Panduan Melabur Untuk Mereka Bermodal Kecil Nak Untung Besar Anda tahu tak, hampir setiap hari saya dapat soalan macam ni: Nak belajar tapi tak ada modal.

#dc comics#dc#batman#bruce wayne#dick grayson#tim drake#batfam#batfamily#dc fanart


seen from India
seen from Morocco
seen from Malaysia

seen from Saudi Arabia

seen from United States
seen from United States

seen from Chile
seen from Saudi Arabia
seen from Germany

seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from China
seen from United States
seen from China

seen from Saudi Arabia
seen from Ireland

seen from Malaysia
seen from Malaysia
Panduan Melabur Untuk Mereka Bermodal Kecil Nak Untung Besar Anda tahu tak, hampir setiap hari saya dapat soalan macam ni: Nak belajar tapi tak ada modal.
Buat Duit Melalui Pasaran Saham Dengan Analisis Teknikal
Buat Duit Melalui Pasaran Saham Dengan Analisis Teknikal
Gambar Dari Google Ada pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan melalui pasaran saham iaitu samada melalu trading (berniaga) atau invest (melabur). Apa beza trading dan invest? Bagi saya, dua cara tersebut adalah berbeza. Kebiasaan trader saham (orang yang buat trading) akan menggunakan analisis teknikal dalam membeli sesuatu kaunter saham. Analisis teknikal memerlukan…
View On WordPress
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/bisnes/2015/01/23/mercedez-benz-terus-melabur-di-malaysia/
Mercedez-Benz terus melabur di Malaysia
KUALA LUMPUR, 23 Januari:
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan terus melabur di negara ini, biarpun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, akibat penurunan harga minyak serta kelemahan ringgit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger turut menyifatkan Malaysia sebagai penyedia peluang perniagaan yang baik bagi pengeluar kereta segmen premium berkenaan.
Malah, Folger turut menegaskan, syarikat itu tidak berhasrat mengurangkan pelaburannya di Malaysia.
Namun, katanya, pelaburan masa depan syarikat itu bergantung kepada sokongan kerajaan terhadap pelan perniagaannya yang menyeluruh di negara ini.
“Malaysia adalah negara yang kami sememangnya merancang untuk menambah pelaburan.
“Berdasarkan hubungan kami dengan kerajaan, syarikat ini telah menerima sokongan untuk terus mewajarkan pelaburan masa depan di sini,” katanya di luar majlis penyerahan kunci NZ Wheels, di ibu negara, hari ini.
NZ Wheels Sdn Bhd yang juga pengedar rasmi kereta mewah berkenaan, melengkapkan penjualan lima kereta hibrid Mercedes-Benz S400L bernilai kira-kira RM3 juta, kepada syarikat penyedia perkhidmatan eksklusif limousin, Metro Travel and Tours Service Sdn Bhd, hari ini.
Ditanya kesan kelemahan ringgit terhadap syarikat itu, Folger berkata, jualan kenderaan mewah itu dalam pasaran tempatan, kebanyakannya dipacu jenis model serta produk keluarannya.
“Dari sudut positif, penurunan ringgit itu menjadikan produk kami lebih mampu dimiliki di luar Malaysia.
“Ini membantu dari aspek perniagaan dan eksport yang akan mempengaruhi perniagaan kami secara keseluruhannya,” kata beliau.
Syarikat itu pada awal bulan ini memaklumkan akan melabur RM280 juta sehingga 2019 dan sebahagian besarnya bagi menaik taraf kemudahan kilang pengeluaran serta memperluaskan lagi jaringan pengedarnya.
Tahun lalu, syarikat itu melabur RM15 juta untuk kilang pengeluarannya di Pekan, Pahang, yang memasang kenderaan hibrid syarikat kereta berprestij itu di rantau ini.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/06/glc-badan-berkanun-diarah-henti-beli-aset-dan-melabur-di-luar-negara/
GLC, badan berkanun diarah henti beli aset dan melabur di luar negara
KUALA LUMPUR, 6 Januari:
Kementerian Kewangan telah meminta semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun negara ini menghentikan sementara pembelian aset asing, sebagai tindak balas kepada kejatuhan harga komoditi, dan dalam usaha membendung aliran keluar modal.
Kementerian itu mengesahkan kepada agensi berita antarabangsa Reuters bahawa surat pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 26 Disember lalu berhubung perkara itu adalah satu langkah untuk meningkatkan penggunaan domestik.
Dalam reaksi melalui e-mel, kementerian itu berkata bahawa semua entiti terbabit (GLC dan badan berkanun) telah “diminta untuk memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik dan menangguhkan atau menunda, pembelian aset serta pelaburan di luar negara”, lapor Reuters.
Langkah kerajaan Malaysia, sebuah negara pengeksport bersih minyak itu diambil ketika nilai Ringgit menyusut, sebahagian besarnya berpunca daripada kejatuhan harga minyak yang berterusan.
Ringgit muncul sebagai mata wang paling lemah di Asia pada 2014, dengan nilainya jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun kerana kejatuhan harga minyak mentah, manakala pengukuhan nilai Dolar menambah tekanan ke atas mata wang Malaysia.
Menurut kementerian itu lagi, semua syarikat usahasama dengan kerajaan pula perlu “mengkaji semula dasar pelaburan mereka untuk menyokong inisiatif kerajaan meningkatkan ekonomi dalam negeri”.
Penganalisis berkata langkah itu mampu membantu negara menangani masalah aliran keluar modal.
“Mereka bukan sahaja mengurangkan atau menghalang GLC dari melabur di luar negara. Mungkin beberapa aset tertentu juga boleh dibawa pulang,” penganalisa ekonomi Asia Tenggara Nomura Holdings, Euben Paracuelles dipetik berkata oleh Reuters.