Sedekah berdeqah
**Kisah 1**
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Nasyi yang baru sahaja habis kelas, terus bergegas ke surau di Link Building untuk menunaikan kewajipan fardhu yang telah ditetapkan ke atas semua umat Muslim. Hanya tinggal kurang daripada sejam sebelum waktu asar tamat, diganti pula dengan waktu maghrib.
Selesai bersolat bersama-sama brothers lain, Nasyi mengambil keputusan untuk duduk sebentar di dalam bilik kecil stor yang telah diubah menjadi surau tersebut. Badannya penat. Matanya berat dan seperti kebiasaan, perutnya berkeroncang kelaparan.
Ah, apa pulak aku nak makan harini. Ayam dah habis. Nak pergi beli jauh pulak.
Nasyi mengimbas semula waktu paginya. Dia hanya makan semangkuk cereal untuk sarapannya.
Waktu tengah hari pula tidak makan kerana dia bercadang untuk berjimat cermat. Dia bercadang untuk pulang dan makan rumah berbanding menghabiskan 10 dolar untuk sebiji kebab yang tidaklah begitu mengenyangkan.
Nasyi membelek belek dompetnya untuk mencari wang kertas. Tiada. Sistem di Australia yang menggunankan kad sebagai medium untuk semua jenis transaksi menyebabkan masyarakatnya menjadi cashless.
Nasyi membelek compartment duit syiling untuk mencari sedikit syiling. Yang hanya adalah 30sen.
30 sen nak beli apa je
Nasyi bermonolog di dalam hati. Perutnya setiap saat semakin lapar. Dari jauh, Nasyi ternampak tabung surau yang terletak di sudut bilik tersebut. Tanpa berfikiran panjang, dia terus memasukkan 30 sen kedalam tabung itu sambil bermonolog :
Ya Allah, aku lapar! Bagilah aku makan.
Selesai memasukkan wang ke dalam tabung, Nasyi terus bergegas pergi mencari komputer untuk menyelesaikan assignmentnya. Dia nekad untuk membuat assignment di Scitech Library disebabkan tempatnya yang tidak jauh dengan bilik surau tadi, dan agak kondisinya yang kondusif dan mampu memberikan privacy kepada pelajar-pelajar yang datang.
Setelah hampir 30 minit membuat assignment, telephone pintarnya berdering, menandakan terdapat mesej masuk melalui whatsapp.
Nasyi, kau busy tak?
Err, tak kenapa?
Ni aku nak bagi something kat kau ni!
Woah apa dia?!! Nasyi teruja
Adalah. Nanti datanglah ambil kat rumah aku.
Weeehhh. Thank you! Sekarang jugak aku datang!
Tanpa berlengah, Nasyi terus pergi ke rumah rakannya itu. Lebih kurang tujuh minit berjalan kaki dari library nya.
Loceng buzzer ditekan.
Nasyi, dah sampai eh? kejap aku turun bawah.
Boeeek.
..
Nah karipap.
Wehh, seriouslaah. Macam tau-tau je aku tengah lapar. ahahah
Hahaha, takdelah. Aku buat karipap lebih ni. Takde orang nak makan pulak.
Thank you sab. Nanti buat lagi untuk aku. HAhahaha!
Memang aku dihantar ke sini untuk buat makanan untuk kau pun!
Nasyi pun pulang ke library untuk menyambung menyelesaikan assignmentnya itu.
...
..
.
Di dalam hatinya, Nasyi berpendapat, betapa hebatnya sedekah. Bayangkan dengan 30 sen, Nasyi mendapat 5 biji karipap yang besar besar dan penuh dengan inti. Harga sebiji karipap di Sydney adalah 2 dolar! Jika mengikut logik perbandingan, dengan bersedekah 30 sen, Nasyi telah mendapat semula 10 dolar dalam bentuk makanan.
Itulah kehebatannya sedekah.!















