Sebab asyik tangguh, maka kita tetap harus menulis tentang Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. Termasuk juga hari ini(sepatutnya,tapi itulah dah Rabukan): Selasa.
Yang tak bagusnya, kalau kita tangguh, kita akan lupa apa yang betul-betul kita nak tulis. Jadi kenapa tangguh? Tak boleh nak jawab soalan tu, maaf. 😂
Jadi tanpa membuang masa, ayuh kita mula. Sebab dah banyak lupa, kita tulis apa sahaja yang paling penting dalam hari itu.
Ada event pelajar Singapura(SIRAJ), nama dia Lana Wa Lakum. Dia macam event quiz tapi persatuan Singapura ajak juga negara lain. Tapi takdelah event besar mana, setakat quiz tu je. Quiz tu ada tiga bahagian:
Dengar suara dan teka apa yang mengeluarkan suara tu(perbuatan/benda/binatang)
"Siapa Saya? ": Ada a few clues dan kena teka siapa yang paling sesuai dari clues yang diberikan.
"Apa Saya? ": Satu barang tu dijigsawkan dan kena teka barang tu barang apa.
Sayangnya kumpulan Singapura ada 3,Malaysia ada 1, bagus rasanya kalau dapat satu untuk setiap negara. Indonesia ada je hari tu, tapi mungkin diorang lagi selesa jadi spektator? Mungkin kumpulan Singapura lebih sebab ni event Singapura? Entahlah, bukannya jadi AJK pun kan, jadi tak tahu apa apa. Oh, ada juga diorang buat performance ala live band, uish, dah macam party pulakkan?
Rasanya tu jelah benda paling penting hari tu, Jumaat ni dah mula tak sedap badan tapi.
Bukan saya ye kt dalam gambar hihi. Cuma nak ambil gambar deko je sebenarnye, tapi, semua orang nak bergambar. Jadi suruh Luqman "chop" dulu deko tu.
Ye, tau saya hutang gambar saya haha.
Cuma tahu hari ini, bangun lewat. Sebab apa? Tidur lewat. Biasalah. Hari sabtu ini demam, jadi tak banyak buat benda pun. Ada rewang untuk sediakan makanan iftar pelajar Singapura untuk hari Isnin. Memang tak pergi lah pun. Malam tu keluar study sebab @duagerhana nak belanja, katanya nanti Ramadhan dah nak bermula. Debut Cortina la orang kata. Lama dah tak jumpa sebab pelajar Malaysia ni kan memang selalu busy. Asyik sebut nama perempuan je kan,eee kawan ngan perempuan je. Haritu sebut Nayalah, ada sebut nama Farah. Tak tsiqohkan? Tak jaga ikhtilatkan? Tapi tulah, personally, tetap rasa banyak yang dah belajar tentang berkawan, walaupun yelah, kalau kita nak betul-betul syadid, tak bolehkan? Entahlah, kena lagi research dan pertimbangkan tentang perkara ni. Dapat chocolate juga, sebenarnya gambar tu post kt ig, haha. Kenapa cakap sebegitu? Sebab memang ex dulu cakap mesti kita ada something sebab bertukar hadiah dan sebagainya. Tak pernah pun nafikan kesalahan diri sendiri. Am I someone who cheats? I don't know. Tapi, apapun kita harus tetap dan terus belajar dan memperbaiki diri sendiri.
Bangun lewat sebab tak tidur sampai subuh. Tertidur pukul 0730, haa bagus sgt. Kelas eng101 tu sebenarnya last, tapi tak pergi pun. Teruk sangat. Malam ialah malam pertama terawih, dan pergi je Masjid Jamiah(Nuh Qudoh), padahal selalu takut nak pergi, sebab takut tak khusyuk, sebab bacaan satu juz. Malam pertama ni ok lah juga sebenarnya, satu jam, tapi tak terasa pun, tak rasa lama. Alhamdulillah. Mungkin sebab juz pertama tu memang dah sering ulang jadi senang nak focus. Ataupun berkat? Hihi. Tetapi terfikir jugalah, satu juz satu juz pun, satu jam je. Apa lah sangat kalau kita korbankan satu jamkan,sedangkan main game dan tengok drama/movie berjam2 semua boleh? Jadi tu rasa macam takpe je pergi masjid Jamiah, cuma tetap nak pergi masjid-masjid lain, ala mosque hopping gitew.
Tak sahur dan bangun lewat lagi. Asyik bangun lewat je sejak kebelakangan ni. Sebab tidur lewat la kot? Bila bangun lewat, apa jadi? Tak pergi kelas dan kali ini kelas terakhir Arab99. Makanya, kita tak pergi kelas terakhir untuk dua subjek.
Hari berterusan seperti biasa, lepas kelas Manahij Mufassirin tu pergi library, yelah puasa tak puasa, rutin kita kena sambung semampu mungkinkan? Banyak juga orang yang aku kenal yang pergi library, mungkin sebab nak produktif juga walaupun Ramadhan. Ramadhan? No excuses to feel weak!
Balik dari library dalam pukul 4. Dan kita telah buat kesilapan untuk baring kejap atas katil. Makanya tertidurlah, bangun tu solat asar dan dah siap2 untuk pergi iftar jamaie SIRAJ. Seronoklah iftar sebab dapat nampak hampir kesemua pelajar Singapura dan juga makanan yang sedap lagi menyenangkan(walaupun guilty sebab tak tolong dan sedapkab diri dengan bermacam alasan) , tapi tulah tak dapat Maghrib, Isyak dan Terawih kat masjid. Rugi sebenarnya kalau tengok betul-betul. Tapi, kita sedapkan diri dengan mengatakan ianya hanyalah sekali-sekala.
Dan kemudiannya kita menghabiskan masa untuk belajar exam Madkhal Dakwah di Cortina, dan tidur lewat lagi. To be exact, tak tidur sampai sahur dan subuh.
Irbid, Jordan // 0258 // 080519