Selamat hari ayah, abah. Untuk semua ayah, moga Allah sentiasa merahmati dunia akhiratmu. Terima kasih.

seen from United States
seen from China

seen from United States

seen from United States

seen from Singapore
seen from Australia
seen from Cyprus
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from T1

seen from Singapore
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Malaysia

seen from South Africa
Selamat hari ayah, abah. Untuk semua ayah, moga Allah sentiasa merahmati dunia akhiratmu. Terima kasih.
Selamat hari ayah, abah. Buat yang masih ada, hargai baik-baik. "Untuk yang telah tiada, kita banyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik. Kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat." - UP. "Berseri mawar indah terpahat Melingkar cantik di tepi tanjung Kasihnya ayah bukan sesaat Kasihnya ibu tidak berpenghujung."
"Kalau mak ayah marah, jangan fikir marah mereka tu. Fikir kebaikan mereka pada kita. Mungkin doa mereka jugalah asbab kejayaan kita."
Ustaz. #OasisTMJ
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/06/15/mh370-memperingati-hari-bapa/
MH370: Memperingati Hari Bapa
KUALA LUMPUR, 15 Jun:
Hari ini mungkin Hari Bapa bagi kebanyakan orang di luar sana dan tidak mustahil jika mereka tidak sabar menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak untuk meraikan hari istimewa ini.
Malah keterujaan itu berganda apabila ada di kalangan kita yang menyambutnya buat kali pertama.
Tidak terkecuali bagi mereka yang menyambut Hari Bapa pertama kali tanpa bapa di sisi. Situasi itulah yang perlu dilalui oleh keluarga penumpang serta kru pesawat Malaysian Airlines, MH370 yang hilang sejak lebih tiga bulan lalu.
Genap 100 hari pesawat itu dilaporkan hilang, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Voice370 akan melancarkan video pendek sempena Hari Bapa, khusus untuk semua bapa-bapa di dalam pesawat.
Kumpulan yang terdiri daripada waris serta ahli keluarga penumpang MH370 akan melancarkan video berkenaan di laman sosial Facebook “MH370 Families” bersama beberapa pucuk surat.
“Untuk Ayah Dengan Cinta”, katanya yang mendedikasikan video itu kepada semua bapa di atas kapal sempena hari yang ke-100 yang juga disebut “Lenyap 100 Hari” oleh mereka.
“Dengan rasa percaya dan kerinduan kami semua, kami berharap mereka akan sentiasa memberi maklumat yang perlu untuk terus membantu mencari orang-orang yang kita sayangi,” tulis kumpulan itu.
Seorang lagi meluahkan hatinya dengan menulis: “‘Saya tidak akan melepaskan tanganmu, dan saya akan menjagamu dan bayi kita. Kita akan bersama selama-lamanya’. Ini adalah janjimu kepada kami. Saya dan anak kita akan tetap menunggumu di sini, #pleasecomehome cinta hatiku. Mahligai kita tidak akan lengkap tanpamu,” tulis seorang isteri yang suaminya berada di dalam pesawat malang MH370.
Sejak kumpulan itu berkumpul beramai-ramai, pelbagai cerita sedih dikongsi bersama dengan harapan insan tersayang mereka akan pulang dengan selamat.
Antara cerita yang dikongsi adalah mengenai pasangan Norli Akmar Hamid, 33 tahun dan suaminya, Muhammad Razahan Zamani, 24 tahun.
Kedua-duanya bertemu di sebuah pasar raya Aeon di Kuala Lumpur, di mana mereka bekerja bersama dan telah mendirikan rumahtangga selama setahun lebih.
Mereka dalam perjalanan ke Beijing untuk berbulan madu. Peluang itu diambil selepas Norli sembuh sepenuhnya selepas keguguran.
“MH370 adalah penerbangan pertama mereka sebelum ini. Norli sangat dekat dengan ibunya, Sarah Mohamad Nor, 55 tahun yang menghantar anak dan menantunya terbang pada malam kejadian.
“Sarah telah berjumpa kaunselor kerana emosinya tidak stabil sejak pesawat hilang. Dia masih berpaut pada harapan bahawa anaknya masih hidup,” tulis salah satu cerita yang dikongsi.
Satu lagi adalah kisah adalah kisah cinta Jalwati Jalil, 32 tahun yang berkahwin dengan kekasih pertamanya ketika berusia 19 tahun, Safuan Ramlan, 32 tahun yang merupakan salah seorang penumpang di atas kapal.
“Dia adalah teman yang terbaiknya dan kekuatanya. Mereka berkongsi banyak saat manis bersama. Jalwati masih lagi menaruh harapan bahawa mereka akan bertemu kembali.”
Malah Jalwati juga turut menghantar mesej kepada suaminya: “Setiap hari kami menunggumu pulang ke rumah. Saya dan anak perempuan kita sangat merinduimu.”
Gambar lain yang turut dikongsi di laman Facebook adalah anak kepada ibubapa kepada Ayu Suliasti, Sugianto Lo dan Vinny Chynthya Tio dari Indonesia yang kedua-duanya berada dalam pesawat MH370.
“Pasangan itu, kedua-duanya berusia 47 tahun telah mengambil percutian singkat untuk bercuti.
“Pasangan itu merancang untuk melihat Tembok Besar dan makan makanan vegetarian Cina bersama-sama tetapi malangnya mereka tidak pernah mendarat,” tulisnya.
Setakat ini, masih tiada sebarang penemuan baru dalam kes berkenaan kecuali jaminan bahawa carian kini akan dipertingkatkan dengan bantuan China dan Australia.
Selamat Hari Bapa
Selamat Hari Bapa kuucapkan buat bapa tersayang, semoga terus dipanjangkan usia dan terus bersama kami semua. Juga buat bapa mertua, ucapan dan doa yang sama kutujukan. Dan kepada diri sendiri, semoga dapat menjadi abah yang terbaik buat cahaya mataku yang kini berusia 4 bulan. I love you, baby!
Lagu ni khas buat kaum-kaum ayah.
Selamat Hari Bapa :)