Sebuah Kejujuran.
"Timah, aku kahwin bulan 5 kot. Takdan buat June".
"Hang cakap kat Timah ja kan? Aku dak kan?"
"Hang la sekali."
Saya kira, sejak saya mendapat tawaran biasiswa INCEIF dan menerima tawaran tersebut - ditambah dengan soalan dari sahabat saya tentang - Kau dapat ke hidup yang kau nak sekarang? - jiwa dan akal saya tidak putus membisik ; kau takkan ada life tahun depan Izzati.
Menyedari hakikat bahawa saya akan begitu sibuk dengan tugasan, ujian , ditambah dengan tanggungjwb di pejabat - saya merasakan saat ini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yg saya rapat. Mengetahui saya akan kurang masa dengan mereka pada tahun hadapan, saya cuma ingin melepaskan mereka, dan mereka melepaskan saya, supaya tiada ekspetasi tertentu yg mereka letakkan kepada saya dalam memenuhi hak-hak berkawan.
Hati saya jadi keras. Mengetahui peluang untuk saya hadir ke majlis perkahwinan sahabat saya itu nanti sangat tipis, saya berharap dia tidak meletakkan harapan apa-apa kepada saya.
Tadi petang saya berbual agak panjang dengan seorang kawan lelaki yang saya agak rapat. Bukan agak, rapat. Ya rapat. Saya cuba jujur, supaya bila sampai saat masa nya nanti kami harus menerima hakikat kami tidak lagi boleh berkawan seperti biasa kerana mempunyai pasangan masing-masing, saya tidak akan terlalu sedih untuk melepaskan. Dia atau saya dahulu yg berlalu dulu itu tidak penting. Tapi biarlah saya bersedia.
Dan itulah juga perkara sama yg saya pesan kepada sahabat-sahabat baik saya. Cukuplah seorang yg membuat saya menangis teresak-esak kerana saya rasa sakit akan ditinggalkan. Cukuplah seorang. Begitu pesan saya- jangan lah dibuat kejutan. Jika sudah ada orang, maklumlah. Biar saya bersedia.
Menyedari hubungan kami kebanyakan masa hanya lah di alam maya, terkadang saya rasa amat janggal. Tapi cuma satu yang saya terkejut dalam pesannya di perbualan maya kami tadi,
"Future taktau apa jadi, might be remain as friend, might be more (ni kemungkinan bukan harapan)"
Terkedu. Kerana dia yg telah "adik-zone" kan saya sedari awal. Dan saya tak mampu letak apa-apa harapan sejak itu. Dan saya takkan letak harapan. Masakan boleh meletak harapan jika dia sendiri yg bantu memberi semangat kepada saya untuk luahkan perasaan kepada crush saya dahulu?
Untuk awak, entah ke mana kita akan bawa pergi persahabatan ini. Untuk saat ini, saya cuma mahu lepaskan perasaan ini. Saya lega. Lega kita mampu jujur dengan perasaan kita berdua hari ini. Biar tiada tanda tanya. Biar kita tetap jujur dalam bersahabat. - sampai syurga kata kamu dahulu.
***
Dan akhirnya, saya meluahkan apa yg terbuku di dada setelah perbualan ini berlaku, kepada Syara. Dan kata-katanya tepat terkena jantung.
"Just focus on your master and work for time being. We cant be that greedy baby :’) Allah has given u the path u want (your dream). Sometimes kita rasa kosong sebab kita pandang benda yg belum masanya kita patut terima lagi. Have u ever wonder that emptiness is actually the feeling of incompleteness with what u have? (only u have the answer, be honest with ourselves)"
" Have i ever wonder that emptiness is actually the feeling of incompleteness with what i have?...
I read this few timess.. Literally few times and my tears dropped.
I'm not being grateful enough in a true sense isnt?"
Menentukan hala tuju itu penting. Tetapi menghalakan seluruh usaha dan tenaga serta doa dalam merealisasikan hala tuju itu juga penting.
Pinta saya cuma satu - agar jiwa, hati, akal dan anggota ini bergerak seiring dalam mengejar niat yg benar dan lurus. Niat untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan juga Master, dan berjaya dengan cemerlang untuknya.
Moga Tuhan terus membimbing raja segala anggota ini, dan melimpah kan kasih sayangnya agar saya terus jujur pada diri, dan ikhlas menjalani kehidupan.
#izzatiwrites #izzatireads #mysafespace #life #love #journey














