak ‘terpancing ‘langsung.
‘biarlah dia jumpa abah.kan, Uncle Safri tu kawan baik abah. Baguslah ,mengeratkan hubungan silaturrahim’’;jedaku sambil mengenyitkan mata ke arah ibu, satu sifat yang ibu cakap aku warisi daripada abah. Suka mengusik dan tersenyum.
‘masalahnya , abah dah...’kata abah memotog ayat ibu..
‘abah dah apa?’soalku lembut..kepala siap aku sandarkan ke bahu abah.
‘abah dah terima dah pinangan dia..’abah cakap lembut sambil menoleh ke arahky sekilas. Kemudian kembali, mengambil pen merahnya, ananda kertas yang berlonggok atas meja tu..
‘Aaaappppaaaa?????’naik 4 oktaf suara aku...
‘hafizah..’ibu mula menyabarkan aku..ibu pun terkejut mungkin mendengar suara aku setinggi tu, masakan tidak, seganas-ganas aku, selama 23 tahun aku hidup dekat atas muka bumi Allah ini, inilah kali pertama aku meninggikan suara, untuk benda yang bodoh,. Sumpah bodoh!
‘ibu tak ajar kamu untuk kurang ajar dengan abah kamu..’kata ibu perlahan..
‘apa ini, ibu, ?’soalku sambil menolah kearah ibu..
‘Apa ni abah?’aku menngoncangkan badan abah. Aku tak suka orang buat keputusan tak mintak pendapat aku..
‘kamu bukan nya kecil lagi sayang. Lagipun itu wasat arwah nenek Aidil..Abah tak sanggup tolak.’.abah cube menjelaskan sambil mengusap ubun-ubun aku, benda yang abha akan buat dari kecil setiap kali jiwa aku tak tenang..
‘Kak Lomg nak belajar lagi abah. Kerja pun tidak lagi..’ aku cuba berdalih. Tak kan aku nak terus cakap dekat ibu ngan abah aku dah memang reject bakal menatu dia. Memang kena pancunglah aku nanti..
‘eh, mazhab mana cakap kamu tak boleh sambung belajar lepas kahwin?’abah mengusikku .kemudian tangan nya memanggil ibu duduk sebelahnya.
‘kan sayang..?’abah menyoal ibu lembut sambil mengusap tangan ibu. Itulah ibu ngan abah, tak pernah segan untuk menunjkkan kasih sayang depan anak-anak. Kadang-kadang aku ni yang naik segan..
‘dia tu,, tak boleh jadi ‘imam’lah abah’.kataku perlahan..menyampaikan maksud tersirat..
‘hafizah...’ibu mula menegur kembali.
‘Kak Long, try to never judge the book by it’s cover.. Somehow. There’s must be a reason why people turn out to become someone that we could not expect. Tengoklah Kak Long sendiri, pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dari UIA, tetapi Kak Long dekat luar masih tidak bertudung.masih tidak ikut apa yang disyariatkan oleh agama Islam kepada umat dia’, nah amik kau Haa,, malam-malam dah dapat tazkirah percuma dari abah.
‘tapi Kak Long solat cukup yer, mengaji pun still hari-hari .keluar rumah masih berseluar panjang. Baju tak pernah sendat eh.’potongku membela diri. Aku tak nak jadi manusia hipokrit. Bila masanya tiba, sudah pasti aku aku akan berubah,
‘abah tak nak sentuh pasal solat. Itu memang kewajipan. Belum lagi tang abah tegur pasal seluar pendek dengan cap kamu tu..’Encik Ramadhan melihat ke arah puteri sulung yang dia rasakan kekurangan sifat kewanitaan.memang kurang pun.mungkin terlalu hendakkan anak lelaki masa Suri mengandung anak sulung ketika dulu. Mungkin berkahwin nanti baru terserlah kot kewanitaan Hafizah.
‘hishhh...’aku merengus perlahan. Bosan tak habs-habis tazkirah pasal seluar pendek dengan cap.
‘habis tu, ibu dengan abah nak Kak Long buat apa?’aku menyoal akhirnya, mengalah, berbahas dengan abah takkan pernah menang punya.
‘nikah lah.untung tau ada orang pinang awak sejak awak 18 tahun, dara pingitan..’abah kembali mengusikku. Bukan tak kenal dengan anak daranya sorang ni. Degil-degil. Kuat membentak pun akan diturutkan segala kemahuan ibu bapanya, haii...Hafizah.Hafizah..
‘abah, ibu...’aku memanggil mereka perlahan..
‘ibu ngan abah tahukan Kak Long nak sambung master? .ibu ngan abah tahukan Kak Long kat sini 3 bulan je, kemudian Kak Long akan belajar di United States 3 tahun lagi?’aku menyoal mereka lembut.
‘tahu.’kata mereka hampir serentak..
‘dah tu?’aku menyoal kembali. Memberikan hint..
‘Kak Long nak apa sebenarnya ni?’abah mula menggunakan kuasa vetonya, pening melayan kerenah anak perempuan dia yang banyak songeh ni.
‘Memang Kak Long nak ibu ngan abah carikan ‘IMAM’untuk Kak Long,tapi sekarang ini,Kak Long fikir belajar..’aku berkata lembut.
‘jadi?’soal abah terus. Abah ni, memang tak faham ke buat-buat tak faham?
‘macam nilah..’aku pun dah pening-pening lalat . Malas betul nak fikir..aku mula naik ke tangga..dan berhenti. Untuk menambahkan rasa suspen kepada ibu dan abah.
‘ibu ngan abah buatlah apa yang patut.Kak Long ikut je, tapi Kak Long nak habis belajar sampai master.Kahwin belakang cerita....’aku menyudahkan ayat. Mungkin tu ayat terbaik untul mengelak buat ,masa sekarang ni.
‘assalamualaikum. Ibu abah..’aku terus memanjat tangga .’
;eh,,Kak Long nak kemana tu?’ ibu menyoal kepada abah..
‘melukislah , anak awak apa lagi yang dia nak buat kalau fiiran dia tak tenang?tak melukis, dengan gitar cabuk dia lah tu,, apa lagi..”abah menjawab malas. Sudah faham dengan perangai puteri sulung dia.
‘eishhh...bapak dengan anak sama je..’ibu menyindir sambil terus bangun,mengutip cawan dan piring..
‘yannggg..’Encik Ramadhan memanggil isterinya manja..
malam ini malam jumaat taw, afdal..’encik Ramadhan kembali mengusik isterinya.
‘Banyaklah awak punya malam jumaat.’,Puan Suri mencubit maja suaminya..dan terus berlalu ke dapur.
..............................................................................................................................................
Hafizah mengeluh.fikirannya kusut. Apa yang dikatakan oleh abahnya betul-betul menggangu fikirannya. Aku akan kahwin? Haishh... Pening.pening.
Aku mengambil gitar cabuk aku,fikiran aku menerawang. Selusuri wajah Aidil aku cuba hadirkan ke depan mata. Kabur. Betullah kata orang ,kalau kita tak suka sesuatu, kita tak boleh nak hadirkan apa-apa untuk benda itu.
Merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Mensyukuri segala nikmat Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan Tuk berpegang pada jalan Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Aku petik gitar perlahan.lagu Adamu oleh Najwa Latif memang boleh menenangkan jiwa aku yang kusut time ni..aku ni dah cukup layak ke nak berkahwin?Dengan orang yang terakhir aku ingin kahwin di atas muka bumi ini pulak tu.kenapa arwah Nenek Som wasiatkan benda alah macam tu? Aku terikat untuk berada di samping ‘imam’yang memang aku tak tahu akan boleh jadi’imam ‘untuk hidup aku.
Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu
Mungkin aku patut terima, munkin jodoh aku dah sampai awal. Jodoh ketentuan, rezeki, ajal dan maut ditangan tuhan. Kita semua ini, hanyalah pelakon di atas pentas kehidupan , sejauh mana kiita merancang, tetapi kalau tidak diizinkan Allah, memang sudah tidak akan menajdi punya..
Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
‘awak rasa, anak dara awak tu dah redha ke yang dia akan kahwin tak lama lagi?’ibu berbisik abah perlahan di luar muka pintu Hafizah. Puan Suri sendiri tersenyum mendengar suara anaknya menyanyi. Merdu,begitulah Hafizah sekiranya fikirannya kusut,dia akan hilangkan melalui lukisan dan nyanyian. Tak tahu ikut mengikut perangai siapa.
‘saya rasa anak awak terima, bukan sebab dia rela. Tapi sebab dia sayang dan hormat kita sebagai orang tua dia. Kalau itu sahaja caranya agra dia terima wasiat tu, saya sanggup.’Encik Ramadhan berkata perlahan,
‘dah .sudah sudahlah dengar anak awak menyanyi. Suara dia memang merdu.. ‘Encik Ramadhan sendiri kagum dengan bakatnya, cuma hafizah menyanyi sebagai hobi. Bukan cita-cita.
‘mudah-mudahan Hafizah terima ya yang. Wasiat orang tu..’abah menarik nafas, mengeluh.cuba mencari realiti di sebalik semua ini. Insyallah ada kebaikan. Cuma cepat atau lambat sahaja.
..........................................................................................................................................
‘wow..quite punctual. 30 seconds earlier than 6.30 p.m..... I’m impressed..!!’ni stok ayat memuji paling meyampah aku pernah dengar. Memang masa aku tepat apa...memang aku patut bagi pengajaran kat orang macam ni. Inikan Malaysia, tanah tumpahnya darahku, cakaplah bahasa melayu kot ye pun. Aku ni pun berbuih mulut cakap bahasa omputeh tu,, tapi tak adalah nak ‘berbanggak’sangat macam pak cik kat depan aku ni..
‘ma.ma.mak. Sa.sa.ya cacaca..kap, assalamuualai..laikum,,’amik kau ...
Berubah muka pakcik nih..
‘you’re stuttering?’ muka Encik Aidil kita kat depan ni berubah wajah yer. Hahah..
‘aaa,,,aapaa iiittuu stut,stuter,stut..ring?aku menyoal polos. Abah pernah cakap alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan....
Aidil merenung ke arah ku tajam, ‘can you speak english?’dia menyoalku sinis. Gaya dah iktiraf aku ni wanita paling rendah lah standard yang perna dia jumpa dalam hidup dia...
‘aaaa..????’aku menjongket bahuku ,,merenung kembali ke arah Aidil. Pura-pura tak tahu.. Memang tahun ni anugerah Oscar aku pulun habis lah ..
Melihat respons aku yang agak kebingungan itu.. ‘what the...for what sake mummy ask me to marry this stupid girl. Somehow look so typical not feminine at all...’peh berapi telinga aku dengar..
‘aaa...aapa... En.encik cacacacakap?’ aku memohon penjelasan. Kekonon-konon aku tak faham satu habk ayat dia pun..siap telinga aku dekatkan kepada dia.buat muka orang tak faham langsung.
‘tak saya cakap jemputlah makan. Hah ni, order pun dah sampai.. Salad buah ada, black pepper chicken chop pun ada.. Makanlah.jangan malu-malu..’muka separuh ikhlas Aidil cakap dekat aku. Konon-konon aku tak faham..
Kan aku pernah cakap , dia ni jangan kan imam, makmum pun belum tentu layak dalam hidup aku....memang balik ni aku cakap kat abah. Mati hidup balik tak adanya aku nak kahwin dengan mamat ni. .
‘dan sikap aku..aku bukan seorang perempuan yang suka melutut mahupn memujuk lelaki,untuk menerima aku, maruah aku..harga diri aku..dan aku tak akan sekalipun pandang stok ‘pak cik ‘yang macam ni dan aku bukan lah perempuan yang penyabar…
‘enough..you can stop pretending now.. I hate fake people..’usai aku berkata . Aku terus bangun merenung ke arah mamat yang sudah tersedia terlopong mulut dia n..’and one more thing.. I hatepeople who think that he is truly perfect, as no one, i repeat, no one born in this world are perfect. ,hope you can perfectly digest it..’ haha,, amik kau. Nak ber bahasa omputeh sangat ngan aku kan, rasakan..
Aku terus betulkan cap aku..beg nike aku galas dan terus ke Sexy.(siapa lagi kalau bukan kereta satria neo yang abah aku beli tu..)
‘hadap kereta aku lagi best, .’monolog kembali mengingati peristiwa tadi. Sakit hati betul, macam ada peluru yang menembak pembuluh darah aku.
‘can u speak in English”aku mengajuk kembali ayat omputeh dia tu. Hek eleh.. aku yang belajar di tempat yang sememangnya menggunakan Bahasa Inggeris tak ada pun nak berlagak bangga macam dia ni.
‘ahh… kenapa aku nak susahkan kepala aku fikir. Buat penat otak aku fikir,..”dan bile aku nampak kedai baskin robbin..hahah,,goodbye lah..mr.Aidil,,
……………………………………………………………………………………………
‘Ma…I guess I want to proceed the marriage.. as fast as I can.probably next three days...’Aidil berkata usai saja meletakkan beg tasnya di atas sofa. Sambil menghenyakan badan dan mengambil satu anggur yang terhidang atas meja. Aidil melihat muka ibu nya yang melihatnya dengan kebingungan kuasa lapan,
‘did I say something wrong?’dengan muka tanpa rasa bersalahnya, dia menyoal kembali ibunya,
Puan Salina yang menonton tv ..tergelak perlahan.
‘along demam ke?’Puan Salina bertanya. Melihatkan keadaan anaknya, dia sangat tahu anaknya macam ada yang tak kena.
‘you even have not meet her..? terus cakap dekat mama nak cepatkan nikah lagi tiga hari?’ Puan Salina.’along betul ke ni? Puan Salina pelik -pelik dengan kelakuan anak lelaki sulung dia ni. Mentang-mentang baru balik dari United Kingdom 3 bulan lepas. Accent English memanjang tak hilang. Kena sangatlah denan Hafizah yang sememangnya dia tahu ‘diam-diam ubu berisi’. Dia kenal Hafizah sudah lama, dan sememangnya yakin Hafizah boleh mengawal’harimau’muda ni.puan hafizah terelak sendiri.anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari dipanggil harimau.sungguh hiperbola hidup ini.
‘who say I haven’t meet her? I have just met her today..’dan Aidil tersenyum melihat macam mana ‘pertemuan ‘mereka. ‘terlebih’ manis. Tu yang terbaik.hahha,,
‘owh seriously? Jadi macam mana bakal menantu mama tu? Does she suits and perfect to you..?
‘ehh mama.. perfect sangat..kalo orang French cakap mama.’perfectto!!’’Aidil menyembunyikan senyuman sinisnya.
‘Bile aku kahwin dengan dia, taulah apa aku nak buat dekat minah yang tak sedar diri tu.ingat aku hadap..minah murah mana oma amik.., ni suma salah Oma..(nenek).’.aidil masih tak boleh terima kenyataan..sakit hati dengan wasiat omaye.kenapa bukan sSyafiq yang disuruh menikah.?
‘along..ingat,kalau kamu hendak menikahi dia..semua stok-stok simpanan kamu.. mama tak kisah la, jenama US ke, jenama Japan ke ,,yang campur Korea waima Arab ke…
Sila-sila la ye sayang..dibuang daripada kamus kehidupan…’Puan Salina tersenyum sinis.terlebih ‘kenal’dengan sikap anak lelakinya yang sorang tu.
………………………………………………………………………………………….
‘akak tak nak nikah dengan dia abah…cubalah abah faham…’aku sudah mula merengek depan abah.aku tak kira.kalau abah suruh aku joget chicken dance depan ibu ngan Arman pun aku sanggup..daripada aku serahkan diri aku kepada mulut naga.ehh sepatutnya si mulut puaka.
‘hah..apa lagi yang kamu omelkan tu kak long..sampai terherot-herot mulut kamu..’ibu menyoal perlahan..
‘ibu..ibu tahu tak apa perasaan kak long sekarang…kak long rase macam nak ambil cili padi kita yang kat dapur tu… tumbuk lumat hancur ..tenyeh-tenyeh kat muka dia..ehh salah nak nak kat mulut dia..
‘ibu,kan ada peribahasa. Biarlah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi..tapi kita dengan dia tu ibu..ibarat bumi ngan pluto… lagi bagus kalo akak cakap macam venus ngan pluto..mulut dia sedas nak ampun..’akak tak rasa akak bole jaga dia ibu bila kahwin..’aku mula mengeluh perlahan.kenapalah hidup aku ditakdirkan kelat macam buah salak. Bukan manis macam marshmallow?
Abah melihat aku sekilas.sebelum mengisyaratkan agar ibu membawa adik naik ke atas. Ada perkara perlu dikatakan kepada anak sulungnya ini’
‘do u ever heard that somehow..between the taste of sour and bitterness..u could still get the taste of sweetness.it might get hard,like plenty of disgusting taste that not suit to ur taste buds. But,,that will make up to a sweet reality.just time will take place..and ur ability as well as preserverence.do u get what I mean..my precious?’
‘abah tak mintak kamu untu menikahi dia kak long.tapi itu wasiat.dan abah tahu. Abah dikurniakan oleh allah seorang anak gadis yang mendengar kata ibu dan abah dia. Seorang gadis yang abah yakin akan teguh pendirian. Sabar dalam hadapi sebarang dugaan..’
Dan aku yang sememangnya anak abah .hanya mampu terhinggut-hinggut menahan diri daripada menangis.
‘do u thnink..i.am capable to be his wife…like you know abah..he is..’ayat itu aku biarkan tergantung..tak tahu dah nak cakap apa.
‘I know you can hafizah..’abah menepuk bahu aku lembut membiarkan aku termenung seorang diri…
yang saya rasakan, Dakwah dengan perbuatan lebih cepat memberikan efek daripada yg lain, karena si pendakwah telah memberikan stimulan qudwah khasanah kepada mad'u
:)