Tarikh 4 Januari 2019 adalah hari yang bersejarah dan yang amat bermakna dalam industri perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di mana akan termeterainya majlis menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air. . Dengan termeterainya majlis menandatangani perjanjian pada hari ini, maka tercapailah hasrat untuk pengurusan industri perkhidmatan air yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi merealisasikan mutu dan kualiti perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mampan demi memelihara kepentingan negeri dan rakyat secara umum. . Sebelum ini, pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air yang lain termasuk, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) telah pun dilaksanakan semenjak penghujung 2015. . Kini, Air Selangor akan menjadi operator tunggal yang akan melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air secara holistik dan akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan. . Kejayaan penstrukturan juga bererti bahawa semua konsesi air akan ditamatkan dan pelbagai lapisan keuntungan akan berakhir. Air Selangor akan dapat mengurangkan kos air terawat kepada kadar yang lebih munasabah dan pengurangan kos operasi ini akan memberi kesan positif terhadap kecekapan operasi Air Selangor. . Perancangan bagi memuktamadkan penstrukturan perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bukanlah sesuatu yang mudah dan telah mengambil masa hampir 10 tahun. Bertunjangkan prinsip federalisme yang kukuh oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, hasrat kita untuk memuktamadkan penstrukturan perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dapat dicapai. Mewakili kerajaan Negeri Selangor, saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat. #airselangor #lembahklang #selangor #putrajaya #kualalumpur #air #bersih #rakyat #sihat #newmalaysia (at Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia) https://www.instagram.com/p/BsWxjx-hBmV/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=ybcbv9o5rqvb