Aku yang Judgemental
Aku tak tahu sama ada salah geolokasi atau salah culture.
Aku selalu judge orang orang Malaysia. Tak kisahlah Melayu ke Cina ke India ke. Yang pasti satu ada persamaannya. Perut boroi dan gemuk. Tak kisah la laki ke perempuan, kebanyakan mesti mempunyai ciri yang satu ini. Dan aku pun perlahan lahan tanpa rela mengikuti ciri ciri orang Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa. Disebabkan itu, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai hanya satu iklim sepanjang tahun iaitu panas dan lembap. Tidak sama dengan negara negara yang lain yang mempunyai empat musim, dan sentiasa kering dan sejuk sepanjang tahun.
Disebabkan kepanasan yang sangat mencairkan, memang jelas dapat dilihat mengapa ramai masyarakat Malaysia suka minum air sejuk selepas makan. Sejak dahulu lagi makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasik. Breakfast nasi, lunch nasi, dinner nasi, dan supper pun nasik. Dan nasi ini bukan nasi coklat tetapi nasik putih yang tinggi dengan kalorinya. Ditambah pula dengan lauk lauk yang dimakan dengan nasi. Kuah bersantan, ayam berminyak semuanya berkalori tinggi. Dan tidak lupa juga kepada desert selepas makan yang mampu memberi kesan sugar rush kepada sesiapa yang menikmatinya. Di akhir jamuan, perut ditenangkan pula dengan air sejuk yang tinggi dengan kadar gula.
Mungkin ini telah dilakukan sejak turun temurun lagi. Sejak zaman dahulu, Tanah Melayu terkenal sebagai sebuah tempat untuk mendapatkan rempah ratus. Oleh itu memang tidak mustahil mengapa sekarang makanan Malaysia semuanya enak enak kalau dibandingkan dengan makanan di Australia, hampeh bosan. Bayangkan lunch hanya makan epal dan buah buahan lain. Dinner hanya makan sandwich. Breakfast - toast dan susu. Sangatlah tidak mengenyangkan.
Lalu aku tertanya adakah rakyat Malaysia yang makan banyak atau rakyat Australia yang makan terlalu sedikit. Kalau hendak dibandingkan, tubuh rangka rakyat Australia semuanya besar besar dan tinggi. Musim sejuk di Australia juga memerlukan rakyatnya untuk mendapatkan lebih banyak tenaga kerana haba perlu digenerate untuk memanaskan tubuh badan.
Kalau dibandingkan lagi cara kehidupan rakyat Australia. sangatlah berbeza dengan rakyat Malaysia. Kalau kita pergi ke taman taman, memang boleh dilihat ramai orang sedang berjoging ataupun exercise di sana. Mereka membawa anjing anjing jalan di taman sambil berjoging meniyihatkan tubuh badan. Pada hari weekend, pagi pagi lagi sebelum subuh mereka sudah bangun untuk pergi mengayuh basikal bersama group basikal mereka.
Aku masih ingat waktu bulan puasa. Puasa di Australia pada waktu musim sejuk. Aku keluar ke rumah selepas sahur dan sudah ternampak ada orang yang berjoging pada waktu pagi dalam musim winter. Bayangkan suhu pada waktu itu around 5 celcius dan pagi pagi lagi sudah ada orang jogging. Kalau aku, aku mesti berada di bawah selimut, sedang enak diselimuti mimpi.
Kalau di Malaysia, penuh dengan makanan. Dari breakfast hingga ke supper, makanan semuanya berkalori tinggi dan tinggi dengan gula. Namun aktiviti yang dilakukan apalah sangat. Hanyalah duduk di hadapan television ataupun tidur. Macam aku lah. Cuaca di Malaysia yang sentiasa panas tidak memerlukan tubuh badan bekerja passively untuk menghasilkan haba. Oleh itu, makanan yang dimakan pada kuantiti yang banyak melekat di tubuh badan, dan terlihatlah lemak lemak yang menyelaputi badan.
Ini juga menyebabkan aku tertanya tanya jika Malaysia pada mulanya adalah sebuah negara yang empat musim. Apakah rakyatnya Malaysia akan mengamalkan kehidupan sihat seperti banyak berjalan, berjoging, dan exercise. Ataupun rakyat Malaysia akan menjadi lebih malas untuk keluar rumah. Setiap hari akan duduk sahaja di dalam selimut menyelimuti badan.
Tetapi aku sangat pasti rakyat Malaysia akan menghentikan pengambilan air sejuk selepas makan. Itu suatu progress yang positif yang patut dibanggakan.
Ataupun,
itu pun hanyalah assumption aku…
hmm..
Jikalau Anjing itu haiwan yang boleh dibela dan bukan najis untuk disentuh Dan ramai rakyat Malaysia membela anjing. Adakah rakyat kadar obesity di kalangan rakyat Malaysia akan menurun atau kadar obesity dalam kalangan anjing akan meningkat?
hmm..














