Aku tengok Cinta Si Wedding Planner yang aku download hari tu sampai pukul 5am. Tu pun ada part2 yang aku skip. Lepas subuh baru aku tidur. Lebih kurang pukul 12.45pm macam tu baru aku bangun. Family aku tengah tengok Melodi kat tv3. Okay, jujurnya memang aku tak tengok Melodi. Sebab aku rasa itu la platform orang senang buat fitnah. Benda2 yang akak2, makcik2, nenek2 yang tak tau jadi tau. Pastu jadi modal sembang kat mesyuarat tingkap petang2. Haish..rosak! Ok Melodi. Lepas gosok gigi ngan basuh muka, aku join family aku tengok tv. Aku duduk belakang2 dekat dengan pintu dapur. Tak mandi lagi, kannn... Ada pulak anak2 buah aku yang melompat2 kat aku ni kang. Tu yang duduk jauh2. Mata aku fokus kat tv balik. Ada pulak si Mira Filzah ni. Mak aku yang datang dari dapur terus meluru pergi depan tv. 'Eh, ni pelakon drama petang2 tu, kan?' Ah, sudah..mak aku pun? Pastu aku dengar adik aku rancak bercerita pasal pelakon ni. Laa..rupanya, aku memang dah ketinggalan jauh dalam industri hiburan tanah air ni. Heh.. Aku bukan nak look down local industry. Cuma bila dah biasa tengok hasil kerja orang luar..dia jadi macam.....eh susah la nak explain! Drama melayu ni dah sinonim dengan anak haram, rempit, orang gila, anak derhaka, anak terbuang, dadah, black magic...ah, banyak lagi la. Macam buruk sangat orang melayu ni. Okay betul. Aku bukan dalam industri seni ni. Jadi aku tak tau la apa kekangan dan politik dalam industri seni ni. Siapa yang rajin follow Korean Drama ke English Drama ke...akan terasa kelainannya. Contoh kalau drama tu pasal Pasta. Mereka akan olah segalanya pasal pasta tu. Dari pemilihan bahan sampai la pasta dihidangkan ke meja pelanggan. Each and every details. Hey..macam mana nak cuci kuali masak pasta pun orang Korea tunjuk tau. Dan...ada je kisah cinta in line dengan kisah pasta tu. Drama melayu..bila nak MAJU? Ni belum aku komen pasal TAJUK drama/telefilem/filem melayu. Awesome! Pin pin [email protected]