Kisah pasal kariah surau taman aku.
Aku dah lama perasan hebatnya pakcik2 dan makcik2 dan budak yang datang ke surau taman aku. Datang untuk memenuhkan fardu kifayah solat berjemaah 5 waktu di surau. Hebat.
Setiap minggu pula diisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan berilmu dan juga mengenyangkan. kah kah.
Ini tujuan aku. Aktiviti yang mengenyangkan. Biasalah aku sebagai seorang belia, sangat teruja dengan makanan yang sedap dan PERCUMA! Lebih lebih lagi disebabkan kehidupan aku di overseas, nak mendapatkan makanan yang percuma sangatlah rare melainkan pada waktu ramadhan dan Jumaat Malam Sabtu.
Kau bayangkan lah dalam seminggu ada 7 hari dan selalunya 4 hari akan ada aktiviti ilmu dan ceramah agama dan di akhiri dengan jamuan yang mengenyangkan dan menyelerakan nafsu.
Jamuan pula bukan calang-calang juadah.
Roti Canai! favourite aku!
Asam Pedas! Favourite aku!
Teh tarik! aku bersumpah teh tarik pakcik ni buat paling terbaik dalam hidup aku lah.
Nasi lemak! Malam untuk cepat gemuk.
Masalahnya juadah yang disediakan bukan simple-simple macam kuih dan biskut tetapi selalu juadah yang disediakan memang heavy dan memuaskan nafsu.
Dan apa yang lagi penting, dalam tujuh hari tu, empat hari daripadanya semua akan diadakan jamuan tersebut.!
Kau bayangkan betapa mudahnya hidup aku kalau kariah surau taman aku tinggal kat Sydney. Dalam seminggu tu, hanya tiga kali aku perlu masak. Itupun kalau takda lebihan makanan untuk aku tapau.
Lalu menyebabkan aku berangan-angan. Kalaulah aku sangat kaya, sudah tentu aku akan sponsor semua ahli-ahli surau di taman aku untuk tinggal di Sydney. Bina sebuah surau di sana, diberikan nama Surau Al-Islah bagi meneruskan legasinya di Sydney. Sudah tentu kehidupan aku akan menjadi lebih senang. Yelah, bayangkan empat hari daripada tujuh hari aku tak perlu memasak.
Pergi ke surau, dengar sedikit ceramah, solat dan makan dan berseleranya.
Akan tetapi aku sedar betapa paradoxnya angan-angan aku.
paradoxnya angan-angan aku adalah:
Kalau aku tersangatlah kaya sehingga mampu mengsponsor kariah surau untuk tinggal di Sydney, adakah aku akan terhegeh-hegeh menginginkan makanan di surau.
Ataupun dengan erti kata lainnya
Adakah aku akan masih pergi ke surau yang pada awalnya aku pergi berniatkan untuk makan juadah yang disediakan selepas ceramah-ceramah agama.
Aku berniat ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah akan tetapi terselit juga niat dihati, pergi ke surau untuk makan.
Dan selalunya niat kedua akan timbul sewaktu aku lapar dan craving.
Semoga tuhan merahmati dan menerima niat ikhlas aku yang jauh tersekat di lubuk hati.