So tired but at least will have rest before beekeeper workshop on saturday 😊
#interview with the vampire#iwtv#amc tvl#sam reid#jacob anderson






seen from United States
seen from France

seen from Germany

seen from Croatia
seen from Romania

seen from Canada
seen from Netherlands
seen from France
seen from Malaysia

seen from Australia
seen from Netherlands
seen from United States
seen from United States
seen from Malaysia

seen from Croatia
seen from United States
seen from Canada

seen from Canada

seen from Portugal
seen from China
So tired but at least will have rest before beekeeper workshop on saturday 😊
Cara Minum Madu Kelulut yang Betul, Dos dan Waktu Terbaik
Cara minum madu kelulut yang betul bermula dengan kaedah pengambilan yang tidak merosakkan nutrisi asalnya, sama ada diminum terus atau dibancuh dengan air suam supaya tubuh dapat menyerap manfaatnya secara optimum.
cara minum madu kelulut yang betul dengan dos tepat, waktu sesuai dan pemilihan madu asli untuk manfaat harian yang lebih baik setiap harian
MADU TUALANG
Madu kami berkualiti premium yang mentah & semula jadi tanpa gula/pengawet tambahan kerana kesihatan anda adalah keutamaan pertama kami! Untuk order, klik👇 https://peniagaoku.ordersini.com/view/s/madu-tualang WASAP 0106549540
Honey is helpful when you eat it as well as when you apply it on your skin. It is clarified by the fact that honey has recuperating characteristics that occasionally are important for our skin. It is valuable in treatment of acne and scars after it, dry...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri - Amalan Sunnah
Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah satu makanan rasulullah SAW.
Fakta Tentang Lebah Kelulut.
Lebah kelulut atau dipanggil (meliponini) ini merupakan spesis lebah namun tidak bersengat dan juga mengeluarkan madu sama seperti lebah lain. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah Kelulut selalunya didapati di kawasan tropika dunia, seperti kawasan tropika Amerika Australia, Afrika, Asia tenggara termasuk Malaysia sendiri.
Madu kelulut mempunyai warna lebih jernih berbanding dengan madu biasa dan mempunyai rasa masam sedikit bercampur manis namun enak untuk dimakan. Lebah kelulut mengeluarkan madu serta propolis sama seperti lebah biasa dan mempunyai banyak khasiat dan mengandungi antioksidan yang tinggi.
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan.
Selain rasa yang enak, madu kelulut juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ada beberapa kajian menunjukkan madu kelulut mempunyai antioksidaan yang tinggi. Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuktikan madu kelulut mempunyai pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk kesihatan manusia. Keratan Akhbar Online Utusan mengenai Khasiat Madu Kelulut - 6 Julai 2015 Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit. Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa. “Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari. “Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya. Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah. “Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya “Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya. Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat. Bayu Kelulut ujarnya, menawarkan madu kelulut asli yang dihasilkan dari ladang seluas empat ekar (1.6 hektar) di ladang yang dikenali Bayu Kelulut Smart Digital Farm di Guar Batu Hitam Kodiang, Kedah. Produk yang diusahakan Hisyam Yusoff itu turut mendapat pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best. Beliau menambah, produk keluaran Bayu Kelulut turut diserta dengan kod respon pantas (Kod QR) bagi memberi keyakinan kepada pengguna. “Mereka hanya perlu mengimbas kod QR pada setiap produk madu kelulut keluaran kami dan daripada situ akan keluar maklumat kepada pengguna untuk membuktikan kualiti produk,” katanya. - Online Utusan mengenai Khasiat Madu Kelulut - 6 Julai 2015 Antara Lain Khasiat Madu Kelulut Adalah: Menstabilkan tekanan darahMenstabilkan kandungan gula dalam darahMelancarkan pernafasanMengurangkan lelah atau asmaMencegah serangan strokMelancarkan peredaran darahMemperbaiki sel tubuh yang rosakMembantu proses penyembuhan lukaMeningkatkan metabolismaMencegah dan pengawal sel kanserMemberi tenagaMeningkatkan pengeluaran hormon badanMenguatkan fungsi otakMenghilangkan jerawatMelembutkan rambutAnti BakteriaMelancarkan sistem pencernaanAntioksidan yang tinggiMenganjalkan kulit Video Youtube Penerangan Khasiat Madu Kelulut Oleh TV 3
Khasiat Madu Kelulut Untuk kecantikan
Selain daripada untuk kesihatan, Madu kelulut berguna untuk kecantikan wajah serta badan. Antara khasiatnya: Menganjalkan kulitMenghilangkan sel kulit matiMenyembuhkan parut lukaMengatasi bibir pecah atau keringMerawat sel dan Luka rosakMenghaluskan kulit wajahMenghilangkan jerawat Madu Kelulut mempunyai antioksidan yang tinggi di mana antioksidan ini menghalang radikal bebas dalam tubuh seterusnya memperlambatkan proses penuaan dan wajah sentiasa awet muda. Semoga artikel ini bermanfaat.. Baca Juga: 11 Khasiat Cuka Epal Yang Wajib Anda Tahu12 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Dan KecantikanKhasiat Yogurt Untuk Sistem PenghadamanKhasiat Halia Pada Tubuh Yang Perlu Anda TahuKhasiat Air Halba Pada Kesihatan Tubuh Lelaki Dan WanitaKhasiat Buah Tin Untuk Wanita Hamil Yang Luar Biasa8 Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu Mdekmal.com Read the full article
Bukan main lagi ibu kelulut Di #ikpk Kuala krai Kursus kelulut Risda malaysia Jangan lepas ke golok sudah.. Haha.. #jabooq #risda #kelulut https://www.instagram.com/p/Bz-Ux-GnjzM/?igshid=12u0fnwnejxe4
Pantai Kelulut, Marang, Terengganu
Pantai Kelulut, Marang, Terengganu