Dekat Tapi Jauh.
Setakat hari ini, sudah hampir 4 minggu umi , paksu dan tokwan ulang alik dari rumah ke Hospital Taiping. Waktu waktu yang aku kira sangat genting untuk abah dan umi, dan juga aku , meski tidaklah segenting mana.
Tokwan dalam proses memulakan dialisis nya. Dan dengan pelbagai komplikasi yg dihadapinya, segala nya merumitkan keadaan. Mungkin asalnya tidak sampai 3 minggu umi perlu ulang alik ke hospital, tapi kini sudah 4 minggu. Dan semoga segalanya baik baik sahaja.
Aku menulis ini pada waktu aku merasa terlalu penat akan hal kerja, sehingga penat itu terasa juga kerana hal hal lain yg menjadi tanggungjawab aku. Semestinya, ketiadaan umi di rumah, aku yg ambil alih tugas seorang suri rumah. Meski tidaklah banyak mana perkara yg aku lakukan, tapi, ia, masak di pagi hari itu penat. Memikirkan apa lg yang nak dibuat itu penat. Sungguh lain rasanya mengurus rumah tanpa umi. Dan ia buat aku jadi sangatttt rindu. Rindu pada umi.
Begitulah sedikit aku mengatakan keprihatinan aku buat umi. Menyalami umi dan mencium pipi sebelum umi bertolak ke hospital, supaya umi tahu, aku ambil tahu. Bertanya khabar tentang umi dan tokwan, supaya umi tahu, aku kisah.
Tiada qudwah yang lebih elok untuk aku contohi selain kedua orang tua aku wahai Allah. Jadikanlah aku anak yg sentiasa berbakti kepada mereka hingga ke hujung nyawa, dan menjaga adab aku sebagai anak, sampai bila bila.
Berilah kesihatan kepada Umi dan Abah, dan juga tokwan, dalam mengemudi hidup ini. Dan ganjarkan lah kedua orang tua ku dengan Jannatul Firdaus, atas asbab kebaikan mereka menjaga orang tua mereka, dan ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.
Ameen ya Rabb.
26 Oct 2020. 8.08pm





















