New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/12/01/pemberontak-colombia-bebaskan-tebusan-jeneral-tentera/
Pemberontak Colombia bebaskan tebusan, Jeneral tentera
Pemberontak Colombia Marxsis Farc membebaskan seorang jeneral tentera dan dua orang tawanan yang lain pada hari Ahad, lapor AFP.
Pembebasan ini membuka jalan bagi rundingan damai di Cuba untuk menyambung semula dalam usaha untuk menamatkan konflik lima dekad.
Presiden Juan Manuel Santos menghentikan rundingan di Havana dua minggu lalu, selepas Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (Farc) merampas lima tebusan, termasuk Ketua Ruben Dario Alzate, yang mahu menamatkan keganasan yang telah membunuh lebih daripada 200,000 orang.
Santos enggan membenarkan rundingan itu berterusan sehingga tebusan dibebaskan.
Alzate, Koperal Jorge Contreras dan peguam awam Gloria Urrego dibebaskan di kawasan hutan berhampiran di mana mereka telah diculik di wilayah Pasifik, Choco.
Para pemberontak telah membebaskan dua askar lain yang ditangkap seminggu sebelum menculik jeneral pada Selasa.
Ini bermakna semua lima tebusan kini telah dibebaskan.
Red Cross berkata mereka dibebaskan pada hari Ahad dan boleh diterbangkan dengan helikopter ke bandar Medellin.