JDT kecundang di Larkin, tunduk 1-2 di tangan MISC-MIFA | Portal Sukan
https://www.hokaloh.news/sukan/jdt-kecundang-di-larkin-tunduk-1-2-di-tangan-misc-mifa-portal-sukan/
JDT kecundang di Larkin, tunduk 1-2 di tangan MISC-MIFA | Portal Sukan
JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Piala Malaysia 2018 dengan langkah kiri apabila tunduk 1-2 di tangan pasukan Liga Premier, MISC-MIFA di Larkin sebentar tadi.
Walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri, JDT gagal memanfaatkan kelebihan tersebut apabila dibolosi pada minit ke-18 menerusi tonggak import pelawat, Kpah Sherman.
Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah terus menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan, namun kekentalan barisan pertahanan pelawat menggagalkan usaha tersebut dan keputusan kekal 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua, JDT akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan yang dicari-cari selepas Fernando Marquez mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68.
Namun gol penyamaan tersebut tidak kekal lama, MISC-MIFA sekali lagi mendahului tuan rumah pada minit ke-80 menerusi jaringan seorang lagi tonggak import mereka, Bae Beom-Geun.
Hasrat tuan rumah untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam aksi pembukaan inj tidak kesampaian apabila pengadil meniupkan wisel penamat.
Keputusan itu sekali gus meletakkan MISC-MIFA selaku pendahulu kumpulan C selepas Kedah dan Kelantan terikat seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman.
Dalam perkembangan sama, aksi di saingan kumpulan B menyaksikan PKNS FC berjaya memperoleh tiga mata berharga apabila menundukkan PDRM FA 5-2 di Stadium Hang Jebat.
Satu lagi aksi kumpulan B menyaksikan Felda United dan Melaka United sekadar berkongsi satu mata apabila terikat seri tanpa jaringan di Jengka.
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '1705702019450882', cookie : true, xfbml : true, version : 'v3.0' );
FB.AppEvents.logPageView();
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&appId=173526816586576&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));